Hari raya dah nak dekat. Tapi sebelum beraya sakan, jangan lupa tunaikan ibadah zakat fitrah dulu yee. Wajib bayar sebelum 1 syawal taw. Kalau susah nak cari amil pemungut zakat, boleh bayar terus secara online. Sangat mudah.
Tapi sebelum tu, jom tgk komen pelajar saya buat bisnes kek harijadi.
Cuti raya ni boleh belajar buat kek harijadi secara online di www.deco.rahsiakek.com . Sambil beraya sambil menambah ilmu untuk bisnes kek yang lumayan. Macam akak tu. Bila resepi sedap style hotel, baru order non stop. Jom belajar di www.deco.rahsiakek.com .
Cara Bayar Zakat Secara Online
Untuk bayar zakar fitrah, elok guna laman web rasmi Majlis Agama Islam di negeri anda. Macam saya di Johor, laman web rasminya ialah www.maij.gov.my. Manakala untuk pembayaran zakat fitrah, boleh guna link: https://fitrah.maij.gov.my/
Jom kita belajar cara bayar zakat fitrah secara online.
Langkah 1: Masuk ke dalam laman web https://fitrah.maij.gov.my/ Kemudian pergi keĀ borang bayar zakat fitrah di bahagian bawah laman web.
Seterusnya isikan no kad pengenalan dan tekan button: Semak, disebelahnya. Seterusnya masukkan nama, alamat no telefon dan alamat email.
Anda boleh pilih kadar fitrah samada RM7 atau RM10. Kemudian pilih bilangan orang untuk dibayar zakat.
Selepas siap, tekan button: Bayar Fitrah.
Langkah 2: Apabila kotak di atas keluar, pilih bank untuk buat pembayaran dan klik button: Bayar.
Langkah 3: Baca dan klik button Bayar Melalui FPX
Langkah 4: Jika anda pilih pembayaran guna Maybank, laman web di atas akan keluar dan masukkan username dan password maybank2u anda.
Langkah 5; Pastikan penerima bayaran ialah Majlis Agama Islam dan klik button: Continue.
Langkah seterusnya sama seperti anda buat pembayaran online.
Langkah 6: Pembayaran zakat anda telah berjaya. Bolehlah klik button: Return to Merchant Page.
Mudah kan bayar zakat fitrah secara online nie. Kalau esok nak raya baru teringat nak bayar zakat fitrah, dah tak payah pening-pening cari amil pemungut zakat. Bayar guna secara online jeee.
Di kesempatan ini juga saya ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin jika ada salah dan silap. Akhir kata jangan lupa bayar zakat fitrah taw.
Leave a Reply