.
Resepi ketam masak lemak cili api ini merupakan kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Raja. Tentu ramai yang menggemari masak lemak cili api. Kena pula dengan air tangan ibu di kampung. Ditambah lagi dengan lauk ketam. Perghh.. meleleh air liur. Jom kita pelajar cara membuat resepi ini.
.
Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api
Bahan-Bahannya:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
7-8 cili padi
2 biji buah keras
1 camca besar ikan bilis
400 ml santan cair
1 keping asam gelugor
2 batang serai – dititik
Garam dan sedikit gula
1 helai daun kunyit
Ketam Yang dibersihkan
300 ml pati santan
Cara-Cara Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api :
1. Siang ketam, buang kulit keras, ketuk sepit ketam, biar retak. Cuci.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar iaitu bawang putih, bawang besar, kunyit, cili padi, buah keras dan ikan bilis sehingga terbit minyak. Masukkan serai yang dititik, asam gelugor, sedikit garam dan tuang santan cair. Masak resepi ketam masak lemak cili api ini sehingga mendidih.
3. Masukkan ketam dan masukkan daun kunyit yg di koyak2 Bila mendidih, tuang pati santan dan tambah sedikit gula jika suka.
4. Masak hingga mendidih atas api perlahan. Rasa dan jika perlu tambah garam. Boleh letak hirisan nenas untuk menjadikan resepi ketam masak lemak cili api lebih sedap. Mmm sedap juga tuh.
Hairul.Com: Terima kasih Kak Raja kerana sudi berkongsi Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api yang sedap ini. Anda boleh gunakan resepi yang sama untuk lauk ayam, ikan, udang dan sebagainya. Selamat mencuba.
Nik says
Hairul, apa fungsi buah keras tu sebenarnya?? dah la keras… utk enakkan lagi gulai?
Hairul Hissam says
Buah keras tu utk menambah lemak pada masakan. Nama jee buah keras, kalau ditumbuk atau diblend… mudah je hancur…. 😀
nurmisnan says
selalunya kalau masak lomak cili api suka kurangkan
bawang putih. Nanti kak nora try resipi yerk..
agak2nya bila ler brother nak masakkan untuk kita.. hik3
Hairul Hissam says
Saya pula suka lebihkan bawang putih utk kesihatan…. oh tunggu kak nora datang rumah kot, saya belanja pizza hut… 😀
nurmisnan says
pizza?? Tak mau. nak donat gebus Brother.. kih3
UmmiKami says
Salam manis secangkir kopi buat Hairul 😀
Balam berkepak suara bernyanyi,
Ada nyior melambai pelepah;
Ketam dimasak cara begini,
Rasa terlior sampai melimpah.. 😀
Hairul Hissam says
wsalam pahitnya kopi.. heeee .. sedapnya tak terkata …..:D
puteri kasih says
alahai..lapar lak tengok resipi ni…hehe. sebab ketam memang fav puteri 🙂
Hairul Hissam says
Nanti boleh lah masak resepi nie cik puteri.. tentu lebih menyelerakan.. 😀
suri says
mesti cukup rencahnya heee baru blh mkn dg secukup rasa
Hairul Hissam says
betul tu cik suri… 😀
titan says
mohon untuk masakkan dan pos ke banting. boleh? hehe
Hairul Hissam says
No problem bro.. nanti saya hantar guna jet peribadi saya. heee