Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Bubur Pulut Hitam ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Bubur Pulut Hitam
2 c pulut hitam, rendam 4 j
1 1/2 c gula
daun pandan, disimpul
2 kelapa – ambil santan dlm 6 cawan
Secubit garam
Cara Membuat Resepi Bubur Pulut Hitam
1. Rebus pulut hitam tadi hingga kembang.
2. Masukkan gula ke dalam pulut hitam tadi, biar mendidih
3. masukkan daun pandan, garam dan santan, kacau rata dan biar mendidih. Jika pekat boleh tambah sedikit lagi air. Siap n boleh dihidang (ini cara org KL)
4. Tetapi jika di Johor, bila menghidang, sendukkan bubur pulut hitam dalam mangkuk.
5. Ambik pati santan (santan pekat) campur sedikit garam, kacau rata.
6. Sudukan sedikit santan pekat di tengah permukaan bubur pulut hitam, baru lah dihidangkan.
7. Kalau nak sedap lagi, (kalau orang Batu Pahat), patah patah kasar biskut mayat (biskut tawar aka crackers) n tabur atas bubur. Baru makan. Siap
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resipi bubur pulut hitam