Petua ini kiriman Rafidah (Adif Fida) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Kalau terkena hidung tersumbat, pastinya hidung kita akan tersumbat kan? Terutamanya bila waktu malam masa nak tidur. Kalau hidung tersumbat, memang susah betul nak bernafas. Kalau masalah hidung korang tersumbat macam tu.
biasanya apa yang korang buat untuk mengurangkan kesumbatan hidung tu? Sapu ngan minyak cap kapak? tiger balm? kalau anda sapu ngan minyak angin camtu, mungkin ianya memberikan sedikit kelegaan, tapi masih belum cukup berkesan.
OK, sekarang saya satu petua yang sangat berkesan untuk menghilangkan hidung kita daripada tersumbat.
.
Petua Cara Menghilangkan Hidung Tersumbat
1. Hiris atau sagat halia. Kemudian masukkan halia tersebut ke dalam segelas air panas dalam secawan. Seterusnya rendam tuala kecil atau sapu tangan ke dalam air halia tadi, Dan biarkan lebih kuran 5 minit.
2. Selepas itu perahkan tuala kecil atau sapu tangan tu sikit. Tapi jangan perah sehingga kering. Kemudian tekapkan pada bahagian permukaan lubang hidung dan sekitar mulut. Tekapkan dan dalam masa yang sama, tarik nafas panjang2 ikut hidung
Lepas 4-5minit, insyaAllah pasti hidung anda tidak akan tersumbat lagi. Tak caya, boleh cuba.
Admin: Terima kasih Cik Rafidah atas kiriman Petua Cara Menghilangkan Hidung Tersumbat ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara mengelak kulit melecur. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
tehr says
terbaik
insyaallah akan dicuba nanti
tq
Petua Emak says
InsyaAllah berkesan dengan IzinNya…
fiezaradzi says
leh try nnanti ni, lau tersumbat la. tima kasih
Petua Emak says
Kalau tersumbat nanti, langkah pertama.. buka blog petuaemak.com 😀
Emmet says
wah, petua yg berguna, terutamny di musim hujan nih, thanks 🙂
Petua Emak says
mmg kena pada masanya.. 😀
suri says
hacommm!!!
sushnya klu selsema heeee nk bt keje sush
Petua Emak says
kalo selsema meleleh.. mmg tension….
kena baring je la.. 😀
Mohd Rujhan says
erm..mcm rumit nak buat tu…tapi ape pon nk try bila hidung trsmbat…tapi kita boleh juga titiskan air (paip) atas kepala pastu sapu kat ubun2 sambil selawat 3 kali…lepas 5 minit tak sumbat dah.
Petua Emak says
Oh tak rumitlah sebenarnya En Rujhan….
just rendamkan tuala dgn air panas yg dicampur halia sahaja..
kemudian perah sedikit dan tekap pada hidung. 😀
gloryatie says
bagus petua ni, next time boleh try ni. last year ikut husband balik kg, kena pula time musim sejuk. selsema sampai tersumbat hidung. first time selsema teruk, rasa cam takleh nafas dah, sampai husband tak boleh tidur. so dia sediakan air bunga matahari. biasanya kat rumah selalu ada bunga matahari yang dah kering dipanggil “zuhrat”. dia rebus dan bagi minum. kemudian dia tutup seluruh badan saya dengan selimut dan wapkan air tu ke arah hidung. kiranya muka saya mengadap ke bawah. sekejap je dah ok. boleh tidur lena da…..
Petua Emak says
Bagus petua tu cik yatie…
tapi kena cari bunga matahar dahulu la… 😀
gloryatie says
mungkin kedai ubat tradisional cina ada.
amalkan minum tiap pagi walau tak sakit pun boleh sebab banyak khasiatnya.
orang arab memang menjadikan air bunga matahari sebagai minuman sarapan pagi.
tengoklah dorang semua sehat2 uhuhuhu
yas says
Jarang betul aku amik tindakan bila hidung tersumbat….biasanya aku biarkan mcm tu jee…elok sgt ada tips kt sini…
Petua Emak says
Lepas nie bolehlah amalkan petua disini untuk mengurangkannya ya 😀
nuriz says
saya selalu jugak kena ni kalau selsema atau pagi2 huhu
Petua Emak says
Boleh amalkan tu cik nuriz… semoga membantu cik nuriz… 😀
Choco Nila says
Selalu nya tak ambik kissah sgt psl hidung tersumbat ni … Tapi .. boleh lah try nnti ..
azrie amriey says
klau hidung tersumbat, paling seksa bila nk tidur. Sbb susah sgt nk bernafas… Jd, masa nk tidur, lapik bantal supaya jd tinggi.. Supaya dpt bernafas dgn selesa.. Tp jgn terlampau tinggi.. Nnti, hilang hidung tersumbat, sakit leher pulak… hehehe