Semua inginkan kulit wajah yang tegang, cantik dan berseri. Terutamanya pada golongan wanita. Mereka sanggup menghabiskan wang ringgit untuk kecantikan dan kesihatan wajah mereka. Terdapat cara yang lebih mudah dalam menegangkan kulit muka. InsyaAllah cara dibawah mampu tegangkan kulit muka tanpa sebarang kos.
.
Petua Cara Menegangkan dan Mencantikkan Kulit Wajah agar cantik berseri
1. Buka mulut anda besar-besar, keluarkan lidah serta buka mata anda sebesar yang boleh.Tahan dalam 15 saat. Senaman muka ini elok dibuat pada waktu pagi. ia sangat bagus dalam menegangkan kulit muka anda.
2. Banyakkan senyuman pada wajah anda dan elakkan bermasam muka. Muka yang masam manjadikan kulit muka anda lebih cepat berkedut.
3. Boleh gunakan putih telur. Asingkan putih telur dari kuning telur dan sapukan pada muka. Selapas 5-10 minit, basuh muka anda dengan air bersih.
Semoga ia membantu mencantikkan kulit wajah anda supaya tegang dan berseri. Semoga Petua Cara Menegangkan dan Mencantikkan Kulit Wajah agar cantik berseri ini membantu anda.
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua ubat sembelit atau susah buang air besar. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
azrie amriey says
Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, boleh juga dibuat air mandi ataupun dicampur dalam minuman.
Untuk menegangkan kulit muka, ambil tepung ubi kayu dan mentimun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit.Kacau rata dan jangan terlalu cair..Selepas itu,sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar…
Tegangkan muka dengan campurkan sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut, tumbuk lumat. Sapu di muka dan leher, 2 kali seminggu.
'Izzah says
Selalunyer setiap orang mesti mengidamkn wajah yg licin..terutamanya kaum wanita.Meh sye k0nsingkan cara2nye~~
>>Basuh beras dan toskan airnya.Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk.Simpan di dalam botol.Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis.Gosok pada muka dan biarkan kering.last skali,cuci muka hingga bersih.Insyaallah berkesan!:)
2 hours ago ยท Like
gloryatie says
boleh juga guna kulit pisang. kisar kulit pisang masak dan dicampur putih telur. kemudian lulur pada wajah hingga kering. bilas dengan air suam. amal 3 kali seminggu.
choco nila says
rebus daun teh bersama asam jawa dalam air. kemudian embunkan air tersebut semalaman.
sapukan air tersebut pada keseluruhan kulit muka sebelum matahari terbit dan biarkan kering. amalkan setiap hari dan lihat hasilnya.
Petua Emak says
tqvm atas petua tu.. org pompuan mmg arif ttg petua kecantikan kan cik nila..
choco nila says
lupe lak nak tulis .. insyallah akan tegang kulit dn x dek kedut2
Adif Fida says
bleh try yg ni gak..ambik susu tepung, agak2 ler beberapa sudu, titikkan air sikit jadi pekatan, jangan cair….kemudian perahkan limau nipis buat macam paste gitu…pastu tepek kat muka jadi masker….dah kering, bilas ler…muka akan rasa tegang dan memang lepas cuci cerah kulit kita khasiat susu dan kurang berminyak khasiat perahan limau nipis…kalau nak best lagi, masukkan dalam peti sejuk…bila tepek kat muke…rasa sejuk jek…