Program Kongsi Resepi Kuih Raya Dan Juadah Berbuka Puasa Tajaan Blog Hairul.Com
Resepi kiriman Puan Gloryatie. Jom kita cuba resepinya seperti dibawah.
Bahan-Bahan Resepi Biskut Raya Semperit Dahlia :
125 gm tepung gandum
30 gm tepung kastard
200 gm tepung jagung
100 gm gula ising
200 gm planta
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Cip coklat atau ceri utk hiasan
Cara Membuat Resepi Biskut Raya Semperit Dahlia :
1. Pukul gula dan marjerin hingga kembang.
2. Campurkan kuning telur dan pukul hingga kembang
3. masukkan esen vanila dan kacau sebati
4. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard.
5. Masukkan adunan tepung ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit.
6. Terap menggunakan acuan semperit dan susun di atas dulang
7. Hias dengan cip coklat atau ceri
8. bakar pada suhu 170’C selama 15-20 minit.
Terima kasih kepada Puan Gloryatie kerana sudi mengirimkan resepi biskut raya ini. Jom kita klik like tanda terima kasih kepada pengirimnya.
akubiomed says
Tiap-tiap tahun ibu saya akan buah kuih ini.
Hairul Hissam says
Dulu pun mak saya rajin buat kuih nie.. skrg dah tak nampak dah… 😀
wahidah says
Saya memang suka kuih ni tapi tak pernah buat sendiri. Lepas ni bolehlah cuba buat.
Hairul Hissam says
Selamat mencuba.. tentu seronok menikmati kuih hasil air tangan sendiri kan.. 😀