.
Resepi ini merupakan kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Raja. Nampak sedap dan menyelerakan resepi ikan pekasam dari lenggong town style kiah pekasam. Jom kita pelajari cara membuatnya.
.
Resepi Ikan Pekasam Style Lenggong Town
Bahan-Bahan:
Ikan pekasam yang dibeli di kedai.
Bawang merah dan cili padi secukupnya
Cara Membuat Resepi Ikan Pekasam:
1. Panaskan sedikit minyak. Goreng ikan pekasam hingga masak/garing ikan pekasam dan angkat.
2. Guna minyak yang sama, goreng bawang dan juga cili dan angkat.
3. Hidangkan. Jika suka boleh di tambah perahkan limau kasturi.
Ikan pekasam – kiah pekasam lenggong tidak terlalu masin, atau terlalu masam. Lembut, lemak – memang sedap.
Hairul.com: Terima kasih Kak Raja kerana sudi mengirimkan resepi ikan pekasam lenggong town ini. Selamat mencuba semua.
Juan says
saya x pasti, saya rasa saya macam x pernah makan ikan pekasam ni, so x tau bagaimana rasanya
Hairul Hissam says
Sedapnya tak terkata bro… heee 😀
Juan says
pertama kali saya dengar pasal ikan pekasam ni pun sebab cerita melayu dulu dulu pasal ikan pekasan kat tv1, rupanya pon x pernah tgk lagi depan mata smapai sekarang, ikan ni biasa dijual kat pasar pasar ke bro
Hairul Hissam says
tak semua pasar ada jual bro.. kalau tak jumpa boleh buat sendiri melalui resepi cik azriey dibawah ini:
https://hairul.com/blog/resepi-ikan-pekasam-homemade-special/
Juan says
boleh cuba nanti kalau beli ikan ni, sebab kalau x silap ikan ni dia nak kena dengan cara masak dia, kalau x, memang x jadi
Hairul Hissam says
betul tu bro.. 😀
UmmiKami says
Salam manis selamat malam 😀
Nampak sedap tu….terlior rasanya….boleh buat juadah berbuka puasa nanti. 😀
Hairul Hissam says
sesuai sangat tu kak ummi 😀
puteri kasih says
kalau makan dengan nasi panas je pun dah sedap kan 🙂
Hairul Hissam says
tiga empat pingan boleh habis tu. heee
puteri kasih says
memang fav eh? hehe
Hairul Hissam says
boleh lah buat sendiri nanti.. heee 😀
nurmisnan says
ikan pekasam dimakan tanpa bawang goreng + cili
memang tak umphhhh.. teringat arwah kawan mak suka
buat ikan pekasam.. tambah nasi tak terkira.. sodapnya
Hairul Hissam says
Tak de pulak restoran sajikan masakan ikan pekasam.. kalau ada kan best… 😀