.
Petua ini kiriman Cik Rafidah (Adif Fida) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Untuk mengetahui bagaimana memilih daging yang segar dan sesuai untuk hidangan keluarga kesayangan kita, sila ikuti beberapa tip di bawah ini. Semoga ianya dapat membantu anda semua, Insya-Allah.
.
Petua Cara Memilih Daging Segar
1) Warna
* Daging yang segar berwarna merah hati tua
2) Kelembutan
* Untuk mengetahui kelembutan daging, tekan dengan jari telunjuk anda. Daging harus kenyal tetapi tidak keras.
3) Aroma
* Daging yang segar tidak berbau sama sekali. (Jika adapun rasanya bau daging segar lah kot) Jangan ragu untuk mencium daging yang dipilih supaya mendapat daging yang berkualiti.
4) Lemak
* Lemak daging biasanya berwarna putih atau kekuningan. Daging tanpa lemak akan terasa kesat dan tidak sedap. Ia juga kurang enak dimakan.
InsyaAllah, petua ini dapat mengelakkan anda dari membeli daging lama atau tidak segar.
Admin: Terima kasih Cik Rafidah atas kiriman Petua Cara Memilih Daging Segar ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara menghilangkan kedut bawah mata. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
Mohd Rujhan says
sanagt bagus untu panduan semua…tapi yang paling penting daging itu disembelih mengikut cara yang betul iaitu cara islam.
Petua Emak says
Benar tu, pastikan beli di tempat yg diyakini halal 😀
gloryatie says
selalu beli daging yang fresh kat pasar. yang ni memang sembelih khas tiap hari jumaat. so saya selalu beli daging hanya tiap hari jumaat, confirm fresh. next time boleh guna tips ni kalau perlu daging urgent (*,~).
Petua Emak says
Elok beli daging baru yg fresh dan diyakini halal… tqvm.. 😀
Juan says
WEBSITE NI SERIUS BOLEH MAJU, SEBAB NICHIENYA SAHAJA SUDAH “PETUA”, GOOD SHARING HAIRUL
Petua Emak says
sebenarnya bro blog ini lebih kpd berinteraksi dgn blogger..
blog hairul.com pula lebih kepada promosi produk saya..
alaaa bro, byk blog petua ada kat internet….
dan mudah sangat kalo diaorg nak copy petua disini… he.he.he
azrie amriey says
seelok2nya beli di pasar segar, bkn di pasaraya… mmglah mudah klau beli kt pasaraya, tp belum tentu segar.. Tgk pun, pucat je… klau yg baru disembelih, dagingnya lebih fresh dan pastinya lebih enak dimasak….
ohcikgu says
saya tengok bau..picit sikit-sikit..dan juga warna. sama macam kat atas. hehe..