Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi kuih tepung pelita ini kiriman Puan Mekar. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Tepung Pelita
Lapisan bawah -warna hijau
1 cawan tepung beras
5 cawan air
5-7 helai daun pandan (dikisar bersama dengan 1 cawan air diatas)
sedikit pewarna hijau epal (jika anda nak tebalkan warna hijau)
1/2 tsp air kapur
gula secukupnya ( kalau tak nak manis, kurangkan sukatannya)
Lapisan atas – warna putih
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
4 cawan santan (saya guna 1 1/2 santan pekat + 2 1/2 cawan air)
1 tsp garam (ratakan)
Kelongsong daun pisang secukupnya atau bekas plastik
Cara-cara Membuat Resepi Kuih Tepung Pelita:-
Lapisan Bawah- Warna Hijau
1. Tepung, air, jus pati pandan dan air kapur disatukan. Tapis dan masukkan ke dalam periuk
2. Masak bancuhan tepung sehingga naik wap. ( Kacau dengan senduk kayu sehingga nampak ada ketulan tepung yg pekat pada senduk. angkat dan guna whisk tangan, ratakan adunan tersebut supaya tidak berketul)
3. Masukkan 1 sudu makan gula (lebih jika anda suka manis) ke dalam kelongsong daun pisang/bekas dan barulah dituangkan bancuhan lapisan bawah yang masih panas (separuh dari kelongsong).
4. Buat sehingga habis. Biarkan seketika sambil tu buatlah adunan untuk bahagian atas pula.
Bahagian Atas – Warna Putih
1. Satukan tepung, garam dan santan sehingga sebati.
2. Tapis dan masukkan ke dalam periuk.
3. Masak sehingga pekat dan likat. Jika nampak berketul guna whisk tangan untuk ratakan.
4. Masukkan adunan yang masih panas ini di atas adunan berwarna hijau tadi.
5. Kukus ke dalam periuk kukus selama 5-10 minit.
Sedia untuk dihidangkan. Kalau saya masukkan dalam peti sejuk untuk mendapat rasa yang lebih segar dan nikmat.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Mekar kerana sudi berkongsi resepi kuih tepung pelita
hana awang says
Mohon share resepi. Sya suka makan tpg pelita tp x pandai membuatnya. In sya Allah akan mencubanya nnti.
Hairul Hissam says
Selamat mencuba. dialu-alukan klik button share di bawah artikel. tqvm.
Yaya says
Mane nak cari air kapur
Hairul Hissam says
kena bancuh kapur masakan dengan air… boleh beli kapur masakan di kedai runcit..