Artikel ini kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Riza. Memang ramai rakyat Malaysia tidak mengira usia menghidapi penyakit kencing manis. Dan ada diantaranya membawa kepada kematian. Sungguh menakutkan. Oleh itu sangat bijak mencegah penyakit kencing manis dari sekarang. Jom kita baca dan amalkan petua dari Kak Riza
.
Cara Mencegah Kencing Manis Sebelum Terlambat
Emak kak Riza meninggal kerana kencing manis. Jadi kak Riza tak nak keadaan ni terjadi pada kak Riza dan juga pada Hairul dan pada pembaca blog ni. Orang tua kata, ’Mencegah lebih baik dari mengubati’. Inilah cara terbaik yang digalakkan oleh Islam. Cara mencegah kecing manis ini amat mudah.
Makanan harian orang Melayu kita ialah nasi. Inilah salah satu penyebab kepada penyakit kencing manis. Sebab Kak Riza perhatikan, ada seorang saudara jauh Kak Riza yang lanjut usia, tapi masih sihat. Amalan dia, makan nasi sikit sahaja pada waktu tengahari. Badan dia mantain je, tak gemuk. Penyakit pun tak da. Sihat sehingga sekarang walaupu usianya telah lanjut. Dari situ kak riza lihat keburukan makan nasi pada kuantiti yang banyak.
Petua cara mencegah penyakit kencing manis kak Riza mudah sahaja. Makan nasi sikit masa tengah hari. Manakala pada waktu malam pula jangan makan nasi langsung. Kalau nak makan juga nasi, makan nasi sebelum maghrib, itu pun sikit je. Rasionalnya, nasi mengandungi karbohidrat dan gula kompleks yang tinggi. Kalau tak digunakan oleh badan gula kompleks ini akan diproses menjadi gula ringkas. Lama-lama bertimbun dalam darah, menyebabkan penyakit kencing manis (diabetes). Jadi, beringatlah sebelum kena.
Hairul.com: Terima kasih Kak Riza kerana sudi mengirimkan petua cara mencegah penyakit kencing manis. Ingat nasihat Kak Riza, beringatlah sebelum kena… 😀
akubiomed says
Nasi memanglah pantang kepada pengidap kencing manis. Petua berhenti sebelum kenyang.
Hairul Hissam says
eh.. saya baru je post artikel nie.. bro dah komen.. cepat betul…
betul kata bro akubiomed…berhenti sebelum kenyang antara cara mencegah pelbagai penyakit.. tqvm bro..
nurmisnan says
Nasi juga menjadi makanan terlarang bg pesakit kanser
itu sbb orang berpenyakit menggunakan beras herba pony
kurang gula dan kolestrol..
Tq brother sharing utk semua.. kami sesekali makan nasi
waktu mlm..
Hairul Hissam says
Ternyata, nasi ini kurang baik utk kesihatan.. Amat bijak mengurangkannya. Terima kasih kak nora atas perkongsian tu.. 😀
puteri kasih says
sebenarnya bukan sahaja nasi..malah dua keping roti pun boleh diibarat sepinggan nasi. Itu kata doktor yang merawat ayah puteri.
Apa sahaja makanan yang berkarbohidrat tinggi perlu dikawal pengambilannya. Bukan bermaksud tidak boleh makan, tapi makan dalam kuantiti yang sedikit bersesuaian dengan aktiviti seharian kita.
Yang penting makan secara seimbang, minum air secukupnya dan bersenam. ^_^
Hairul Hissam says
Benar kata cik puteri, yg penting kurangkan mengikut keperluan harian kita dan gantikan dgn makanan yg lebih berkhasiat dan mudah dihadam oleh tubuh kita .. 😀
suri says
erk sb nasi hee.. kluga sy slu amalkan blh ubah cara pemakanan gula, mkn di kurgkan manis2.. mmg mak ayah ada pykit tu sllu tgok depa mkn sblm mgrib ..anak2 klu blik melaka dh terikut.
sy selalu amik oat jer bro heee…mesti take note 😉
Hairul Hissam says
Bagus tu cik suri.. kurangkan makan manis2 dan tambahkan manisan dlm senyuman .. bagus juga makan oat tu :D…
TehR says
apa yang penting bersederhana
bila berlebihan, banyak penyakit yang akan datang
Hairul Hissam says
Betul tu bro bersederhana dlm segala aspek kehidupan membuatkan hidup kita lebih sihat dan bahagia…
byte jannate says
wah….pesakit diabetes perlu tahu nih….kurangkan nasi dalam diet makanan harian untuk bebas diabetes…
Hairul Hissam says
tambahan lagi tubuh kita pun tak perlukan nasi yg banyak..
Klinax Organik says
Selain jaga makan, senaman juga perlu supaya gula dalam badan ditukar menjadi tenaga dan tak berkumpul. Kalau sibuk sangat, rajinkan diri untuk jalan kaki di sekitar tempat tinggal. Sesekali gunalah tangga. Tu pun sudah memadai, jika ada masa lapng, jogging di taman. Kalau ada tanda seperti kerapdahaga, lesu dan luka lambat sembuh, sila buat pemeriksaan kesihatan di klinik. Rawatan pada peringkat permulaan lebih mudah berbanding peringkat kronik
Hairul Hissam says
Betul Tu joging amat bagus untuk kesihatan.. kalau tiada masalah, jogging setempat di rumah pun bagus..
zila says
INFO YANG MENARIK
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat..