Resepi free sandwich tuna, sardin & egg filling ni memang mudah untuk sarapan pagi atau bekal sekolah dan pejabat. Boleh buat pada waktu malam dan simpan dalam peti sejuk. Esok pagi, terus sapukan pada roti.
Tapi sebelum ke resepi free ini, jom tengok komen bisnes kek butter hotel extra moist dan gebu.
Ramai yang buat bisnes kek butter dengan resepi ni. Sebabnya rasa kek butter ni lebih moist dan gebu dari kek butter di kedai. Serious lagi sedap. Jika anda nak bisnes aneka kek butter super moist boleh belajar di www.bisneskek.com
Resepi Sandwich Telur, Tuna & Sardin Hotel
Masa mula2 kerja hotel – cold kitchen, hari-hari buat sandwich telur mayonis nie untuk sarapan. Petang siapkan inti telur mayo dan simpan dalam chiller peti sejuk. Esok pagi serve dengan roti.
Kita buat dulu resepi sandwich telur mayo atau egg filling ini.
Bahan-Bahan Sandwich Telur Mayo
Bahan Inti Sandwich Telur Mayo
* 5 biji telur Rebus yang telah dibuang kulit
* Mayonis masuk sikit demi sikit
* Gula masuk sikit demi sikit.
Psst: Nak jimat beli mayonis brand saji dalam pack 1kg.
Bahan2 Sandwich
* Roti Sandwich (Elok bakar dulu)
* Hirisan Timun
* Hirisan Tomato
* Salad
Memang senang buat. Bahan pun tak banyak dan tak perlu sukat2 atau timbang.
Cara Membuat Resipi Sandwich Telur Mayonis Hotel
Langkah 1: Rebus 5 biji telur selama 8-10minit.
Caranya didihkan air dalam periuk. Kemudian masukkan telur danΒ sedikit minyak dan garam untuk mudah kopek kulit telur. Lepas 10 minit angkat dan kupas kulit.
Langkah 2: Telur yang telah dibuang kulit perlu disagat halus seperti gambar. Jika anda tiada alat sagat, boleh hancurkan dengan garfu juga.
Langkah 3: Masukkan mayonis sedikit demi sedikit sehingga campuran tu sedikit lembik seperti gambar di bawah.
Langkah 4: Kacau dengan sudu. Kalau belum lembik, boleh tambahkan lagi mayonis.
Langkah 5: Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga rasa yang anda suka. Dah siap inti telur mayo. Mudah kan.
Langkah 6: Dah boleh sapu inti telur mayonis ke atas roti. Tambah hirisan tomato, timun dan salad. Kemudian tutup dengan sekeping roti lagi dan siap.
Resepi Sandwich Tuna Dan Sandwich Sardin
Untuk resepi sandwich tuna dan sandwich sardin, cara membuatnya sama sahaja. Anda hanya perlu gantikan telur sagat dengan tuna atau sardin.
Tuna atau sardin tidak perlu dimasak sebab dalam tin tu memang dah masak. Hanya perlu ambil isinya dan hancurkan dulu dengan garfu, Kemudian baru masukkan mayonis dan gula. Untuk sardin, jangan lupa buang dulu tulang di dalamnya.
Kalau suka pedas, boleh tambah serbuk lada sulah atau chili flake.<
Guna roti bakar baru sedap.Β Kalau tiada toaster, boleh jee bakar roti di atas kuali tanpa minyak. Masa saya kerja dulu memang guna roti bakar.
Guna Lebihan Lauk Pauk Lunch
Kalau ada lebihan lauk pauk lunch atau dinner, jangan dibuang. Basuh bersih-bersih dulu ayam atau ikan tu. Kemudian carik-carik ayam atau ikan dan masukkan ke dalam egg filling sandwich nie.
Nak lebih berkhasiat, masukkan mix vege ke dalamnya. Cuma lepas basuh mix vege, bagi dia betul2 kering. Baru campur dengan inti telur mayonis.
Boleh siapkan awal. Egg filling nie memang boleh disiapkan awal dan disimpan di dalam peti sejuk. 3-5 hari tahan di dalam peti sejuk. So malam, siapkan egg filling nie. Dan esok pagi tak perlu tergesa-gesa siapkan sahur atau sarapan. Mudah kan.
Akhir kata, selamat mencuba. Dialu-alukan share artikel ini dengan klik button share di bawah ini. Thanks.
safwan says
resepi yang mudah disediakan,,,thanks TT
Hairul Hissam says
sama-sama, selamat mencuba safwan..
safwan says
mohon tt kongsi lebih byk resepi sarapan yang mudah dan berkhasiat utk disediakan,,,,
Hairul Hissam says
Busy ckit la safwan..he.he.he…
Resipi diatas boleh gantikan telur dengan sardin atau tuna..
Mcm sardin, basuh dulu keluarkan tulangkan dan hancurkan.
seterusnya gaul dengan mayonis dan tambah sedikit gula..
selamat mencuba…
Sharifah Aishah says
Resepi yang mudah disediakan dan berkhasiat
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi sarapan pagi yg mudah ini.
Saliza bt. Daud says
hairul..saya nak beli CD online awak tapi perlu Ic or old Ic or passport number to buy muamalat online..could you give to me ,…
Hairul Hissam says
elok wasap saya ke +60137757915 utk jawapan yg pantas…
HafizFahmi says
roti telur ni mmg satu sarapan yg enak + mengenyangkan π
Hairul Hissam says
yap lagi berkhasiat..tq bro…
mamaji says
Akak setuju gan En. hairul tentang ramai yg tak sempat ambil sarapan pagi termasuklah akak sekeluarga. Anak2 akak bila ambil sarapan terutama pd pukul 6.45 pg, mereka akan rasa sakit perut. Sebab itu mereka tak suka ambil sarapan. Seelok2nya pukul berapa sesuai utk ambil sarapan pagi? Tentang resipi ini, akak memang selalu buat tetapi telur rebus akak lecek dengan garpu je. Adakah dengan memarut rasanya lebih sedap? Dan akak masukkan sedikit garam instead En. Hairul masukkan gula. Apa bezanya. Apa2 pun akak sangat suka membaca artikel2 yang En. Hairul sediakan. Tq so much
Hairul Hissam says
Tima kasih kak kerna sudi baca artikel di blog saya :D….
ye ke.. anak akak sakit perut..tak tahu plak saya rasionalnya…
pada pandangan saya waktu terbaik ialah waktu yg konsisten..
jika kita ambil pukul 8 pagi.. kita kena ambil pada masa yg sama pada setiap hari..
kerana tubuh kita ada sistem bawah sedar yg akan follow rutin harian kita…
mungkin akak boleh cuba dan lihat perbezaannya.. pada saya lebih sedap diparut..
sama dengan coleslaw.. kalo potong tidak halus.. tidak sedap…
sebenarnya kat hotel dulu selalu gak letak dua2 – garam dan gula kat egg filling nie…
garam menambah rasa lemak dan gula menambah rasa manis…..
mama says
mama baru minat blog ni.bagus juga ada orang yang ingin berkongsi macam-macam idea.tentang wang,resepi dan sebagainya..mama nak tanya encik..selain menulis di blog ni, ada tak encik keje kat mana-mana?
Hairul Hissam says
tq mama kerna sudi singgah di blog hairul.com …
sekarang nie… saya buat bisnes internet nie full time..
so kat rumah je la.. π
haidar says
tngat plak zmn kj kat hotel dl…egg swich bleh djual dgn hrg RM9.90+,tp kalu yg set(cslow+chip+egg swich) hrg nyer RM15.90++….mmg d bcadang nk bk koisk 1 hr nnt..
Hairul Hissam says
InsyaAllah, kalo dah ada pengalaman memang mudah nak uruskan puan..
semoga menjadi kenyataan koisk puan suatu hari nanti..
p/s: jgn lupa jemput saya untuk perasmiaannya… he.he.he
nuri says
saya suka sgt sandwich telur nie tp xtau nak buat..dgn adanya resepi nie..semakin mudah la…
Hairul Hissam says
memang mudah je sebenarnya watnya cik Nuri…
kalo makan kat hotel, rasa gempak je.. padahal simple je watnya.. tq ya π
tina says
saya penah buat…tp ngaper tak bes.kali ni nak guna resepi en hairul plak.
Hairul Hissam says
Kalo nak best.. tambah lebih mayonis… sedap dan berkhasiat…
selamat mencuba cik tina :d
Misz s says
tq for the resepi..nti nk buat…:-)
Hairul Hissam says
tq kembali.. semoga resepi tu menceriakan keluarga Misz s…
azizbasrom says
resepi yg ringkas tapi berkhasiat
Hairul Hissam says
selamat mencuba en. Aziz… π
adele says
alangkah berkhasiatnya kalau setiap pagi makan macam ni..bestnya..cuma tak sempat je nk buat pepagi..huhu
Hairul Hissam says
mmg berhasiat cik adele.. dah mudah untuk dibuat..
boleh disimpan di dalam peti ais dan tahan 2-3 hari..
biasa kat hotel pun saya buat malam untuk breakfast esoknya…..
selamat mencuba π
cik ha says
yg saya biasa buat,letak carrot yg disagat. cuba ler, pun sedap, manis2 gitu. lagi pun jimat masa, x yah hiris2 timun/salad. maklum pepagi memang kelam kabut, biasanya saya dah prepare sebelum tidur, pagi cuma sapu majerin dan letak filling nya. memang sedap lagi kalau roti di bakar, tapi anak2 komplen, bila kat sekolah, dah liat π
Hairul Hissam says
Lobak merah memang manis.. cuba pula cik ha celup lobak merah sagat dengan batter tepung goreng dan goreng.. lagi sedap… try la…… π
ferra says
ooo ye ke? mcm sedap je.. dh tentu berkhasiat kan?? sesuai utk anak2 kecik ni.. tq π
Hairul Hissam says
InsyaAllah sedap dan berkhasiat… Lengkap dgn protein dan segala yg diperlukan. heee π
Aliana says
Kalau kita potong telur rebus itu kecil-kecil dan tidak memarutnya, adakah sandwich akan tetap menjadi?
Hairul Hissam says
Boleh juga potong kecil2 tapi lebih sedap jika sagat halus. Selamat mencuba π
Kelisa says
Sukenye sy tgk blog ni..tunjuk resepi step by step..thanks en hairul..
Hairul Hissam says
Saya pun suka kalo cik kelisa berjaya membuatnya.. selamat mencuba ya…tqvm π
cek din says
alhamdulillah, dah lama nak cari baru jumpa, lps ni boleh la berenti gorrng nugget dah muak, roti tu nak buang tepi ke
Hairul Hissam says
Masa saya kerja dihotel, mmg dibuang bahagian tepi.. kalo makan sendiri membazir pula dibuang kan.. π
sheeda says
tq bro atas sumbangan resepi step by step..suka sgt2 tgk lelaki muda2 lagi dh jadi chef berjaya..next year masuk Masterchef Malaysia..sure ktorg akan vote hairul..hehe..
Hairul Hissam says
he.he.he…. sure saya tak masuk π
sofiah hussin says
Tq d atas info kesihatan ini .mmang sedap sarapan ini.saya dah cuba.
Hairul Hissam says
Semoga resepi sarapan pagi nie menceriakan keluarga puan sofiah.. tqvm.
jue says
nmpk sedap je tgk org mkn sndwich telur ni.nk byuat xreti..nasib ade blog ni..kite try..pastu mkn same2..:p
Hairul Hissam says
Cik jue try la buat.. dan makan bersama family tercinta π
Nisa says
Saya sudah pernah membuat resep ini. Akan terasa lebih lezat apabila mayonesnya dicampur sedikit bumbu curry powder, dan lada putih dan sedit garam bila suka. Selain itu ditambahi pula potongan celery (chopped celery).
Hairul Hissam says
Tima kasih cik nisa atas resepi tambahan ini. pasti lebih sedap dengan curry powder, lada putih dan daun celery yg dicincang…. π
nurul says
memang sarapan amat penting, saya juga amalkan sarapan untuk anak2.
Hairul Hissam says
Bagus tu cik nurul π
aiyreen says
nak try buat la besok,..nmpak sedap je,…very nice blog,:-)))
Hairul Hissam says
Selamat mencuba Cik aiyreen.. tqvm ya… π
firhana says
sya dh pernah buat..tpi sya x bubuh ssayur sayuran tu
Hairul Hissam says
BOleh dipelbagai mengikut citarasa π
wanie says
owh..nak cuba uat juga la..
Hairul Hissam says
cuba.. rugi kalo tak cuba cik wanie… π
Lell says
terima kasih….moga diberkati Allah
Hairul Hissam says
terima kasih.. π
dirah says
saya selalu ikuti blog ni, byk tips yang berguna utk mulakan bisnes…saya pun tngah mencari peluang bisnes makanan jugak ni..
Hairul Hissam says
terima kasih kerana sudi membaca blog ini. semoga membantu cik dirah utk memulakan bisnes nanti.. π
Nor Yati says
Salam En. Hairul,
Terima kasih di atas perkongsian pelbagai resepi & tips dari encik. Smg Allah sentiasa murahkan rezeki En. Hairul dan encik akan berbahagia dunia & akhrt!amin..
Hairul Hissam says
wsalam cik yati… Amin, terima kasih kerana sudi mendoakan kejyaan saya dunia dan akhira.. InsyaAllah akan berikan yg terbaik lagi nanti… π
liya78 says
TQ cik hairul atas pemberian resepi yg mudah & lazat untuk dinikmati oleh seisi keluarga..yummy..semoga dimurahkan rezeki..amiiin.
rosli bakar says
hidangan yg simple dn mnyelerakn.sya akn cuba buat utk fmly sya nnti..tq
Hairul Hissam says
selamat mencuba en. bakar.. π
lisa says
bagusnyer blog nie!!!! jom like π
Hairul Hissam says
Jom satu family likeeee. heee π
asna says
suka..!!suka..!!
Hairul Hissam says
Selamat mencuba π
asna says
suka..!!!
Hairul Hissam says
selamat mencuba π
nora says
salam, sy mohon untuk buat resepi ni ye encik. nak cuba. teringin pulak tengok sandwich yang ala ala hotel gitu
Hairul Hissam says
Wslm, ya mmg utk dicuba.. semoga berjaya…
farhana says
Subhanallah. Terimakasih resepi2 blog incik hairul ni. Byk panduan dan tips. ????????????
Hairul Hissam says
Semoga memberi manfaat buat kita bersama..
IbuCt says
Terima kasih kongsi resepi. Nak cuba ptg ni π
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi sarapan pagi ini..
Huda says
Salam…terima kasih en hairul..smg jasa baik en hairul menjadi pahala berterjsan utk en hairul aminn
Hairul Hissam says
wslm. semoga dapat membuat sarapan pagi yg berkhasiat utk keluarga…
Ruby says
Sedap tu sandwich telur
Hairul Hissam says
mudah disediakan dan boleh disediakan awal utk serapan esok pagi..