Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Kerabu Daun Selom ini kiriman Cik Azriey Amrie. Jom kita pelajarinya.
Resepi: Kerabu Daun Selom
Bahan-Bahan Resepi Kerabu Daun Selom:
Bahan Sambal
1. ½ biji kelapa (parut)
2. 2 biji cili merah
3. 5 biji cili api
4. 2 ulas bawang merah
5. Sedikit udang kering
6. Sedikit isi cekur
7. 2 biji limau kasturi
8. 1 sudu kecil kerisik
9. Sedikit garam
Bahan Ulam
1. Daun Selom-hiris halus
2. Kacang botol-hiris halus
3. Daun Cekur- hiris halus
4. Kacang Panjang- hiris halus
5. Bunga kantan- hiris halus
6. Bawang kecil- hiris halus
7. Tauge-celur
Cara Membuat Resepi Kerabu Daun Selom:
1. Tumbuk cili merah, bawang, cili api, udang kering, isi cekur hingga lumat
2. Masak dalam kuali (tanpa minyak)
3. Masukkan kelapa parut. Kacau
4. Perah limau kasturi
5. Masukkan kerisik dan garam
6. Kacau sampai kering dan biarkan sejuk
Gaul sambal yang telah sejuk dengan ulam-ulam yang telah disediakan. Mudah sajakan?
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey kerana sudi berkongsi resipi kerabu daun selom
Leave a Reply