First time saya menulis artikel dengan tajuk HOT di blog hairul.com. Harap pembaca tidak berpeluh-peluh membacanya nanti ya. Memang hot lah. 😛 . Sebelum itu, artikel ini masih diketegorikan sebagai tontonan UMUM. Bukan 18SX ya. 18SG pun bukan. So janganlah harap yang bukan-bukan ya. :P. he.he.he.
Ok. kisah ini pada bulan Jun. Bulan lepas. Seorang guru data menghubungi saya. Pada mulanya pertanyaan beliau berkaitan dengan produk saya. Guru ini sangat berminat membeli dua pakej saya. Dan beliau bertanyakan diskaun pembelian dua produk bersama. “Diskaun untuk pembelian 2 produk bersama ialah RM10. So kalau beli dua. RM60 + RM60 – RM10 = RM110 sahaja” Itulah jawapan skema yang biasa saya berikan.
.
.
Selepas itu barulah beliau menceritakan keterlanjurannya. Jeng. jeng. jeng. Jangan mareee ye.. Beliau terlanjur copy pakej roti canai saya. “Hairul, saya dah ada copy pakej roti canai. Copy dari kawan saya. Tapi saya tak berani nak buat roti canai sebab dalam pakej ada beritahu tidak boleh copy atau edar pakejnya”. Itulah keterlanjurannya. Mencetak rompak pakej saya. Menurut beliau lagi. Beliau risau sekiranya makanan yang dimakan oleh keluarganya tidak halal kerana menggunakan pakej cetak rompak. Terus terang saya respect pada guru data ini.
Tapi yang tak bestnya. Berulang kali beliau meminta lagi diskaun. Saya dengan tegas mengatakan hanya boleh tambah lagi RM10 sahaja untuk menjaga hatinya sahaja. Guru tu mula mendesak saya untuk memberi diskaun lagi “Saya dah ada copy nie”. Berulang kali juga beliau sebut. Dan berulang kali juga kata sorry. Selepas itu beliau email saya untuk mendapatkan tiga pakej saya pula. Dibawah ini jawapan saya.
.
.
Alhamdulillah beliau telah membeli ketiga-tiga pakej tersebut selepas mengcopy pakej roti canai dari rakannya. (Dalam email diatas, kelihatan dua email iaitu beli@resepiroticanai.com dan beli@hairul.com. Kerana semua email beli/support akan diforward secara auto ke beli@hairul.com) Tapi selepas ini, tiada lagi diskaun tambahan ya. Kena adil dan saksama. Betul kan.
Penting NIe Pasal Isu Keterlanjuran
Terus terang saya sangat respect pada guru data tersebut. Saya suka mengingatkan bahawa setiap pakej yang saya jual hanya untuk satu keluarga sahaja. Bukan untuk satu office. Bukan untuk satu kilang. Bukan untuk satu kampung. Semoga kita menjaga keberkatan agar keluarga kita lebih sihat dan baik. Pesanan ini dibawakan oleh Kementerian Kesihatan Blog Hairul.com.
samdaddycool says
Tulah, dah terlanjur.. tapi nasib baik mengaku salah dan minta maaf..
Hairul Hissam says
Siap beli lagi tiga pakej tu.. Bagus kalo semua rakyat malaysia macam tu kan En sam 😀
akubiomed says
Satu tindakan yang berani dengan mengaku “keterlanjuran” yang berlaku. Harap ia menjadi pengajaran kepada semua.
Hairul Hissam says
Satu sikap yang harus dipuji kan en akubiomed 😀
Ahmad Tarmizi says
panas betul bila baca post kali ini.Bahaya.
Hairul Hissam says
Mmg hot artikel kali ini… sebelum baca.. kena buka kipas kuat sikit.. 😀
fiezaradzi says
ada jugak macam tu ek.. lau saya dah telanjur copy (setakat ni tak de la…) diamkan je la.. haha.. tapi pembeli biasalah, mesti nak diskaun.. hehee
Hairul Hissam says
Kalo diam-diam tapi lepas tu beli yg ori.. tu bagus.. he.he.he..
suri says
ha cam tu ad ajuga eh isyh bahaya sungguh…kita mesti ank unung juga sb adminnya
Hairul Hissam says
semua mau untung.. tapi biarkan dgn cara yg betul. 😀
azman says
Kalau orang yg tak tahu hukum…maka berdosalah sepanjang hayat,bayangkan kalau dia meniaga..hmm infinity dosa yg dia dapat…
Hairul Hissam says
Betul tu bro.. kalo siap buat bisnes.. tak taw la macam mana tu..
tapi kalo ada yg dah terlanjur…. boleh beli semula produknya.. 😀
amy says
baca tajuk dah buat suspen,ingatkan terlanjur dot,,,,dot walau bagaimanapun patut di puji juga cikgu tu kerana berani berterus terang.
Hairul Hissam says
Betul tu.. sikap nie perlu ada pada setiap org kan 😀
nik says
Baguslah jika sedar keterlanjuran yang dilakukan tu… Namun jika kerap berlaku tu bukan “ter” tu memang dah niat nak buat…. Sebaiknya minta diskaun terus…..
Hairul Hissam says
Setiap anak adam melakukan kesilapan… yg terbaik ialah ialah sedar dan bertaubat kan en nik..
suri says
Lanjur kedepan bangat hee..sabar jelah heee
Hairul Hissam says
tu lagi bahaya.. boleh masuk gaung.. he.he.he 😀
suri says
ada jujur kita akan rasa senang hati ada pual sebaiknya…ada plk yg silap pastu kembali betulkan keadaan..tu kira oklagi kan… he…
mmg beri penhajara pd saya yg mmabcanya
Hairul Hissam says
Betul tu cik suri.. kejujuran dan keikhlasan membuatkan hati kita lebih tenang..
tiada guna kekayaan tanpa ketenangan dan kebahagian 😀
Shasha Catering says
Pakej? Pakej apa tu? Saya pun minat nak tahu ni. Harga dia pun ok jugak.
Hairul Hissam says
Eh ada dalam artikel atas la 😀
hafizmd says
Wah. Mmg terbaik cikgu ni walaupun ada sesi tawar menawar kat situ.
moga kita mampu menyediakan rezki yg berkat utk keluarga kita…ameen
Hairul Hissam says
Mmg panjang sebenarnya sesi tawar menawarnya…
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan aman dan damai.. 😀
hafizmd says
Benda yg sama jugak bila kita beli cd installer, contohnya windows installer. Dia limit utk beberapa org, tp org kita install habis satu opis….hehe
Last2, ada masalah kat pc… =)
p/-tp en hairul cukup lembut dan bertegas dalam hal ni…terbaik!
Hairul Hissam says
Cetak rompak perisian lagi bahaya en Hafiz.. kalo kena tangkap. Mau kena saman RM20k setiap komputer.. 😀
titan says
wahh. dah ada kementerian sekarang ye..
Hairul Hissam says
he.he.he.. Kementerian sendir.. 😀
tehr says
memang bagus cikgu tu
terlanjur dan mengaku kesilapan
Hairul Hissam says
Betul tu en.tehr.. bagus guru tu.. 😀
chii says
seorg guru yg jujur…mungkin dia fikir ini makanan yg mana akn menjadi darah..kalau curi dan rompak2..sama mcm pencuri di luar sana la kan
tp bab nk mnta diskaun tu yg sakit.ehehe
ehem..kalau chii plak..brp agaknya diskaun yg diberi ya :p
Hairul Hissam says
Serba salah cik chii nak bagi diskaun lebih. 😀
kalo chii.. sama je.. he.he.he.. cuma saudara mara je saya bagi free. 😀
dzuandiey says
alamak..macam ni pun boleh ya..huhu…tapi syukur la dia dah amik 3 pakej..hihi..
Hairul Hissam says
Tu yg best.. dia beli tiga produk sekali 😀
Mekar says
Alhamdulilah. akhirnya cikgu tu beli juga ketiga-tiga yg original. Cuma tak tahan asyik minta diskaun tak sudah
Hairul Hissam says
Bagus cikgu tu kan cik mekar.. 😀
fahmi says
alhamdulillah.. masih wujud guru yang terlanjur sebegini.. tapi kebiasaannya kalau orang yang dah dapat yang copy, die buat senyap je, x minta izin pun dari tuan empunya.
semoga ramai lagi orang yang macam ni
Hairul Hissam says
Biasanya begitulah en fahmi… dapat terus senyap. Tapi sikap guru nie mmg bagus kan en fahmi. 😀
Feeda says
Salute to Cikgu Data kerana berani ‘buka pekung di dada’… Mudah2an dosanya ‘mencetak rompak’ diampunkan olehNya. Yang tak tahan dia punya ‘kecek’ mintak diskaun tu… Memang inilah asam garam org berniaga kan?.. Kalau tak cukup sabar, tentu tak capai tahap dia nak beli 3 pakej sekaligus tu… Tahniah pada Hairul yg berjaya menangani situasi ini… Err… Kalau Feeda nak beli 3 pakej lagi, Hairul boleh bagi berapa? Diskaun RM30 eh? … Keh..keh.. Akak gurau je… Selamat Maju Jaya!
Hairul Hissam says
Dalam apa jua bisnes, mmg kena banyak bersabar. Kalo tak.. mau tutup kedai.. 😀
Guru data tu pun mmg baik. .
p/s:Dapat RM20 je kak kalo beli 3 pakej.. Kena adil… he.he.he
Izah Nordin says
Assalam..sya nak tanya, encik ada jual buku respi kee….tq
Hairul Hissam says
wslam dan terima kasih.. ya ada.. boleh tengok di http://www.kelaschef.com