Petua ini kiriman Cik Norhayati (gloryatie) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Ramai yang terlalu taksub pada tubuh badan yang kurus, slim dan lansing. Tak kurang juga yang tercari2 produk manakah yang paling mujarab untuk menguruskan badan. baik lelaki atau wanita, semuanya mengutamakan bentuk tubuh badan. tidak hairanlah dipasaran sekarang ramai pengedar berlumba-lumba mengeluarkan produk menguruskan badan. disini saya ingin kongsikan petua menguruskan badan cara ekonomi dan mengikut nenek moyang kita.
.
Petua Badan Kurus, Ramping, Dan Slim
1) ambil air halia yang pekat dicampur dengan sebiji telur ayam kampung dan madu lebah. kacau dan minum seminggu sekali.
2) minum air rebusan daun betik.
3) minum air rebusan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada hitam, halia dan secawan air.
untuk petua tambahan bagi mengelakkan perut buncit yang boleh mencacatkan penampilan anda, bancuh secawan teh pekat dengan limau nipis. minum ketika suam.
selamat mencuba (*,^)
Admin: Terima kasih Cik Gloryatie atas kiriman Petua Badan Kurus, Ramping, Dan Slim ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara berhenti merokok. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
tehr says
jangan la kurus sangat
tak cantik juga bila terlampau kurus
Petua Emak says
kalo sampai nampak tulang, ngeri plak tengok kan bro 😀
chii says
satu lagi.amalkan minum air limau suam selama seminggu..mmg leh nampak kesan..ehehe
Petua Emak says
saya pun suka minum air limau nipis….
ada terbaca diforum, benda masam ini akan menyebabkan badan kita manarik akhali dalam tubuh kita untuk meneutralkan asid dari air atau makanan masam. bila akhali ini ditarik, mudahlah badan untuk kurus dan slim…
azrie amriey says
yg penting bkn kurus, tp sihat…. klau bdn berisi tp kesihatan ditahap yg baik, bguslah… klau bdn kurus, tp dalaman tak sihat, tak bagus jugak kan?
Petua Emak says
Benar tu cik azrie, yg paling utama ialah kesihatan. Tapi kalo slim dan sihat.. tentu lebih menawan 😀
azrie amriey says
betul 2… lgpun, ada jugak lelaki yg suka perempuan yg berisi…. semua bergantung pd keselesaan masing2.. 🙂
gloryatie says
bukan kurus kering la….
petua ni untuk slim dan ramping
bukan ke slim tu seksi dan menawan, dan terhindar dari penyakit
kalau gemuk kan banyak pula penyakit lebih2 lagi penyakit malas bergerak uuhuhuhuhu,
lagi terdedah dengan kencing manis la, darah tinggi la macam2 ada….
so selain slim dan ramping ia juga dapat menjaga kesihatan kita
betul tak? 🙂
Petua Emak says
Yap artikel ini tips untuk slim , ramping dan menawan.. saya dah ubah tajuk artikelnya, agar tiada yg salah paham..
yg pasti, itulahyg diimpi-impikan wanita… slim dan menawan kan cik yatie…
gloryatie says
betul, betul, betul (guna lenggok upin upin)
wency says
bole diamalkan slps bsalin.. 🙂
Petua Emak says
Byk juga kegunaanya dia ye.. tqvm wency 😀
nooraini says
untuk melangsingkan badan boleh cuba cara ini. ambil ibu kunyit sebesar ibu jari, 3 kumtum bunga cengkih dan sedikit asam jawa. rebus semua bahan tadi dan minum air rebusan ketika suam, minum 3 kali sehari. cuba je kalau tak cuba kita tak tahu kesannya.
Petua Emak says
Yg penting amalkan secara konsitent.. insyaAllah kesihatan pun bertambah baik kan 😀
Waeni says
Salam.terjumpa blog ini.sangat bermanfaat.terima Kasih.
Hairul Hissam says
byk lagi artikel best dan menarik dlm blog nie..