Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Ikan Masak Sos ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Ikan Masak Sos:
=1 keping isi ikan/fish fillet (ikut suka nk guna ikan apa)
=1 labu bawang besar (potong 4)
=2 ulas bawang merah kecil (tumbuk lumat)
=2 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
=1cm halia (tumbuk lumat)
=1 biji lada benggala merah ( potong dadu)
=1 biji tomato (belah 4)
=1 tangkai daun bawang
=1 1/2 sudu besar sos tomato
=2 sudu besar sos cili
=1 sudu kecil cuka
=2 sudu besar tepung ubi
=1 sudu kecil tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
=50ml air / secukup kegunaan
=garam,gula dan serbuk perasa(secukup rasa)
Cara Membuat Resepi Ikan Masak Sos:
1) bersihkan ikan,potong kecil dan salut dgn tepung ubi.goreng hga kuning keemasan.ketepikan.
2) selepas itu,tumis bawang merah,bawang putih dan halia hga naik bau.tambahkan sos tomato dan sos cili.gaul seketika.
3) tambahkan air,didihkan seketika & tambahkan lada benggala,bawang besar,tomato,daun bawang & cuka.perasakan secukupnya dgn bahan2 perasa.
4) masukkan bancuhan tepung jagung(klau kuah terlalu pekat,tambah lg sedikit air).kemudian masukkan ikan yg telah digoreng tadi.
5) gaul sebati dan tutup api.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi ikan masak bersos
Leave a Reply