Petua ini kiriman Cik Norhayati (gloryatie) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Bila dengar petua kunci dan memagar rumah, semua terbayang mangga dan kunci. itu bukan yang saya maksudkan, semua orang boleh kunci rumah, tapi tak semua selamat, masih ada berlaku kejadian pecah rumah. jadi di sini saya ingin kongsikan petua mengunci rumah dari pencerobohan, dari gangguan syaitan dan dari syihir serta khianat manusia.
petua ni memang diamalkan umi saya. percaya tak, umi tak pernah kunci pintu rumah. sedangkan dia tinggal sendirian. keluar pagi2 balik lewat malam. tapi kalau dia di dalam rumah, memang dia kunci pintu. selepas adik bongsu tamat pengajian dan balik tinggal dirumah, baru dia mula kunci rumah, baru je bulan lepas, itupun setelah berkali2 kami membebel. alhamdulillah sampai sekarang rumah umi selamat.
.
Petua Cara Mengunci Dan Memagar Rumah
1) umi selalu baca ayat kursi 7 kali sambil keliling rumah sebanyak 7 kali. – terbukti, salah seorang kawan umi selalu amalkan ni, apabila bangun pagi, dia lihat pagarnya digunting, tapi pencuri gagal masuk.
* lagi baik 41 kali – confirm orang masuk tak dapat cari jalan keluar (*,*)
2) apabila terjaga di waktu malam, umi akan keliling rumah. pastikan rumah selamat. jadi kalau sesiapa sedang memerhatikan rumah kita akan takut untuk menceroboh kerana bimbang bila2 masa saja kita akan bangun.
3) sesetengah orang tanam pokok keladi atau kaktus di empat penjuru rumah.
4) azan dan iqamah di empat penjuru rumah – untuk elakkan gangguan halus
5) umi kata binatang boleh nampak syaitan, so saya bela angsa, bukan saja berbunyi bila orang tak dikenali datang, tapi syaitan lalu pun dia berbunyi
6) setiap kali tidur, tempat tidur umi confirm ada parang atau pisau dan lampu suluh.
that mean, tidur jangan tidur mati, sentiasa peka dengan bunyi. kalau jarum jatuh pun dia boleh bangun.
7) sebelum keluar rumah baca doa, kemudian tawakal kepada Allah, serahkan segalanya di tangan Allah.
* saya amalkan semua petua umi, cuma jangan langgar pantangnya. selepas kunci jangan sekali2 lompat atau panjat pagar dan jangan kencing di laman rumah. itu diibaratkan kita membuka kunci tu.
Kawasan rumah saya selalu berlaku kecurian, jiran-jiran selalu mengadu. alhamdulillah kami selamat, cuma satu kali saya tersilap langgar pantang, saya panjat pagar. malamnya kami semua tiada dirumah, habis burung merpati kena curi. alhamdulillah rumah tak dicerobohi kerana masih “berkunci”, saya amalkan ayat kursi. lepas kejadian tu saya kunci semua kembali. alhamdulillah sampai sekarang selamat.
Dizaman sekarang manusia nak kaya secara cepat dan banyak berlaku kecurian. so lebih baik amalkan petua ni, insyaAllah dengan izinya kita selamat. kita hanya berusaha sedaya mungkin, kerana tiada yang lebih mujarab melainkan ayat alquran (*,*)
Admin: Terima kasih Cik Norhayati atas kiriman petua cara memagar rumah ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara merangupkan bawang goreng. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
suri says
bagaiamna nk keliling rumah..klu rumah kampung molek bangat kita keliling ruamh org akan sangka kita bersenam pagi sb ayah dan mak sllu bersenam jln2 keliling umh..
sy skrg dok umh taman lagu mana nak keliling..rasanya klu nak keliling pun mau satu baris rumah saya keliling heeee
azrie amriey says
samalah rumah sy pun.. tp kawasan sy ada Rukun tetangga yg mengawasi mlm minggu.. jd xlah risau sgt…
gloryatie says
bolehla cik suri, rumah kita kan dalam pagar….so keliling rumah dalam pagar bukan luar pagar. kalu luar pagar dah masuk rumah orang da…..saya selalu keliling dalam pagar betul2 tepi diding rumah.
Petua Emak says
nasib baiklah cik yatie terangkan.. kalo tak.. tak pasal2 cik suri keliling satu taman.. he.he.he… gurau je cik suri…
suri says
suri slu guna ayat kursi shja..klr dan masuk rumah..klu lupa sllu baca bismilah..walau masuk pejabat mesti baca bismilah huhu..
gloryatie says
bagus tu kalau dijadikan amalan, tapi lebih bagus kalau amalkan yang 7 kali tu. insyaAllah rumah kita dilindungi. bayangkan, kawan umi tu, rumah dia dah hampir kena ceroboh da. tapi disebabkan dia amalkan ayat kursi 7 kali tu, alhamdulillah Allah melindungi rumah dia dari dicerobohi.
suri says
terima kasih kwn atas tips yg d beri mmg berguna bt saya hrp yg lain bgtu jua
Petua Emak says
Yap.. tima kasih pada cik yatie utk artikel ini dan juga peserta lain utk artikel yg lain…. :D…
azrie amriey says
Biasanya klau masuk rumah baru, di adakan majlis bacaan yassin, tujuannya utk mengelakkan perkara2 yg x baik…kalau balik lewat mlm, amalkan baca surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.. Seelok2nya beri salam sebelum masuk rumah, walaupun xde org, kerana malaikat sentiasa mengawasi kita…
Petua Emak says
Mak saya selalu ingatkan beri salam sebelum masuk walau tak de org bagi menghalau makhluk halus yg mengikut kita balik rumah…. semoga dpt kita amalkan… 😀
Choco Nila says
Terima kasih cik glory.. Petua yang sgt berguna.. Insyallah lps ni nak bela ikan puyu lak :P… Angsa yg bela dah mati kene mkn ular .. :'(…
'Izzah says
tulaa,,,sye p0n x tau byk keistimewaan ikan puyu,,,, 🙂
gloryatie says
memang nampak remeh je kan, sebenarnya ikan puyu memang ada gunanya. angsa pon macam tu juga, cuma dia tak bleh bagitau kite je apa dia nampak. kalau ada sesuatu memang bising. lagi satu burung gembala kerbau. ni confirm boleh gitau kita. tapi buat dia boleh cakap dulula. kalau nampak syaitan, dia akan cakap “dia datang da…” ingat nak letak juga, tapi belum buat lagi.
Petua Emak says
saya pun baru tahu pasal keistimewaan ikan puyu nie…. 😀
'Izzah says
Wah,,,,suke sgt petua nie,,,,Alhamdulillah,kwsn sye x dek pencuri,,Tp dulu penah sampai 1 kawasan x dek penutup l0ngkang,sume kena curi..huhuhu…Btw,nie nnt bleh amalkan nie,Petua yg bg0s la,,, 😀 Syukran cik Gl0ryatie….
gloryatie says
jangan lupa amal ayat kursi tu (*,*)
Petua Emak says
dan jangan lupa buka blog petuaemak.com kalo terlupa petua ini 😀
Petua Sejagat says
Terima kasih atas petua yg dikongsikan oleh Cik Norhayati. Ayat Kursi terbukti memang banyak kelebihannya.
Insya-Allah saya akan amalkan petua memagar rumah ini.
norlizamyusof says
tq 4 sharing. sharing is caring. petua 2 memng baek. insyallah akn sy amalkan. heheheheh 🙂 🙂 🙂
Petua Emak says
Semoga bermanfaat ya… 😀
ainol says
salam,dulu sya ada dengar amalan memagar rumah dgn kaedah bacaan ayatul kursi,dibaca 4 penjuru rumah bermula penjura sebelah kanan bahagian depan rumah menuju ke setiap penjuru.semasa berjalan dr 1 penjuru ke 1 penjuru baca ayat kursi.ketika sampai dipenjuru ke 2 baca ayat kursi hingga habis dan niat agar penjuru menjadi lautan yg luas,penjuru ketiga hutan yg saaaaaaaaangat tebal,manakala penjuru ke 4 diniatkan menjadi bukit yg sangat tinggi….bayangkan kalo pencuri masuk dia nampak apa yg kita niatkan setelah allah makbulkan niat kita..
Hairul Hissam says
TErima kasih kerana sudi berkongsi tips tersebut… tqvm
ezy1512 says
selepas membacanya hanya niatkan ,dan bayangkan sahaja sudah cukup untuk memagar seluruh kawasan perumahan..
Hairul Hissam says
Semoga Allah s.w.t. melindungi rumah kita.. aminn 😀
azizi1512 says
aminnnnnnnnnn
maisarah says
cm mna kalau sy sewa bilik saja… bilik salu kena ceroboh…..
Hairul Hissam says
itu kena mengunci dgn manga tambahan atau selak tambahan pada pintu bilik. 😀
palon says
Satu lagi petua…banyakan bersedekah
Hairul Hissam says
Bagus petua nie…