Alhamdulillah, setakat ni saya belum pernah lagi terkena dengan penipuan online dan juga skim cepat kaya. So dalam artikel ini saya nak share cara elak kena tipu online dari pengalaman sendiri.
Tapi sebelum itu jom tengok dulu testimonial terbaru loaf.
Kalau nak buat roti buku ala gardenia untuk bisnes, boleh belajar di >>> www.rahsialoaf.may.my
Cara Elak Kena Tipu Scammer Online
Caranya mudah sahaja. Anda kena banyak baca kisah2 penipuan online samada dari akhbar online, youtube, blog dan media sosial. Inilah yang membantu saya terselamat dari penipuan online dengan izin Allah s.w.t.. Alhamdulillah.
Ini kisah saya….
Pada tahun 2010, saya ada tulis artikel cara pos barang. Dalam artikel tu, ramai pembaca komen dan kongsi kisah mereka ditipu scammer yang berpura-pura hantar hadiah dari luar negara.
Lepas tu, saya buat pula artikel penipuan online berdasarkan komen pembaca tadi. Kali ni, lagi ramai kongsi kisah mereka ditipu di ruangan komen. Macam-macam bentuk penipuan online dikongsi.
Nie lah buat saya lebih berhati2
So bila saya dah baca banyak kisah penipuan online ni, tentulah saya lebih berhati-hati.
Contohnya ketika jual barang terpakai di mudah.my, ada buyer oversea nak beli. Saya dah tahu laa dia tu scammer berdasarkan komen pembaca di blog saya.
Dalam youtube pun ramai yang share penipuan guna phone call menyamar jadi polis, bank negara dan courier. So bila saya terima call seperti dalam youtube, saya matikan jee la phone.
Terkini Scammer Guna Wasap…
Yang terbaru dalam akhbar online, scammer hantar wasap kad jemputan kahwin dalam aplikasi apk file. Lepas mangsa pasang aplikasi apk file tersebut, habis wang mangsa disedut.
Ingat, jangan sesekali pasang aplikasi apk file dari orang tidak kenali. Sebab mereka akan tipu macam2 cara. Contohnya, menyamar jadi kerajaan nak bagi wang bantuan rakyat yang perlu pasang apk file.
Bila berlaku kes macam ni, kita kena buat langkah berjaga-jaga seperti pasang ‘apps bank’ di handphone kedua. Macam saya, saya delete jee apps bank dalam handphone dan tinggalkan satu apps bank yang tidak banyak wang di dalamnya.
Macam mana doktor, lawyer, guru pun kena tipu?
Sesiapa saja boleh kena tipu jika tidak baca kisah penipuan online ni.
Contohnya doktor… Kalau bab kedoktoran, memang susah nak tipu mereka. Tapi kalau bab repair kereta, senang jee nak tipu doktor tu.
Sebaliknya jika doktor tu rajin baca kisah penipuan bengkel kereta, tentulah dia akan lebih berhati-hati dan tanya kawan-kawan dulu, bengkel mana yang jujur.
Nie formula nak elak kena tipu…
So kunci utama nak elak kena tipu ialah banyak membaca kisah-kisah penipuan online samada dari akhbar online, youtube, blog dan media sosial. Bila kita dah tahu, kita lebih berhati-hati.
Ada masa free, anda search di youtube dengan taip: Scammer di Malaysia. Nanti keluar banyak kisah-kisah penipuan yang dikongsi.
Nasihat saya…
Banyakkan baca dengan anak-anak, kisah penipuan ah long, penipuan skim cepat kaya dan penipuan online pada anak. Sebab ini akan membantu menyelamatkan anak-anak anda dari kena tipu di kemudian hari.
Semoga artikel ini dapat membantu anda mengelak ditipu scammer online dan offline. Dan jangan lupa berdoa pada Allah s.w.t.
Formula kedua… bab duit tiada siapa boleh dipercayai. Tiada benda free dan tiada jalan mudah buat duit. Kalau korang pegang prinsip ini, inshaAllah susah tertipu.
Psst: Syukur sangat. Setakat ni, belum pernah lagi kena tipu online. Tapi akan datang saya tak tahu laaa. Jika Allah s.w.t. nak tentukan saya kena tipu dengan scammer di masa hadapan, kena redha laaa.
akubiomed says
Scammer ini kreatif ada jer teknik terbaru tipu daya. Kita perlu berhati-hati pada masa hadapan.
Hairul Hissam says
Betul tu. Sbb tu kena rajin baca berita kes2 penipuan terkini. Supaya kita lebih berwaspada
mrhanafi says
saya kena scam sebab rasa cakna dengan infoirmasi yang ada..
apa yang berlaku kena scam juga dengan cara yang paling halus dan licik..
nasib baik duit dapat refund semula
Hairul Hissam says
alhamdulillah syukur..