Memang menyiksakan kena sakit gigi ini. Lebih-lebih lagi apabila gigi geraham berlubang. Lagilah teruk. Habis semua kerja lain tidak boleh dibuat. Hanya boleh terduduk sahajalah menahan sakit sahaja la. Memang menyiksakan. jika mengalaminya tentu anda tercari-cari ubat sakit gigi yang berkesan.
Sebelum kita ke petua buat sakit gigi ini, elok kita pahami punca sakit gigi ini. Kebanyakkan punca sakit gigi adalah dari karies gigi yang menyelaputi bahagian luar gigi. Ia kemudian akan memasuki bahagian dalam gigi dan membawa bakteria dan kuman ke dalam gigi. Ini yang menyebabkan sakit gigi. Sebab itu ada perlu kerapa mengosok gigi untuk menanggalkan karies ini sebelum ia memasuki bahagian dalam gigi.
Petua Ubat Sakit Gigi Berlubang
Namun sekiranya sakit gigi anda telah teruk, anda boleh cuba petua ubat sakit gigi tradisional dibawah ini.
1. Cari buah betik yang muda. lebih muda lebih bagus. Potong di bahagian bontot buah betik muda ini. Anda akan dapati getahnya akan keluar. Ambil getah ini dan masukkan ke dalam gigi geraham yang berlubang tersebut. Berhati-hati jangan sampai terkena lidah. InsyaAllah ia mampu meredakan sakit gigi yang berlubang dengan lebih cepat.
2. Elakkan minum dan makan manisan, coklat atau gula-gula pada waktu malam. Daripada pengalaman saya, makan manisan pada waktu malam lebih mudah menyebabkan sakit gigi. So jika nak makan coklat dan manisan lagi, elok makan pada waktu siang.
3. Amalkan gosok gigi sebelum tidur. Ini dapat menghapuskan karies gigi dari menyelaputi gigi dan membiakkan kuman. Nak lagi bagus, gosok gigi selepas makan. Sebab itu islam menggalakkan umatnya gosok gigi sebelum berwuduk. Tujuannya untuk kesihatan tubuh badan kita.
5. Ada juga orang yang membakar dawai besi sehingga ia panas kemerahan. Dan kemudian mencucuh dawai besi itu pada gigi. Namun cara ini agak bahaya. Kerana sekiranya terkena pada gusi, ia akan menyebabkan melecur dan cedera.
Semog tips Petua Ubat Sakit Gigi Berlubang ini membantu anda dan selamat mencuba.
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara membunuh cacing gelang. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
'Izzah says
petua yg sye tau..care untuk menghilangkn sakit gigi ialah dgn kumur dgr air yg telah dicampur dgn garam…
cara ini juge boleh memutihkan gigi..
azrie amriey says
Tumbuk beberapa kuntum bunga cengkih. Kemudian sumbatkan pada gigi yang berlubang tadi.
Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit.
Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.
Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur.Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang berlubang.
Petua Emak says
tqvm cik azriey atas petua tambahan tu…
azrie amriey says
welcome… 🙂
gloryatie says
kalau bab garam dan gambir memang saya pernah buat. berkumur dengan air garam paling senang la. tapi dulu masa stay sabah, kawan bagi gambir serawak. tampal kat belubang then rasa kebas2 hingga sakit tu hilang.
Petua Emak says
tqvm cik yati atas petua tu…
shah says
Terima kasih diatas petua ubat sakit gigi.
Jebeng Otaiâ„¢ says
sy selalu letak colgate jer..hehe