Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Kentang Putar KFC ini kiriman Kak Raja. Kentang putar memang kesukaan ramai. Jom kita pelajarinya.
2 bahagian Resepi Kentang Putar KFC
1. Kentang lecek
2. Sos (gravy)
Bahan Resepi Kentang Putar
200gm Kentang
1 sudu besar butter
Garam, pepper secukup rasa
4 sudu besar susu
Cara Membuat Resepi Kentang Putar
1. Rebus kentang sampai lembut
2. Lenyekkan dgn garpu ms dia masih panas atau blend
3. Ltk butter (atau mayonaise), susu, garam n pepper. Ltk susu ikut kepekatan yg kt suka. Siap kentang putar anda.
Bahan Sos Kentang Putar
1 1/2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung
1 batang saleri
1 biji bawang besar
1 bay leaf
1/2 sudu teh thyme
1/2 sudu teh basil
1/4 sudu teh black pepper
1 kiub ayam
1/8 sudu teh kicap (tuk gelapkan jek)
1 1/2 sudu besar air
Cara Membuat Sos Kentang Putar
1. Panaskan periuk, cairkan butter n masukkan tepung
2. Masukkan air dan Masukkan bahan2 lain.
3. Lepas masak kisar halus sampai pekat
4. Siap sos untuk kentang putar
Masa hidang, letak semangkok kentang, tuang gravy. Siap
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resipi kentang putar
akubiomed says
Adik lelaki saya pandai buat. Anak-anak menyukainya.
Hairul Hissam says
Kalo makanan kfc nie, bebudak memang sukakannya.. 😀
zakiyah says
susu 2 blh gune susu biasa je ke//yang kita bancuh?
ataupun kne bli fresh milk kt kedai?
Hairul Hissam says
boleh jeee. tapi yg paling sedap ialah fresh milk… 😀
comel says
saya suka kentang putar kfc sbb sedap..
Hairul Hissam says
Selamat mencuba….
hajar says
tepung tu pakai tepung apa??
Hairul Hissam says
Rasanya tepung jagung kot. sebab ia hanya utk memekatkan 😀