Petua ini kiriman Cik Noor ‘Izzah (Noor ‘Izzah) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Setiap orang pasti mempunyai bau badan. Namun bau badan yang kuat akan menyebabkan orang lain kurang senang. Dan saya ingin k0ngsikan tips ringkas dan mudah dari keluarga untuk menghilangkan bau badan. Untuk mereka yang mengalami masalah bau badan yg kurang enak.
.
Petua Cara Menghilangkan Bau Badan Dari Keluarga
1. Anda bleh menggunakan tawas..Apa itu tawas??Tawas bleh didapati di kedai2 runcit.Tawas merupakan batu yg berwarna putih. Ia sgt murah. Ayah saya hanya membelinya dgn harga 70sen sahaja. Mak,Kakak dn Abang saye , selalu menggunakkan tawas untuk menghilangkan bau badan dan ia mmg mujarab. Kerana ia terdiri drpd bahan semulajadi dan asli.
Dan petua ini merupakan , petua turun menurun drpd nenek moyang saya.
Jika anda sudah membeli tawas, anda perlu menumbuk dahulu batu (tawas) itu supaya menjadi serbuk dan halus. Untuk menjadikan tawas itu halus seperti bedak ialah dgn mem”blend” tawas itu selepas anda selesai menumbuknya.
Cara untuk menggunakannye amat mudah. Anda hanya perlu sapukan sedikit serbuk tawas pada bahagian bawah ketiak seperti anda menyapu bedak. Dan lakukan ini setiap kali slapas mandi..Insyaallah anda akan lihat hasilnya…:)
2. Jangan menggunakan “deodorant” dengan kerap!Kerana hal ini bleh menyebabkan ketiak anda semakin lama menjadi hitam.
Ini kerana,kawan kakak saye dulu selalu memakainye,dan skrg warna ketiaknye telah berubah menjadi hitam.
Gunalah bahan yang semulajadi dan selamat.
Selamat Mencuba. InsyaAllah ia sangat membantu anda menghilangkan bau badan.
Admin: Tima kasih Cik ‘Izzah atas kiriman Petua Cara Menghilangkan Bau Badan Dari Keluarga ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara kurangkan masin dalam masakan. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
yas says
Tips yg baik….asik guna deo jerrr….sekali sekala nti nk cuba jugak arrr
bangians says
ohohho.. petua ni mmg berkesan. selalu guna tawas ni ajelah..
akubiomed says
Sekarang ini sudah ada tawas yang dikomersialkan untuk menghilangkan bau kurang menyenangkan. Saya mengunakan tawas lebih 4 tahun dan ia berkesan.
gloryatie says
memang tawas terkenal kemujaraban dalam menjaga bau badan. selain tu saya tambah sedikit petua lain mungkin boleh digunakan. kalau kat spa selalu orang mandi serai wangi, sebenarnya kite boleh buat sendiri kat umah lebih murah dan confirm tradisional tanpa bahan campuran. caranya, rebus daun serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. kemudian selepas mendidih, masukkkan dalam baldi dan campur air paip hingga suam2 kuku. amalkan 3 kali seminggu. macam gi spa gituh! nak lagi mudah amalkan minum air rebusan daun sireh yang dicampur garam. selamat mencuba 🙂
shraqs says
Paling penting jangan lupa mandi!
Adif Fida says
Ada cara lain. Caranya ialah gosok ketiak dgn kepala lutut. Duduk mencangkung kemudian gosok lah ketiak tu kat kepala lutut. Mengikut kepada yang sudah mencuba petua ini, ternyata ianya memang berkesan
titan says
mandi guna limau purut. sure wangi punya. hehe..
nooraini says
kita boleh juga guna pucuk jambu batu bukan sahaja menghilang bau badan malah ia menghaluskan kulit dan daki-daki akan keluar serta jerawat pun hilang
Mohd Rujhan says
selain itu boleh gunakan dengan cara cuci ketiak dengan larutan lemon dan timun selama 15-20 minit sehari,setelah itu basuh mggunakn air suam…boleh diamalkan selalu untuk sentiasa bau wangi…
Petua Emak says
Bau lemon mmg syok… 😀
Mohd Rujhan says
bau yang wangi dan menyegarkan…
choco nila says
boleh juga cube cara ni >>
Ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus… ramas hingga hancur dan campurkan dengan sedikit air asam jawa. gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit. kemudian bilas
'Izzah says
Huhu,,,byk je cara laen sbenarnye..Tp sye tahu guna tawas jer.Nnt bleh cuba nieh petua ch0co..h0h0 😀
azrie amriey says
Sy mg suka simpan koleksi petua.. Ni antara koleksi yg dpt sy kongsi bersama
Ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan campurkan dengan sedikit air asam jawa. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas atau mandi.
Rebus sama banyak daun sirih dan daun nanas muda bersama dengan sedikit garam sehingga air rebusan menjadi separuh. Minum air rebusan ini setiap hari selama seminggu dan rasailah hasilnya.
Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.
Potong batang pokok kantan pendek-pendek dan tumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih. Gunakan air rebusan sebagai air mandian. Bilas akhir mandian dengan air bersih biasa.
Ambil anggaran 20 helai daun pandan dan kisar halus. Tapis dan ambil jus pandan untuk dicampurkan denagn sebaldi air untuk dibuat air mandian. Ketika mandi, basahkan tubuh dengan sebahagian air pandan ini terlebih dahulu. Kemudian gosokkan di bahagian ketiak. Amalkan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Jika rajin amalkan, badan anda akan menjadi harum secara semulajadi.
purple peace says
saya tak tahu cm mna nak hilangkan bau,,tpi mak cik saye
prna shorkan stu cara iaitu,,meletakkan ubat gigi di bahagian
ketiak..menurutnya ianya mujarab,,tpi saya tak pasti….
norainiomar says
saya punya lagi hebat apa susah mandi 4 kali sehari pagi siang petang malam haaaaaaaaa kan senang 🙂
maria says
saya sekarang baru 4 ari guna tawas, mmg berbal0i sangat… saya beli kat kedai runcit 50 sen jer utk satu bungkus..