Sebelum kita ke panduan cara guna penimbang digital atau kitchen scale untuk semua jenis penimbang, saya nak tunjukkan penimbang digital yang bagus dengan harga berpatutan. Yang penting penimbang tersebut tahan lama. Saya sendiri telah menggunakan digital kitchen scale ini bertahun-tahun lamanya. Cuma jangan tekan button penimbang digital kuat sangat. Nanti berlubang.
Penimbang Digital yg saya guna
Penimbang digital yang terbaik saya gunakan ialah jenama SF-400A. Saya beli di kedai bahan bakeri pada tahun 2009 untuk 0.1gm dengan penimbang sehingga 2kg. Ia memang terbaik dan sampai sekarang masih boleh digunakan. Cuma sekarang susah nak cari yang 0.1gm digital. Yang banyak dijual ialah jenis 1gm untuk timbangan sehingga 5kg. Saya pun ada beli juga ia tidak kuat makan bateri. Bateri yang digunakan ialah bateri biasa size AA.”
Cara Guna Penimbang Digital
Penimbang yang jenis digital memang sangat memudahkan kerja-kerja menimbang. Sebab anda boleh timbang semua bahan satu persatu dalam satu bekas sahaja. Dan anda boleh guna apa sahaja bekas termasuk periuk untuk menimbang bahan di atas kitchen scale. Contohnya, Letak periuk atas penimbang anda dan tekan button digital T atau Tare untuk kosong angka timbangan digital. Seterusnya masukkan terus bahan di dalam periuk untuk timbang. Kemudian tekan button digital T atau Tare untuk kosongkan semula angka penimbang dan masukkan lagi bahan seterusnya. Memang mudah guna yang jenis digital ini. Cara guna penimbang digital ini ada di ajar dengan lebih teliti di laman web www.rahsialoaf.may.my
Cara Beli Penimbang Digital Online
Anda boleh beli penimbang digital di kedai bahan bakeri atau secara online. Anda hanya perlu masuk ke dalam laman webnya dan taip kitchen digital scale atau digital scale. Atau SF 400A Digital scale. Anda juga boleh belajar cara menggunakan melalui video masakan saya di www.deco.rahsiakek.com
PSST: Jangan lupa dapatkan resepi menarik di bawah aritkel ini.
Leave a Reply