Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Nasi Goreng Kerabu ini kiriman Cik Azriey. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Nasi Goreng Kerabu:
2 piring nasi
2 keratan ikan masin yg di goreng dan di kisar halus
Sengengam ikan bilis digoreng dan dikisar halus
6 biji cili api dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1 biji bawang merah di mayang
5 btg kacang panjang di potong halus
2 btg serai di potong halus
Sedikit daun selloum di potong halus
Sedikit daun pudina di potong halus
Sedikit bunga kantan
Boleh di tambah ulam lain jika ada
Sedikit garam dan ajinamoto
Cara membuat Resepi Nasi Goreng Kerabu:
1. Panaskan minya masukan bawang putih dan cili api masak sampai kekuningan kemudian masukan semua kacang, serai dan ulaman kacau sehingga 1-2 minit dan masukkan nasi, kacau sehingga sebati.
2. Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin dan rasa nasi itu, kalu kurang garam tambahkan sedikit garam dan ajinamoto.
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey kerana sudi berkongsi resipi nasi goreng kerabu
Leave a Reply