Petua ini adalah kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Hajijah. Petuanya sangat menarik dan memudahkan anda mengasingkan isi durian daripada bijinya. Ini membuat tempoyak atau masakan yang menggunakan isi durian pada kuantiti yang banyak. Disamping itu, anda juga boleh simpan isi durian di dalam bekas yang lebih kecil kerana bijinya telah diasingkan. Ok. jom kita ke petua cara mengasingkan isi durian nie dari Kak Hajijah.
Petua Mengasingkan Isi Durian Untuk Buat Tempoyak
Akak ada lagi satu petua cara mengasingkan isi durian dari bijinya untuk dibuat tempoyak. Tak tahulah Hairul dan pembaca blog dah ada petua ini atau tidak. Selalunya cara ramai yang buat nak asingkan isi durian daripada biji menggunakan pisau atau sudu. Tapi cara ini penat sikit kerana nak kena buat satu persatu. Akak pernah buat. Sakit pinggang dibuatnya. Tak sanggup asingkan isi durian dengan cara tu. memang leceh laa.
Ini cara yang lebih mudah untuk mengasingkan isi durian dari biji. Caranya, ambil semua isi durian tu letak ke dalam bekas pengukus yang berlubang-lubang tu. Kemudian kita genyeh atau gesek saja isi durian tu pada lubang alat pengukus tu. Gesek dengan tangan sahaja pada lubang alat pengukus tu.. Segala isi durian akan jatuh kebawah dan bijinya akan tinggal di atas. Caranya lebih kurang Sama seperti macam kita memarut kelapa. Yang penting ia sangat memudahkan anda mengasingkan isi durian dari bijinya. Selamat mencuba.
Hairul.Com: Terima Kasih Kak Hajijah kerana sudi mengirimkan petua mengasingkan isi durian untuk buat tempoyak ini. Semoga membantu anda mengasingkan isi durian nanti.
Mus says
ada juga cara nya.. selalu asingkan guna jari jer
Hairul Hissam says
Betul kata bro.. biasa guna tangan je.. dgn cara ini pasti lebih mudah.. 😀
akubiomed says
Mengunakan tangan untuk mengasingkan isi dan biji durian yang biasa dibuat.
Hairul Hissam says
Saya pun biasa buat begitu.. Tapi kalau buat dalam kuantiti yg banyak, mudah juga gunakan teknik Kak hajijah diatas 😀
TehR says
hehe
mudah la pulak macam ni
tak terfikir aku
Hairul Hissam says
rasanya ramai yg tak terfikir cara mudah ini…. heee 😀
staibaqhang says
tak lalu makan tempoyak…. makan durian saja..
Hairul Hissam says
Saya pulak suka makan tempoyak.. 😀
chii says
suka mkn gak…lgi2 kalau masak lemak..mmg terbaik 😀
Hairul Hissam says
ataupun dengan bubur kacang hijau.. yummy.. 😀
chii says
uiyoo…mmg best tuh…berkali2 dibuatnya 😀
Hairul Hissam says
try simpan dalam peti ais.. jadi aiskrim bubur kacang hijau.. lagi sedap dari aiskrim potong.. heee 😀
puteri kasih says
selalunya kalau puteri yang asingkan…memang separuh isi tu dah masuk lam mulut..hehe
Hairul Hissam says
kalau durian mcm kat gambar tu, confirm semua masuk perut .. heee
puteri kasih says
tinggal biji je..isi dah habis kena ngap..hehe
Hairul Hissam says
try puteri rebus bijinya.. mana tau isinya boleh makan…
pernah dulu arwah ayah rebus biji nangka.. sedap juga isi dalam biji tu…
Oneblogsocial.com says
Terimakasih atas petuah yang diberikan
Hairul Hissam says
terima kasih kembali.. semoga bermanfaat.. 😀
UmmiKami says
Salam semanis madu… 🙂
Biasanya Kak Ummi guna tangan tapi petua ni boleh ja dicuba jika durian dalam kuantiti yang banyak…tapi kalau nak buat tempoyak dengan isi durian yang memang mengancam seperti gambar di atas ni, memang tak sempat..di mulut cair dulu…hehe
Hairul Hissam says
Wsalam dan bestnya makan madu 😀 …
betul tu kak ummi.. kalau duiran mcm kat gambar tu.. sekejap jee licin.. hee 😀
ciknor says
salam tuan blog. apa kabar?
hmm…kalau banyak memang cara ni sangat praktikal
Hairul Hissam says
wsalam tuan komen.. saya baik jeee…. betul tu.. kalau buat bisnes tempoyak, mmg bagus guna cara ini…
Imran says
lama tak makan tempoyak dan budu sejak duk Putrajaya ni hahaha.
Hairul Hissam says
Buat tempoyak nie senang jee.. isi durian campur sikit garam dan simpan dalam peti sejuk.. siap.. 😀
Imran says
nanti gua try buat
Hairul Hissam says
rugi tak tryyyy.. 😀
Imran says
jangan risau gua try…
chii says
x pernah asingkan pun..slalunya x sempat ..mesti da selamat masuk dlm perut..eheh..
Hairul Hissam says
biasanya macam tu la kan cik chii.. heee
tapi kalau belakang dusun durian.. mau jemu makan durian 😀
donnyien says
Tiba2 nak makan tempoyak pula.. masak ngan sup ikan siakap ehem2, petua berguna bro
Hairul Hissam says
Bro donnyien pun suka tempoyak yeee .. 😀
suri says
genyeh heeeee bagi kuat2 heee..petua bagus sllu amik dr umh mak mertua je
Hairul Hissam says
rumah atuk saya, pokok duriannya dah kena tebang…