Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi nasi tomato ini kiriman Puan Kelantaniah. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Nasi Tomato : ( 4 Orang )
==============
2 cawan beras basmati
2 biji tomato – potong dadu
2 cawan air
1/2 cawan susu
3 sudu besar sos tomato
1 helai daun pandan
sedikit garam
Bahan tumis
————-
2 sudu mentega / minyak sapi
2cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih – hiris
1/4 bawang besar dihiris
hiasan
——
bawang goreng
Cara Membuat Resepi Nasi Tomato :
=============
1. cuci beras. rendam selama 5-10 minit. toskan
2. panaskan mentega/minyak sapi. tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
3. masukkan beras. kacau sekejap dalam 1-2 minit. kemudian masukkan sos tomato,tomato,susu, air, daun pandan dan sedikit garam.
4. masaklah nasi seperti biasa.
5. tabur bawang goreng apabila sudah siap.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Kelantaniah kerana sudi berkongsi resipi nasi tomato
Leave a Reply