Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Kubis Beijing Gulung Berinti Udang ini kiriman Puam My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Kubis Beijing Gulung Berinti Udang
=4 helai kubis beijing
=5 ekor udang – goreng separuh masak
=1 sudu kecil udang kering – rendam,tumbuk halus
=1 ulas bawang merah – hiris halus
=1 ulas bawang putih – cincang halus
=1 sudu kecil sos tiram
=1/2 sudu kecil kicap pekat
=1/2 sudu kecil kicap cair
=1 sudu besar serbuk kari
=1 cawan ais kiub
Cara Membuat Resepi Kubis Beijing Gulung Berinti Udang:
1) rebus /celur kubis beijing dalam air mendidih.keluarkan dan masukkan ke dlm mangkuk yg berisi ais.ketepikan.
2) tumis udang kering,bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
3) masukkan serbuk kari.masak seketika.tambahkan sos tiram,kicap pekat dan kicap cair.perasakan secukupnya.
4) masukkan udang dan gaul sebati.tambahkan sedikit air jika perlu.tutup api.
5) ambil sehelai kubis beijing (pastikan tos airnya terlebih dahulu),letak inti udang dan gulung.
6) buat sehingga habis.hidangkan bersama sos/sambal kegemaran anda.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi Kubis Beijing Gulung Berinti Udang
Leave a Reply