Memang sedap resepi nugget hot spicy ala kfc ini. Di tambah lagi dengan mix vege lagi sedap. Cara buatnya pun mudah. Manakala bahan-bahan mudah di beli di hypermarket.
Sebelum ke resepi nugget, jom tengok komen pau lembut dan gebu di bawah.
Komen pau ni saya dapat beberapa hari lepas. Seronok akak ni dapat berniaga pau selepas belajar di www.rahsiabun.com . Bila paunya lembut dan gebu, pasti customer akan order tak henti-henti. baru syok jual.
Anda juga boleh belajar buat pau dengan klik >>> www.rahsiabun.com
Bahan-Bahan Resepi Nugget Ayam:
Bahan Adunan Nugget KFC
400 gm Ayam Kisar Pack
5 sudu besar Breadcrumbs
5 sudu besar Tepung Gandum
1 sudu besar Serbuk Cili Thai
1 sudu besar Serbuk Lada Sulah
1 Kiub Pati Ayam (Dihancurkan dulu)
2 sudu besar Susu Cair
2 sudu besar Minyak Masak
Bahan Salutan Nugget
Sebiji Telur
Breadcrumb secukupnya.
Psst: Resepi nugget MiX VEGE ada di bahagian bawah.
Nota Tambahan:
1. Kiub pati ayam dah masin, so tak perlu letak garam lagi.
2. Sukatan tak perlu tepat2. Terlebih atau terkurang pun tidak mengapa.
3. Kalau tiada serbuk cili thai tu, boleh guna chili flake atau serbuk cili biasa.
4. Utk gambar pack serbuk cili thai klik link ini>>> Penjual Serbuk Cili Thai
5. Ayam kisar beli siap jee di hypermarket. Tak perlu basuh lagi ayam kisar ini.
6. Kalau suka manis2, boleh tambah 1/2 sudu besar gula pasir. Budak2 suka manis2.
Jom mula buat nugget hot spicy ini.
Cara Membuat Resepi Nugget Ayam Ala KFC:
Langkah 1: Masukkan semua bahan adunan nugget ke dalam bowl. Kiub pati ayam perlu dihancurkan dulu menjadi serbuk taw. Kemudian gaul dan uli dengan tangan sehingga menjadi doh.
Langkat 2: Ambil sedikit adunan nugget dan bulatkan dengan tapak tangan. Caranya pusing2 dengan tapak tangan hingga doh nugget menjadi bulat dan comel.
Kalau adunan terlalu lembik sangat dan sukar dibulatkan, tambah je sikit lagi tepung gandum ke dalam adunan nugget. Boleh adjust resepi nugget kfc ini.
Langkah 3 Resepi Nugget: Tekan doh bulat hingga menjadi sedikit leper dengan tapak tangan. Kemudian celup ke dalam telur. (Telur perlu di pukul dulu). Seterusnya tekan ke atas serbuk breadcrumb. Buat dengan cara yang sama untuk semua doh bulat kecil.
Langkah 4: Goreng nugget dengan api yang kecil. Pastikan minyak telah panas baru masuk nugget ya. Resepi nugget hot spicy ala kfc sangat mudah disediakan.
Alhamdulillah siap resepi nugget ala kfc yang sangat sedap ini. Lagi sedap cicah dengan sos cili. Sangat sesuai dihidangkan di waktu sarapan pagi atau minum petang. Nak makan dengan nasi pun boleh.
Resepi Nugget Dgn Mix Vege
Kalau makan nugget yang di campur mix vege, lagi sedap dan berkhasiat. Dengan mix vege, makan tanpa sos pun dah sedap sangat. Tentu keluarga anda sukakannya.
Nie resepi nugget mix vege
Tambah je 250gm mix vege ke dalam adunan nugget. Tapi gaul dulu bahan-bahan resepi nugget sehingga sebati. Kemudian barulah masuk 250gm mix vege dan gaul lagi. Step seterusnya sama seperti buat nugget sebelum ini.
Cuma mix vege ni basah sikit dan menjadikan adunan lebih lembik. So tambah sikit demi sikit tepung hingga adunan ok.
Psst: Untuk nugget mix vege, elok tambah ½ sudu gula dalam resepi nugget. Baru yummy.
Inilah hasil nugget yang dicampurkan dengan mix vege. Nampak pun lebih menyelerakan dari nugget original. Ni kalau anak-anak tengok, berebut hingga pingan licin. heeee
Selamat mencuba resepi nugget dengan mix vege ini.
Di alu-alu share resepi ini dengan klik button share di bawah..
man says
breadcrumbs tu ape ye?ade jual kt pasaraya ke?
Hairul Hissam says
Sekarang breadcrumb ada byk dijual di pasaraya spt brand meriah. Breadcrumb ni roti yang dibakar dan dihancurkan..
Rodziah says
maaf nak bertanya.isi ayam yang dicincang tu,perlu dibasuh atau tak?saya selalu serba salah nak beli isi ayam/daging yang dah siap dicincang
Hairul Hissam says
Ayam yang siap dikisar nie banyak dijual dihypermarket. tak perlu di basuh lagi..
Angga says
En. Hairul, salam kenal dr Bali, Indonesia. Saya suka resep2nya. Saya nak coba buat resipi ini kat rumah 🙂 Thank u in advance.
Hairul Hissam says
Wslm… terima kasih krn melawat blog nie.. slmt mencuba resepi special nugget ayam niee.