Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Kesari ini kiriman Puan Sumi. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Kesari:
2 cawan tepung suji
1 cawan gula
3 sudu besar gajus dan kismis
3 cawan air
1/2 cawan susu cair
4 sudu besar minyak sapi
5 biji buah pelaga(dihancurkan)
pewarna kuning
Cara-cara membuat Resepi Kesari:
1. Panaskan 2 sudu minyak sapi dan goreng gajus hingga keperangan.
2. Dalam minyak yang sama masukkan tepung suji dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan sejukkan.
3. Panaskan kuali dan masukkan air, gula dan pewarna kuning. Biarkan mendidih.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau. Masukkan sekali gajus, kismis, serbuk buah pelaga dan 2 sudu minyak sapi. Perlahankan api.
5. Kacau hingga kesari tidak melekat pada kuali. Tutup api.
6. Masukkan kesari ke dalam loyang dan ratakan. Siap untuk dihidang.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Sumi kerana sudi berkongsi resipi kesari