.
Petua ini kiriman Mohd Rujhan (Mohd Rujhan) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Tercekik tulang ikan merupakan sesuatu perkara yang merbahaya kerana ia boleh menyebabkan tekak kita terluka dan sangat menderita.Hal ini mungkin berlaku kerana makan secara gelojoh, makan sambil memikirkan masalah dan banyak faktornya.Di saya ingin berkongsi petua mengatasi tercekik tulang ikan.
.
Petua Tercekik Tulang Ikan
1. Seperti yang kita dengar,ambil nasi ,kepal-kepalkan nasi dan terus telan.
2. Ambil pisang, kupas dan makan pisang tersebut tetapi jangan kunyah,terus telan.
3. Ambil senduk, buh air dlm senduk kemudian selawat 3 kali lepas tu minum 1 nafas.
4. Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akam terkeluar.
5. Ambil sudu cuka dan minum.Kalau terasa tulang tu masih terlekat di kerongkong,minum sesudu lagi,pastu ambil nasi dan telan.
Diharap dengan petua ini dapat kita gunakan apabila tercekik tulang ikan kelak dan mudah-mudahan ia berkesan untuk semua.
Admin: Terima kasih En Rujhan di atas kiriman petua tercekik tulang ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara mengubati resdung. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
tehr says
mak aku selalu suruh pusing pinggan bila tercekik tulang
tak tahu apa kaitannya
Adif Fida says
En. Tehr….pas pusing2 pinggan tu…ape citer ngan tulang tu???
Mohd Rujhan says
sesiapa yang tercekik tulang ikan tu boleh la ikuti petua ini…dan pastikan sebelum mengikuti petua ini hendaklah selawat 3 kali…
Adif Fida says
rasa nak ketawe plak tgk gambo tulang ikan tu…hehheh
biase buat..kepal2 nasik jek…
'Izzah says
wah,,,,sye mmg penah tercekik tulang ikan,,,5 hari,baru lega!
dah telan dh bebyk nasi,,,tp tulang uh masih tersekat lg,,Mmg merana time tercekik tulang uh,,,kajadian yg x leh dilupekan,,,
Nnt kal0 sye tercekik lgmbleh try artikel nie. 😀
Choco Nila says
Penah tercekik tulang slma 2 hari setengah … seksanya ~~.. huhuh try kepal2 nasi first time x jadik… dlm 5th time baru jadi ..
azrie amriey says
Berhati2 ketika mkn, jgn gelojoh, kunyah perlahan2.. Lebih2 lg ikan yg byk tulang mcm ikn terubuk.. Tp kalau tercekik tulang ikan mcm dlm gmbar 2, mmg naya.. Silap2 kena operate 2.. hehehe
Adif Fida says
heheh….sungguh menakutkan tulang dlm gambo tu kan??
gloryatie says
boleh juga gantikan nasi dengan roti. hari tu saya tercekik, suami saya ambil roti sikit dan gumpal2. kemudia dia suruh saya telan. lepas telan 3 kali dah ok. cuba telan roti tu sampai tulang tu hilang.
azrie amriey says
mknanya nk bg tulang 2 lekat kt roti… bagus jugak idea 2….
Adif Fida says
kena telan makanan berserat…baru tulang tu bleh kuar…len kali blh makan roti…
Anjasmara Abdul Razak says
saya pernah terkena juga
Hairul Hissam says
Mmg perit juga bila terkena kan bro..