Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Kuih Kasui ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Kuih Kasui
5 cawan air
1 cawan gula melaka
1/2 cawan gula pasir
daun pandan
3/4 sudu teh kicap pekat
2 c tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu teh air abu (atau air kapur)
Kelapa parut putih
Sedikit garam
Cara Membuat Resepi Kuih Kasui
1. Alas loyang dgn plastik, sapu sedikit minyak makan pada plastik tadi. Ketepikan.
2. Masak semua gula hingga larut. Masuk air abu.
3. Masukkan kicap pekat n air n garam
4. Masuk dlm mangkok tepung gandum dan tepung ubi, kacau rata
5. Tuang air gula tadi sedikit demi sedikit n kacau hingga sebati.
6. Tuang dalam loyang tadi dan kukus hingga masak.
7. Potong bl dah betul2 sejuk guna pisau plastik
8. Ms nak hidang, letak kelapa parut putih yg dah campur garam. Siap.
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resipi Resepi Kuih Kasui
iris says
takde kata santan pun dalamm ingredient?
Hairul Hissam says
Mmg takde santan cik iris.. Lagipun nanti kita akan makan dengan kelapa… 😀
iris says
tapi kat step 3 tu ada suh masuk santan .. camne tue tu yg heran .
Hairul Hissam says
Mungkin ada kesilapan taip dari pengirim resepi tu. Saya dah betulkan..tqvm kerna maklumkan….
Jeeyai Baie says
kicap?..bior betul…
Hairul Hissam says
Baru mengancam.. he.he.he