Kiriman Puan My1981 (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi homemade aiskrim ini adalah kiriman Puan MY1981. Sudah tentunya anak-anak anda mengemari aiskrim yang sedap seperti ini. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi AisKrim:
500 ml susu uht (perisa ikut suka)
2 cawan coffemate / heavy whipping cream -terpulang tp saya selalu guna coffemate je sb stok sentiasa ada kat rumah
=sedikit gula/susu pekat (kalau dh manis xbubuh pun xpe)
*kalau nak buat aiskrim perisa buah2an guna susu segar atau full cream milk,kemudian boleh lah tambahkan cth:jagung manis dlm tin(kisar sekali dgn bahan2 lain.
*kalau nak perisa coklat atau strawberry xperlu tambah apa2,ikut je bahan2 di atas.
Cara-Cara Membuat Resepi AisKrimnya:
1) satukan semua bahan ke dlm mixer atau blender. pukul smpai berbuih dan gula larut.
2) keluarkan dan masukkan dlm bekas.sejukkan dlm peti sejuk.
3) setelah agak beku,keluarkan dan blender sekali lagi.
4) kemudian,masukkan semula ke dlm peti sejuk.
5) ulangi langkah ini beberapa kali smpai dpt tekstur aiskrim yg halus.
6) hidangkan dgn chocolate rice,chocolate syrup atau kekacang mengikut selera masing2.
*guna mixer teksturnya lebih halus berbanding blender.
7) selamat mencuba resepi aiskrim yang mudah ini..
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 Kerana sudi berkongsi resepi aiskrim mudah.
Raja halida says
Blh sy ltk resepi icecream goyang? Lbh mudah dr ni hi hi
Hairul Hissam says
Boleh.. dialu2 kan.. 😀
sha says
k dah anta comment baru bleh…
huhu
Hairul Hissam says
kalo dah Ok.. baguslah. 😀