Petua ini kiriman cik Aina Fakhira (Aina Eira) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Mungkin bagi mereka yang kerap bejalan dan melakukan aktiviti lasak menghadapi masalah tumit merekah. Bagi golongan wanita tentu mencari-cara cara merawatnya. kali ini, saya nak berkingsi petua untuk merawat tumit kaki yang merekah. Cubalah salah satu cara dibawah:
Petua Cara Merawat Tumit Kaki Merekah
Cara 1..
Dapatkan sebiji betik/pepaya muda, bersihkan dan hiris kulitnya.
Ambil getah yang terdapat pada kulit tersebut dan sapukan pada tumit kaki yang merekah.
Biarkan selama 20 minit, setelah itu cuci hingga bersih. Lakukan 2 kali seminggu sehingga ia pulih sepenuhnya.
Tumit akan licin seperti sedia kala.
Cara 2..
Cara lain menggunakan ubat gigi.
Sebelum tidur, sapukan kat permukaan tumit yang merekah dan kasar.
Esok pagi, masa mandi gosok perlahan-lahan dengan berus.
Lebih elok guna batu sungai tapi mana nak cari batu sungai tengah-tengah bandar.hehe
Amalkan selalu untuk kesan yang mujarab..
Cara 3..
Mengelakkan rekahan di tapak kaki
Mula-mula basuh kaki dengan air suam, keringkan.
Ambil asam jawa campur sedikit air dan lumurkan ke tapak kaki dan tumit yang merekah. Biarkan kering.
Esoknya basuh pula dengan air suam.
Sesuai dilakukan sebelum tidur, lakukannya selama seminggu.
Selamat mencuba ya.. 😀
Admin: Terima kasih Cik Aina atas kiriman petua cara merawat tumit kaki merekah ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara meratakan gigi yang jongang. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
chii says
wahh..terima kasih..bleh ar chii cuba..
Petua Emak says
Selamat mencuba cik chii 😀
tehr says
isteri saya ada masalan macam ni dulu2
syukur sekarang ni dah sembuh
Petua Emak says
Isteri bro tehr guna apa ya utk baik tu.. 😀
choco nila says
boleh juga cuba ni >> ambil limau purut and then hiriskan .. kemudian boleh lah gosok kat kaki sebelum mandi setiap hari
Petua Emak says
tq cik choco nila atas petua guna limau purut tu.. tentu berkesan.. 😀
Mohd Rujhan says
cara lain ialah dengan gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan selalu…
Petua Emak says
Ohh belimbing buluh… boleh cuba nie bagi gy menghadapi masalah spt ini……
ohcikgu says
wahh, leh guna ubat gigi ye..
Petua Emak says
mcm-macam boleh guna.. byk betul petua diaorg nie.. 😀
gloryatie says
boleh juga guna bawang merah. belah 2 dan gosok pada tumit. amalkan selalu. atau panaskan lemak ayam hingga jadi minyak, kemudian sapu pada tumit tadi tiap2 malam sebelum tidur.
azrie amriey says
Boleh juga cuba kaedah ni….Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan setiap hari sebelum mandi.
azrie amriey says
yg terbaru sy ada baca, sapu tumit kaki dgn lebihan minyak goreng ikan.. tp pastikan minyak 2 dh sejuk ye.. Kalau panas nnti melecur pulak…
nisakhaidir says
tumit kaki sgt senang nak merekah. dah bermacam jenis lotion dipakai.. mebi byk sgt berdiri n buat keje dapur, elok kejap je lepas tu kena balik 🙁 kali nak cuba dengan ubat gigi pulak lah.. harap2 mujarab! tq petua emak..