Jika anda mengalami masalah sembelit, tentu sukar membuang air besar. Najis yang keras dan terpaksa meneran untuk membuang air besar. Ada juga yang tidak dapat membuang air besar lebih dari tiga hari. Disini saya berkongsi petua dan tips yang dapat membantu anda.
.
Petua Ubat Sembelit atau Susah Buang Air Besar
1. Banyakkan meminum air dan memakan buah-buahan terutamanya buah pisang, betik dan epal. Ketiga-tiga buah ini sangat membantu anda melawaskan pembuangan air besar. Ini merupakan ubat sembelit tradisional yang cukup baik.
2. Elakkan dari menahan membuang air besar. Kerana ia menyebabkan sistem refleksi bawah sedar anda akan sentiasa menahan membuang air tanpa disedari.
3. Daripada pengalaman saya sendiri, cara duduk dan tidur juga merupakan punca kepada masalah sembelit ini. Cara tidur atau duduk yang memberi tekanan pada bahagian punggung akan menyukarkan anda membuang air besar.
selain itu, senaman dan aktiviti riadah juga membantu anda mengatasi masalah sembelit. Semoga tips dan Petua Ubat Sembelit atau Susah Buang Air Besar ini membantu anda membuang air besar dengan baik.
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara melebatkan rambut dan rambut gugur. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
gloryatie says
betul tu, makan buah memang mujarab sebab ada vitamin c. lebih2 lagi pisang memang melicinkan proses pembuangan air besar 🙂
Petua Emak says
yap buah-buahan membantuk pencernaan..
Shaznie says
sy mmg ada masalah sembelit…lebih2 lg time pregnant ni..bile mkn pisang ni, mmg sgt2 menjadi, xde lagi masalah sembelit…tp ada masalah lain plak…sy kene kencing manis..huhu… skrg sy minum jus delima je..alhamdulillah.. 😉
Petua Emak says
tak tau plak pisang boleh kena kencing manis.. mungkin ada sebab makanan lain kot…..
nana picanto says
overdose makan pisang kot..
tue yang sampai kena diabetes.. 🙂
Hairul Hissam says
kalau terlebih, lain pula jadinya. he.he.he
azrie amriey says
biasanya sembelit terjadi sbb kurang serat… jd bykkan mkn makanan yg mengandugi serat seperti buah2an, sayuran….
Hairul Hissam says
Mmg bagus makan sayur-sayuran utk mengelak sembelit dan utk kesihatan diri.. 😀
SHAHMINAH says
….org.pregnant tu kena diabetes normal tetapi makan tu kena still jaga…….bukan sebab pisang.
Hairul Hissam says
Byk sebab diabetes nie.. yg penting kita menjaga pemakanan kita…
riza says
Cuba ikut cara ayah kak Riza. Pagi-pagi bila bangun tidur, jangan gosok gigi atau berkumur. Minum air kosong bersama dengan air liur ‘basi’ kita…bunyi macam jijik kan, tapi itulah cara melembutkan najis kita. Ada banyak bakteria dalam air liur ‘basi’ tu, jadi bakteria ni lah yang membantu melancarkan proses buangan kita. Cuba ‘try’…!
Hairul Hissam says
Mmg bagus minum air diwaktu pagi sebelum gosok gigi. Disamping membersihana tubuh badan, ia juga sebagai awet muda mengelak kekedutan pada kulit… 😀
maryjanewong says
Terima kasih atas petua yg bagui ni! Tapi sy rasa kalo nak guna petua ni blh la utk jangka masa pendek je. Kita sebagai ibubapa bukannya ade byk masa nak jaga anak2 semua. Jadi member recommend utk ambik Mamil Dumex utk rawatan sembelit kanak-kanak utk jangka masa yg lama sbb Mamil Dumex boleh mencegahkan masalah sembelit kanak2. Bby sy sudah guna utk 7 bulan dan masalah sembelit tu sudah hilang..
Hairul Hissam says
terima kasih di atas tips yg diberikan puan.. semoga bermanfaat kpd pembaca blog ini..
suhailey says
duduk lama masa kat pejabatpun boleh menyumbang kepada sembelit la ni. terima kaish info
Hairul Hissam says
Mmg benar tu.. lagi2 stress nak siapkan kerja…