Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Nasi Tomato Kukus ini kiriman Cik Azriey Amrie. Jom kita pelajarinya.
Resepi: Nasi Tomato Kukus
Bahan-bahan Resepi Nasi Tomato Kukus:
4 cawan beras basmati
4 cawan air
1 cawan susu cair
1 kiub ayam
*** BAHAN-BAHAN TUMIS ***
1. 1 labu bawang besar (dikisar)
2. 2 biji buah tomato (dikisar)
3. 1 batang kulit kayu manis
4. 5 kuntum bunga cengkih
5. 2 kuntum bunga lawang
6. 2 biji buah pelaga
7. 3 helai daun pandan (disimpul)
8. 5-6 sudu makan butter (untuk menumis)
9. 4 sudu makan tomato puri
Cara membuat Resepi Nasi Tomato Kukus:
1. Beras dibersihkan,rendam 15-20 minit.Kemudian toskan
2. Masukkan mentega,tumis bahan-bahan tumis (kecuali tomato puri) hingga wangi (Jangan terlalu garing nanti rasa pahit)
4. Masukkan tomato puri,kacau sebentar.Kemudian masukkan beras,kacau sebati.(Jgn kacau kuat sangat nanti beras patah,tak cantik)
5. Kemudian masukkan air,susu cair dan kiub ayam.Kacau sekali sekali supaya nasi tak hangit kat dasar periuk.Tuggu hingga nasi kering
6. Setelah nasi kering,pindahkan nasi tadi ke dalam kukusan (yang dipanaskan terlebih dahulu) Kukus selama 20-25minit atau sehingga nasi betul-betul masak
7. Setelah nasi masak,gemburkan nasi menggunakan garfu supaya nasi tidak patah
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey Amriey kerana sudi berkongsi resipi nasi tomato
Leave a Reply