Semenjak tahun 2010, ini kali pertama ramai pembeli mengadu video dalam dvd tersekat-sekat. Ada dalam 9 orang juga. Dan semasa saya poskan semula dvdnya, ada yang sampai dua kali diposkan semula dvdnya. Sebab pada mulanya tak tahu apa puncanya. Yelah tak pernah pula berlaku macam nie. Nasib baik teringat pasal dvd dari supplier baru yang terburai seperti screenshot gambar didbawah
Ada 400pcs dvd brand hp dalam kotak tu. Walaupun dvdnya terburai, tapi surface dvd masih cantik dan tiada calar atau retak. Tu yang saya ingat ok lagi dan gunakan juga. Saya check video yang dicopy pun ok. Tapi tak sangka pula video di dalamnya tersekat-sekat. Tapi tak semua rosak. Sebab ada pembeli yang beli dua pakej mengadu hanya satu dvd sahaja yang tersekat2. Selepas nie memang tak akan guna lagi dvd supplier tu walau ada yang elok.
Pada mulanya saya ingat salah satu alat dvd writer saya rosak sebab dah bertahun-tahun tak tukar. Tu yang banyak juga saya poskan guna dvd supplier tu. Lebih 200pcs juga. DVD replacement pun ada yang guna dvd supplier tu. Bila dah teringat dan pasti masalah dari dvd supplier tu, memang dah tak guna lagi laa dvd dari supplier tu. Kelima-lima alat dvd writer saya pun dah tukar baru untuk lebih selamat.
Berapa Lama Tempoh Waranty Dvd Saya?
Di belakang dvd case, saya ada beritahu. Ayatnya seperti ini: “Selepas menerima dvd, pastikan semua video di dalamnya boleh dimainkan. Jika ada kerosakkan pada dvd dalam tempoh waranty dua minggu, saya akan poskan yang baru”. Saya guna tempoh waranty dua minggu sama seperti yang digunakan oleh semua kedai dvd movie offline. Tapi dalam tempoh sebulan pun saya masih terima jika baru buka dvd dan ada masalah.
Psst: Jika dvd dibeli ada masalah, tersekat atau rosak, anda boleh terus wasap/sms saya ke: +60137757915 untuk bantuan atau replacement. Kalau guna email atau komen nie, saya sekali sekali jee buka. Dan kalau email/komen masuk dalam spam box lagi laa payah nampak. Dan biasanya saya akan minta pembeli tolong check dvdnya sebelum dvd replacement diposkan semula.
Jika Selepas Setahun DVD Hilang/Patah, Macam Mana?
Semenjak tahun 2010, jika ada pembeli yang dvdnya hilang atau patah, saya akan poskan secara percuma dengan pembelian mana-mana dvd lain yang belum dibelinya. Kalau selepas sebulan atau 7 tahun, dvd hilang pun tetap boleh diposkan semula. Caranya anda hanya perlu beli mana-mana dvd yang belum pernah dibeli. Kemudian semasa isi borang pengesahan, tuliskan nama dvd yang pernah dibeli yang hilang untuk dipos bersama. Bagitahu juga tahun bila anda beli dvd tersebut untuk mudah saya check di senarai rekod pembeli saya. Memang tak perlu bayar lagi untuk dvd yang telah dibeli dan hilang.
Psst: Jika sebelum nie dvd anda hilang dan anda telah beli lagi yang baru kerana tidak tahu dan tidak tanya saya, anggaplah ia sedekah.
Bawah DVD Boleh Calar Tak? & Penjagaan DVD
DVD tidak akan tercalar jika selepas guna anda terus masukkan dalam dvd case yang disediakan. Yang jadi bercalar-calar ialah selepas guna, anda letak dvd di atas meja atau di atas dvd player. Tu yang terlanggar-langar atau tergesel-gesel sehingga bercalar-calar. Tak kan laa dvd boleh bercalar-calar dengan sendiri. Mengarut tu. Jika dvd anda rosak akibat bercalar-calar, anda boleh dapatkan semula dengan membeli mana-mana dvd lain yang belum pernah dibeli. Dan saya akan poskan semula dvd yang bercalar atau rosak tu dengan percuma.
Berapa Lama DVD Nie Tahan?
Selagi anda tidak calarkan atau rosakkan dvdnya, selagi itu ia tahan. DVD brand sony yang saya guna sebelum nie memang terbukti tahan lama. Bertahun-tahun guna pun masih ok. Cuma semenjak seronok shopping online nie, gatal pula tangan beli dvd brand lain secara online. Bila sampai, terburai pulak. Risau pula pada ketahanannya.
Boleh Pos Dalam Bentuk Pendrive Tak?
DVD movie nie boleh di buka di komputer dan tv dengan dvd player. Jika komputer anda tiada dvd drive, anda boleh minta saya poskan dalam bentuk pendrive. Wang tambahan rm20 untuk pendrive 8gb dikenakan. Atau anda boleh copy sendiri ke pendrive anda. Jika tiada komputer, anda boleh beli dvd player untuk dibuka di televisyen. Harga dvd player pun murah dan banyak dijual di hypermarket atau secara online. Lagi seronok dan puas tengok di tv dengan dvd player. Rumah pun nampak bergaya dengan adanya dvd player. Kalau ada duit lebih, beli home theatre kerana ia siap dengan dvd player.
Dalam Bisnes Memang Banyak Ujian & Cubaan.
Dalam apa juga bisnes, memang banyak ujian dan dugaan. Yang penting kita kena banyak bersabar dan terus menerus memperbaiki yang termampu. Kemudian berdoa, bertawakal dan redha akan ketentuan Ilahi. Pada saya, Allah s.w.t. akan uji kita dulu sebelum memberi sesuatu nikmat. Sebab itu, sabar banyak nikmatnya. Sebaliknya jika kita tidak sabar dan suka menyalahkan sana-sini, mengumpat, mengutuk, dan buat andaian memfitnah. Percayalah masalah dan bala yang lebih besar akan datang bertubi-tubi. Sebab itu, TAK sabar banyak balanya. Peringatan ini untuk diri saya juga.
mrhanafi says
saya baca sampai habis..
memang betul..
ketika diuji jangan mengeluh atau cuba menyalahka orang lain
Hairul Hissam says
Kalau kita berfikiran positif tentu ujian memberi byk idea memajukan bisnes kita…
akubiomed says
Wah terlalu baik. Susah nak jumpa seller macam nih. 🙂
Hairul Hissam says
Kalau nak bisnes berpanjangan kena jadi seller terover baik bro. heee
Haidar says
Kalau saya lebih prefer pendrive. Sebab DVD player kat rumah pun dah lama tak pakai dah tersimpan di stor. Laptop pun tak ada CD Rom…
Hairul Hissam says
Pendrive mmg lagi mudah.. cucuk jee terus boleh belajar…
Awin says
Kalau dvd cerita tersekat sekat. Ada perhitmatan baiki dvd rosak x macam cerita dia tersekat sekat, atau patah ker
Hairul Hissam says
setahu saya tiada.