Resepi Makaroni Cheese and Tuna ini merupakan kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Raja. Nampak menyelerakan. Tentu ramai sukakan makaroni cheese ini. Selamat mencuba.
.
Resepi Makaroni Cheese & Tuna
Bahan-Bahan
2 cawan makaroni rebus dgn garam dan tapis
2 sudu besar mentega
2 cawan cheddar cheese
1 sudu teh tepung ubi atau tepung jagung
2 sudu besar tepung gamdum
1 cawan susu segar
1/2 sudu teh jus lemon
1 tin kecil tuna
1/3 cawan sayor campur
Lada hitam
Cara Membuat Resepi Makaroni Cheese & Tuna
1. Gaul Cheddar dengan tepung ubi – ketepikan
2. Cairkan mentega atas api sederhana, masukkan tepung gandum, masuk susu – kacau sebati dan tidak berketul2
3. Masukkan keju dan kacau sampai sos ini berkilat dan likat
4. Tuangkan jus limau
5. Bila dah masak, masukkan tuna, sayor campur dan makaroni
6. Angkat kedalam pinggan dan tabur sikit lada hitam dan keju parut
7. Jika nak letak ayam atau udang atau sosej dll, goreng dengan sedikit minyak sampai masak. Kemudian gaul sama makaroni
Hairul.Com: Terima kasih kak raja kerana sudi mengirimkan resepi makaroni cheese and tuna ini. Selamat mencuba semua..
puteri kasih says
puteri tak minat sangat makan makaroni..tapi sesekali mencuba apa salahnya kan 🙂
Hairul Hissam says
Kalau kena ngan cheese… mesti sedap tu… rugi tak cuba taw… 😀
puteri kasih says
puteri bukan penggemar cheese…hehe 🙂
Hairul Hissam says
silap org rupanya. heee… terfikir pula menu baru…nasi lemak sambal makaroni…. nanti nak rekomen menu nie kat gerai nasi lemak sorang abg yg jual aneka nasi lemak kat sini… 😀
puteri kasih says
sambal makaroni..unik je bunyinya tu 🙂
Hairul Hissam says
unik dan pelik bunyinya.. heee 😀
UmmiKami says
Salam manis-manis madu 🙂
Buah kuini rendangnya lebat,
Nyonya berteduh di celah-celah;
Resepi macaroni sememangnya hebat,
Rasanya waduh deliziosi lah. 😀
Hairul Hissam says
wsalam.. madu mmg bagus utk kesihatan…
kena pula makaroni dgn cheese… waduh delicious nyeee tak terkata.. heee
onlajer says
macam sedap jer hehe
Hairul Hissam says
Insyaallah sedap bro.. 😀
TehR says
molek sangat dah ni, bro
buat hidangan malam ni
minta sepinggan boleh?
hehe
Hairul Hissam says
Bro minta lah kat isteri buatkan. heee 😀
fiezaradzi says
menarik ni, dah lama rasa nak buat sos keju tu.. lepas ni boleh try..
Hairul Hissam says
kelau peminat cheese mmg syok buat dan makan bersama keluarga.. selamat mencuba cik fieza… 😀