Petua ubat cirit birit ni, sangat berkesan dari pengalaman saya. Kalau ada tanda2 nak kena cirit birit, cepat2 saya guna petua nie. Sekejap je baik dengan izinNya. Dah tak perlu lagi ke klinik atau farmasi ambil ubat.
Tapi sebelum tu jom tengok dulu abang ni jual putu dari rumah. Lumayan beb.
Abang nie jual putu bambu dari rumah sahaja. Kukus pun guna pengukus biasa jee. Yang penting guna resepi yang sedap. Baru customer order non stop. Anda juga boleh belajar di www.rahsiaputu.com
Abang yang sama jual putu tadi, belajar pula buat taufufah dengan saya. InshaAllah bertambah produk jualan, bertambah laa jualan dan keuntungan. Anda juga boleh belajar buat taufufah di www.rahsiataufufah.com
Ubat Cirit Birit Tradisional
Ubat tradisional ni memang cepat berkesan. Saya sendiri kalau ada tanda2 nak kena cirit birit, cepat2 kunyah ubat tradisional nie. Alhamdulillah, cepat jee baik
Ubat cirit biritnya ialah biji selasih. Memang mujarab, kunyah sahaja biji selasih yang mentah-mentah tu. InshaAllah cirit birit akan beransur pulih. Kunyah dalam secubit pun dah cukup. Tak perlu rendam. Hanya basuh dan terus kunyah.
Ini gambar biji selasihnya. Kalau nak tengok yang dalam pack, klik link ini>>> pack biji selasih
Bila nak tahu kena cirit birit…
Tanda-tanda kena cirit birit nie senang sahaja. Bila korang buang air besar keluar air jee. Itulah tanda cirit birit. Kalau tak dirawat dengan segera, mau berhari2 sakit perut, badan jadi lemah dan tekak loya.
So kalau korang ada tanda-tanda cirit birit nie, cepat-cepat laa kunyah biji selasih. Basuh dan kunyah. Secubit biji selasih pun dah cukup. InshaAllah masalah cirit birit korang akan beransur pulih. Dah tak perlu buang masa dan duit jumpa doktor lagi.
Macam mana boleh kena cirit birit
Punca cirit birit nie dari makanan tercemar yang dihingapi lalat. Kalau makan di luar, biasanya mudah kena cirit birit ni. Terutama dari kedai makanan yang kurang menjaga kebersihan. Atau kedai yang biarkan makanannya terdedah.
Saya pun pernah kena cirit birit dari makanan food delivery. Nasib baik laa ada petua ubat cirit birit nie. Alhamdulillah cepat jee baik dengan izinNya. Adanya petua nie, saya dah kurang risau makan di luar atau order food delivery.
Kat Mana Nak Beli Biji Selasih nie
Eh banyak laa jual di hypermakert. Biasa terletak di rak-rak bahagian rempah. Harganya pun murah. Elok korang simpan stok biji selasih untuk waktu kecemasan. Sebab bila2 boleh terkena cirit birit.
Tapi tak perlu beli banyak sangat, biji selasih ni. Beli sepacket kecil pun dah cukup. Sebab hanya guna secubit jee. Bila kena cirit birit hanya kunyah secubit biji selasih jeee.
Semoga artikel ini membantu anda merawat cirit birit. Di alukan klik button share.
akubiomed says
Boleh dicuba ikhtiar petua yang diberikan selalunya cari pil Chi Kit Teck Aun. Ada juga kunyah pucuk jambu untuk meredakan.
Hairul Hissam says
guna biji selasih nie lebih mudah, murah, berkesan dan tiada kesan sampingan..
simpan dlm bekas kecil, tahan lama.
Bila kena cirit birit, on the spot boleh ambil secubit dan kunyah. inshaAllah baik.
Mursyid says
Alhamdulillah. Terima kasih atas petua ini Sifu Chef. Insya Allah … semua dengan izin Nya.
Hairul Hissam says
InshaAllah berkesn dengan izinNya.