Seronok bela arowana semenjak tahun 2018. Sampai berjenis-jenis arowana yang dibeli. Tapi yang paling cantik ialah super red. Kilauan merah birunya menusuk jiwa dan kalbu.
So dalam artikel nie saya nak berkongsi cara membela arowana yang terbaik
Tapi sebelum tu, jom tengok dulu testimonial kek butter red valvet super moist.
Wah sampai berkotak-kotak jual kek butter di office. Kalau kek butternya super sedap, super gebu dan super moist, insyaAllah ordernya non-stop.
Anda juga boleh belajar dengan klik link ini: resepi kek butter
Cara Bela Arowana
Cara bela arowana nie tak deee laa susah sangat. Ikan nya tahan lasak dan payah nak kiok. Dan umurnya panjang pula tu sampai 30 tahun. Sisiknya pula memang cantik. So sangatlah berbaloi membelanya.
Inilah arowana kesayanganku. Super red arowana, golden arowana dan bluebase arowana.
Dari tahun 2018 saya melayan bermacam jenis arowana. Banyak juga yang saya jual. Anda juga arowana beri pada saudara. Kelebihan bela arowana mudah dijual semula
Makanan Arowana
Makanan paling mudah ialah pellet. So eloklah cari arowana super red atau golden yang dah siap train makan pellet. Kalau yang makan benda hidup, teruk juga nak beli makanannya selalu.
Bagi makan sekali atau dua kali sehari sahaja. Di bawah ini jenis-jenis makanan arowana dan cara bela:
1. Ulat kecik (mealworm). Ini makanan paling murah dan senang bela. Boleh bagi ulat kecik nie makan oat atau pellet. Memang cepat dia gemuk.
Ulat kecik nie tak boleh kena air. So kena letak di tempat yang berangin, tidak panas dan tidak lembab. Kalau tak pernah tengok ulat kecik boleh lah tengok di link ini
2. Ulat besar. Ini saya tak galak bagi makan. Sebab ulat besar nie kulitnya tebal dan lambat nak hadam. Ada seller cerita tentang ikan arowana dia mati. Bila belah perutnya, penuh dengan kulit ulat.
3. Cengkerik. Ini jimat. Untuk bela cengkerik, letak dalam box plastik yang penutupnya berlubang. Kemudian letak di kawasan berangin seperti di carporch. Boleh bagi makan oat atau pellet yang halus. Untuk minuman, rendam kayu dan letak dalam box cengkerik.
4. Katak. Cara bela katak, kena letak dalam bekas yang berisi air. Paras air hingga paras bawah lutut katak. Lepas tu kena rajin tukar air dia. Kalau tak nanti air kencing katak tu akan bunuh katak tu. Boleh bagi katak tu makan pellet atau ulat kecik.
Tapi info dan kedai mengatakan katak ni boleh menyebabkan mata arowana jatuh atau drop eyes. So tak galakkan.
5. Anak ikan. Kalau anda mahu arowana anda cepat besar dan cantik dari segi mata, sisik dan bentuk badan, elok bagi makan anak ikan sahaja. Nak jimat, bela dulu anak ikan hingga ia besar.
6. Anak lipas (dubia). Lipas nie khas untuk arowana. Boleh bagi dubia ni, makan oat atau pellet setiap hari. Untuk minuman, rendam kayu dan letak dalam box atau guna water gel. Penutup box tukar pada jaring.
Mudah biakkan dalam box hitam. Bila dah biak, sangat jimat.
Kalau biakan sendiri, tak perlu lagi asyik ke kedai akuarium beli makanannya. Itulah yang saya buat sekarang.
7. Ikan pasar: Kalau nak bagi ikan pasar, beli ikan pasar talapia. Tapi kena rajin asingkan isi dan bagi isi sahaja.
8. Udang Pasar: Kalau bela ikan arowana super red, elok bagi udang pasar untuk warna merah arowana lebih cepat naik.
Cara train arowana makan pellet: Caranya kena biarkan arowana lapar dalam 3 hari. Kemudian baru bagi dia makan pellet. Kalau lepas 15 minit dia tak makan, kena buang pellet tu. Esoknya try lagi bagi dia makan . Kalau tak makan, try lagi esok.
Tapi syaratnya kena ada ikan-ikan lain di dalam aquarium yang makan pellet terapung tu. Kalau tak, arowana pun tak tahu pallet tu boleh dimakan.
Utk beli pellet utk arowana super red, klik >>> Seller pellet arowana super red
Utk beli pellet utk arowana golden, klik >>> Seller pellet arowana golden
Tapi kalau lepas seminggu dia tak nak makan pellet juga, elok jangan train pellet lagi. Takut juga arowana merajuk dan terus tak mahu makan dan mati.
Bila ikan dah besar, elok train makan ikan pasar spt isi talapia atau udang dengan cara train pellet tu. Barulah badan arowana gemuk dan cantik. Makan pellet, tak gemuk sangat leee.
Nak campur dengan ikan biasa, kena campur banyak. Beli laa 5-7 ekor leporinus dan silver dollar. Dua jenis ikan ni, arowana confirm tak boleh hentam sebab dia lari laju.
Untuk gambar leporinus, klik sini>>> gambar ikan leporinus. Bagus bela leporinus nie, dia akan bersihkan lantai akuarium dan makan taik arowana.
Cara Tanning Arowana (Naikkan Kilat & Warna)
Kalau bela arowana, tapi tak tanning, memang tak berkilau lah sisik arowana.
Tanning ni ialah guna lampu khas untuk naikkan kilat sisik dan warna arowana. Pemilihan jenis lampu paling penting.
Tanning nie terbahagi kepada tiga peringkat.
- Peringkat pertama: Tanning naikkan kilat sisik arowana hingga kilat penuh level 6 cross untuk semua jenis arowana.
- Peringkat kedua: Hard tanning naikkan color atau warna merah arowana super red.
- Peringkat ketiga: Soft tanning untuk maintain color arowana untuk semua jenis arowana.
Peringkat 1: Tanning cuci sisik/ring arowana, bermula size arowana 6inci. Kita buat tanning ni, sehingga sisiknya kilat penuh satu badan dan kepala iaitu level 6 cross atas. Ramai panggil proses ni cuci sisik.
Peringkat ini untuk semua jenis arowana.
Lampu tanning sisik yang disarankan ialah lampu Kintons T5HO 10,000k. Untuk gambar lampu ni dan cara beli, klik link ini>>> lampu Kintons T5HO Terbaru.
Farm biasa guna lampu T5HO ni. Tapi lampu tanning di letakkan jauh atas silling untuk elak atas arowana burn atau hitam.
Kalau nak letak lampu tanning dengan lebih dekat boleh guna lampu philip tornado 15w. Letak pada bahagian atas akuarium.
Untuk seller dan gambar lampu tornaka klik >>> Seller lampu tornado 15w
Mula2 buka lampu dalam 6jam dulu. Kalau arowana elok makan, baru tambah kepada 12jam. Kalau arowana tak de meragam tak makan, tambah laa kepada 18jam. Jangan lebih. Kesian arowana tu.
Background poster mesti putih pada peringkat ini untuk semua jenis arowana. Tampal poster putih di belakang, kiri, kanan, bawah dan atas akuarium. Nak tampal depan akuarium lagi bagus.
Poster putih untuk tingkatkan kecerahan cahaya dalam akuarium. Barulah sisik arowana berkilat hingga ke level lima atau enam cross.
Ketinggian air akuarium dalam 8-11inci. Lagi rendah lagi bagus.
Peringkat 2: Bila arowana dah berkilat penuh baru kita buat hard tanning untuk naikkan warna merah. Biasanya lepas size arowana 12inci.
Untuk peringkat 2 ini untuk naikkan warna merah pada arowana super red samada chili red atau blood red.
Lampu hard tanning disarankan ialah Mayin 2700k. Lampu ini mempunyai kadar uv tinggi untuk naikkan color merah arowana.
Untuk gambar lampu terbaru Mayin 2700k, klik link ini>>> Lampu Mayin 2700k terbaru
Tanning dalam 18jam sehingga warna merah arowana super red naik. Jika arowana tak mahu makan, kurangkan masa tanning.
Elok letak lampu di ‘depan tengah’ akuarium. Boleh letak dalam air atau luar depan kaca akuarium. Guna dua batang lampu lagi bagus.
Untuk posternya. guna warna putih untuk belakang dan tepi. Bawah guna warna biru atau hitam. Gabungan warna ini lebih lawa.
Tapi kalau nak warna kulit arowana lebih gelap, guna poster hitam pada tepi belakang dan bawah akuarium.
Untuk arowana golden atau blue base, boleh terus guna galmpu kintons T5HO 10000k lepas arowana 12inci untuk naikan warna tembaga pada sisik arowana.
Peringkat 3: Lepas arowana dah cantik lawa, kita guna soft tanning untuk maintain atau kekalkan warna arowana. Biasanya lepas size arowana 16inci.
Lampu soft tanning disarankan ialah lampu Xian Long, Tica color up atau Mayin color plus. Nak tengok gambar terbaru lampu ni, klik link>>> Lampu Arowana Xian Long.
Untuk soft tanning, buka lampu 8 jam dah cukup. Dan boleh letak lampu di dalam air di bahagian ‘depan atas’. Bila letak dalam air, lampu tidak jadi panas dan rumah anda pun tak panas.
Pada peringkat kedua dan ketiga, anda boleh naikkan paras air akuarium. Peringkat pertama sahaja, elok guna paras air akuarium yang rendah.
Poster Tank: Untuk naikkan warna base atau kulit badan arowana lebih gelap atau lebih biru. Hanya perlu tukar poster background kepada hitam atau biru tua. Biasa selepas arowana 12 inci. Tapi kalau nak kulit arowana cerah dan golden, guna poster putih sahaja.
Psst: Drop eyes bukan sebab paras air tinggi dan arowana tengok bawah. Tapi sebab lemak dari makanan seperti katak dan lain. Sebab itu pembedahan drop eyes arowana, mereka akan buang lemak pada atas mata arowana
Cara Air Akuarium Arowana Tak Keruh
Rahsia air jernih lama berbulan-bulan ialah menggunakan bakteria pembersih dan media filter. Media filter seperti coral dan bio ring ialah tempat pembiakan bakteria tersebut. Ia diletakkan di dalam box filter akuarium.
Untuk gambar dan seller bacteria yang saya guna dan sangat berkesan, klik link ini>> Bacteria Terbaik
Jika bagi makan pellet, pastikan lepas 5 minit, anda buang pellet2 yang tidak dimakan. Sebab makanan ikan yang buat air akuarium keruh.
Bagus guna akuarium kabinet, tapi kalau guna akuarium biasa, boleh guna blue top filter. Jika nak tengok lebih jelas blue top filter, boleh kilk sini>>> blue top filter
Semoga artikel ini dapat membantu anda bela dan tanning arowana dengan baik.
Psst: kalau korang mencari arowana, boleh beli dari klang arowana proshop. Dia pun ada buat service pos arowana ke rumah. Nie link fbnya >>> Klang Arowana Proshop
mrhanafi says
hebat la bro..
dah ada hobi baharu..
lepas ini bila dah ikan banyak boleh la jual satu persatu satu..
rasanya tidak kot kecuali bro buat DVD cara menternak Arowana supaya ganteng dan mantap ..
hahahahha yang itu saya gurau je kerana saya tahu bro ada bakat dalam bidang sifu (kejurulatihan )
Hairul Hissam says
Saya pun ada terfikir juga bro buat bisnes arowana. heeee
sebab harga arowana mahal bermakna untungnya terover besar..
cuma arowana nie susah untuk biakan dia
mrhanafi says
yalah kan..
sebab itu harganya cukup mahal..
apa-apapun semoga terus sukses bro..
aamiin
Hairul Hissam says
Kalau pandai biakkannya.. mmg cepat kayo.. heee
mrhanafi says
hahaha…
in shaa Allah kalau ia jadi as-sebab jadi kaya bro..
saya memang tumpang gembira dan seronok
abam kie says
menengok ikan arowana berenang di dlm akuarium ni boleh menjadi terapi minda..
Hairul Hissam says
Mmg betul tu bro.. rasa tenang dan mengasyikkan..
tu yg syok tak terkata..
anies says
membela haiwan ni secara tak langsung mengajar kita jadi rajin kan… 😉
Hairul Hissam says
Rajin melayan arowana dan juga leka melayan arowana. heee
akubiomed says
Suatu ketika dahulu pernah beli ikan akurium. Masalahnya bila bercuti panjang. Balik dari cuti ikan macam tak sehat dan mati. Sejak itu serik nak bela ikan. Susah hati tinggal rumah.
Hairul Hissam says
Kalau bercuti panjang boleh guna auto feeder yg boleh set masa bagi makan ikan. Atau ada satu lagi makanan ikan yg keras byk dijual di kedai ikan. Ia akan hancur perlahan-lahan dalam masa dua minggu untuk ikan makan.
AhmadiKatu says
wah hebat la tuan, semangat ni lihat akuarium tuan. saya pula hanya penggemar aqua tropica. Tapi kalau ada peluang untuk bela arowana memang nak juga cuma masih tak mampu
Hairul Hissam says
Mmg syok bela arowana nie banding dgn ikan lain. mungkin sbb tu harganya mahal sedikit. Tak pe bro. slow2 simpan duit.
Raihanah says
sedapnya kek tu boleh buatlah juga
Hairul Hissam says
sedapx3
Ummi Hanie says
aduhduhh chef.
termimpi2 lak saya nak blajar buat kek super sedap ni
Hairul Hissam says
cepat belajar.. cepat boleh buat duit. heee
intan says
thanks for sharing
Hairul Hissam says
welcome..
ohpt3 says
nak jaga ikan arowana ni kena hati2 juga.. tak bole simpan tmpat umum.. sbb takut budak-budak bagi makan yang lain-lain atau berlebihan…
Hairul Hissam says
ikan arowana tak macam ikan emas bro.. ikan emas makan tak henti2 dan bedal apa shj yg menyebabkan dia sakit.. Ikan arowana nie sgt memilih makanan dan bukan jenis ikan yg makan non stop.
encikhafiz.my says
terbaik artikel ni, saya juga pernah nak beli arowana tapi takut mati sebab pernah beri makanan yang salah lol 😀
Hairul Hissam says
teringat pula kedai cerita.. ada customer dia.. mak customer dia spray dubia dia dgn racun seranga.. Dia tak tahu dan beri arowana makan.. mati arowana dia..