.
Artikel ini kiriman pembaca blog ini iaitu Cik Tie. Tentu ramai wanita tercari-cari masker muka yang berkesan untuk kecantikan wajah semulajadi. Petua ini memang menarik kerana menggunakan buah-buahan yang asli tanpa kesan sampingan. Malah memberi kesihatan yang lebih baik kepada wanita. Jom baca petuanya.
.
Petua Kecantikan Wajah Dgn Masker Buah-Buahan
Tidak ramai yang tahu, masker paling berkesan ialah masker buah-buahan, kerana mempunyai kandungan vitamin yang tinggi. Antara buah-buahan yang paling popular digunakan untuk buat masker muka ialah, pisang, tomato dan timun. Sebenarnya banyak lagi buah-buahan yang boleh digunakan sebagai masker muka harian. Kat sini Cik Tie akan kongsikan masker tersebut.
1. Masker muka nenas dan belimbing, sesuai untuk kulit berminyak kerana mempunyai kandungan vitamin A dan C yang tinggi yang berkesan mengecilkan pori-pori pada muka. Masker timun pula berkhasiat untuk menyejukkan dan menenangkan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit muka. Seelok-eloknya amalkan memupur parutan timun setiap hari ini untuk mendapatkan kulit sihat dan berseri.
2. Masker muka tomato sangat popular untuk menghaluskan kulit muka. Ia juga boleh membantu melindungi kulit muka dari sinaran matahari dan membantu mengecilkan liang pori-pori. Mengamalkan masker tomato atau memakan sebiji tomato sehari boleh mngekalkan kelembapan kulit dan membantu menambah kolagen dalam kulit kerana tomato terkenal sebagai buah yang kaya dengan kolagen.
3. Masker muka labu atau betik. Masker muka ni jarang digunakan kerana tak ramai yang tahu fungsi sebenar buah labu atau betik. Sebenarnya buah labu dan betik ni juga kaya dengan vitamin C yang membantu mempercepatkan penghasilan sel-sel kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen. Selain itu, labu juga kaya dengan mineral semula jadi yang membantu mengecangkan kulit muka.
4. Akhir sekali masker muka apricot dan pisang. Ia membantu dalam menggebukan kulit wajah dan mengelakkan kulit kusam. Selain itu, seperti yang kita ketahui, buah pisang juga kaya dengan vitamin C, kalium, serat dan zat yang membantu menghaluskan kulit muka dan sesuai untuk kulit normal.
Mulai sekarang bolehla mula mengisar buah-buahan kat rumah untuk dijadikan masker muka. Tak perlu berbelanja lebih untuk masker muka lagi. Asli dan berkesan serta terjamin mutu dan keselamatan.
Hairul.com: Terima kasih Cik Tie diatas kiriman artikel Masker Muka Dengan Buah-Buahan ini. Patutlah saya tengok muka cik tie bersih dan berseri. Ini rupanya rahsianya heee. Kalau anda ingin memiliki wajah muka yang bersih dan berseri, kenalah konsisten dalam mangamalkan petua masker muka ini.
akubiomed says
Kemusykilan saya adalah samada buah-buahan yang digunakan bebas rajun dan baja kimia. Nampak gaya kena cari buah-buahan organik.
Hairul Hissam says
Kalau buah import spt epal tu. lagilah teruk… berkali-kali disimbah bahan kimia utk tahan berbulan2 dan tidak berkedut…
Utk buah tempatan kurang sikit tapi tetap ada racun serangga dan baja kimia. Yang terbaik buah organik spt kata akubiomed. nak lagi baik, tanam sendiri heee 😀
TehR says
nampaknya boleh la dicuba
masih ada sesikat pisang kat rumah ni
hehe
Hairul Hissam says
Berseri2 lah muka bro tehr nanti.. heee 😀
UmmiKami says
Petang hujan menuba ikan,
Bubu dibuka ada belida;
Pisang bukan hanya dimakan,
Disapu muka pun boleh juga.. hehe
Hairul Hissam says
Mmg bagus tanam pokok pisang… daunya pun banyak kegunaannya..
hafizmd says
Menarik, mudah dan terjamin halalnya…bolehlah ambe cuba nanti…hehehehe
Hairul Hissam says
dan tanpa bahan pengawet muka.. Selamat mencuba… heee 😀
UmmiKami says
Salam semanis buah bidara =D
Plaster luka bercap cabai,
Perang warna sedikit berlada;
Masker muka kerap dipakai,
Pasti orang lama awetnya muda. =D
Hairul Hissam says
Wsalam, manisnya pantun kak ummi…. Patutlah org lama awet muda, kerap pakai masker rupanya… 😀
puteri kasih says
bahan-bahan yang mudah didapati..tapi kalau dapat yang organik atau tanam sendiri lagi berkesan kan 🙂
Hairul Hissam says
Betul sgt tu cik puteri… Elok tanam pokok pisang depan rumah.. 😀
donnyien says
biasanya makan buah begitu sahaja.. mungkin boleh amalkan lepas ni, tq di atas perkongsian bro.
Hairul Hissam says
Nanti isteri bro mesti jealous tgk muka bro lebih berseri dari muka dia.. heee