Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi nasi lemak kukus ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Ada 2 Bahagian Resepi Nasi Lemak Kukus
1. Nasi
2. Sambal
Bahan Nasi – Resepi Nasi Lemak Kukus
=2 cawan beras
=2 helai daun pandan
=garam secukup rasa
=1 cawan santan
=1 cawan air(guna utk blender)
*pastikan nisbah air+santan secukup kegunaan.kalau rasa dh lebih,boleh kurangkan,kalau kurang boleh tambah.
Cara membuatnya:
1)potong nipis daun pandan,masukkan dlm blender bersama secawan air.kisar.
2)satukan beras bersama air pandan kisar,santan dan garam.masak nasi di atas api sederhana.
3)sementara itu,sediakan air kukusan.biarkan mendidih.
4)setelah air nasi agak kering,pindahkan ke bekas kukusan.kukus sehingga nasi masak.
Bahan Sambal – Resepi Nasi Lemak Kukus
= 4 sudu besar cili kisar – kalau suka pedas,boleh tambah
=2 labu bawang besar =saiz besar (1 tumbuk,1 mayang halus)
=2 ulas bawang putih (tumbuk)
=ikan bilis segenggam (bg 2 = separuh di tumbuk,separuh lagi goreng mcm biasa)
=air asam jawa,gula dan garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
1)tumis bawang besar tumbuk,cili kisar dan bawang putih hingga naik bau.
2)masukkan ikan bilis tumbuk.gaul sebati.masukkan pula air asam jawa,gula dan garam.perasakan secukupnya.
3)masak sehingga pecah minyak,masukkan bawang besar yang di mayang.masak seketika,gaul sebati.
4)hidangkan bersama ayam, timun,telur dan kacang goreng.-ikut selera masing2/apa je yg ada kat dapur masa tu.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resepi nasi lemak kukus
Leave a Reply