Lebih seminggu juga saya tak menulis artikel di blog ini. Sorry la. Busy sikit round-round kawasan Kulai ini. Yelah tempat baru, kenalah kenal-kenal jalan dan kawasan di sini. Nasib baik lah ada peta online google di map.google.com.my . Dapat juga saya mengenal jalan dan kawasan di sini dengan lebih mudah.
Kembali kepada tajuk artikel ini, cara memadamkan api di rumah. Fuhhhh….Nasib baik rumah baru saya tak terbakar. hu.hu.hu. Berkepol-kepol juga asap dalam rumah nie. Mak saya awal-awal lagi dah pesan “Nanti kat rumah baru, kalau masak…jangan tinggal-tinggal ” Mak saya dah masak betul dengan perangai saya. 😀 . Masalahnya bila buat bisnes kat rumah nie. Bila masak, orang call la. Dah nak ke bilik jawab call. Lepas tu, check email lah. hu.hu.hu..
Kes ini pada awal bulan 9. Masa saya baru masuk rumah baru ini. Memang berasap rumahku dibuatnya. Bergegas saya ke dapur. Perghhh, saya lihat api menjulang tinggi dari kuali. Tapi, saya tak de la panik. Sebab dah biasa tengok masa kerja hotel dulu. Puncanya, api dibuka besar pada kuali yang berisi minyak. Bila kuali terlampau panas, api menyambar minyak dalam kuali. Seterusnya api menjulang ke atas. Alaa macam gambar di bawah nie.
Kepada jiran saya yang akan membaca artikel ini. “Don’t worry kak, all under control”.. Yelah kalau rumah saya terbakar, hanguslah sederet rumah-rumah kat sini. Jiran saya dah start baca blog saya ini. Siap beli DVD pakej bun lagi. Bagi free, tak mau, so saya bagilah harga special. Saya rasa bertuah dan bersyukur dapat jiran yang baik sekarang ini. Tapi letih jugalah nak terangkan kerja saya duduk rumah 24jam dengan bisnes online ini.
.
Cara Memadamkan Api Di Rumah
Mesti ramai yang tak sabar-sabar nak tahu cara memadamkan api di rumah ini. Pesan saya, kalau kuali yang berisi minyak terbakar, jangan disimbah air. Nanti minyak tersebut akan menyembur pada anda. Cara yang lebih selamat ialah basahkan kain dan perah sedikit. Kemudian tutupkan kain basah tu pada kuali yang terbakar tersebut. InsyaAllah, api yang menjulang tu akan terus padam.
Nanti kalau berlaku pada anda pula, jangan lupa petua ini. Atau anda ada tips lain untuk cara memadam api di rumah. Jomlah kongsi bersama pembaca blog ini melalui ruangan komen di bawah sekali.
.
Peja says
Wah, tq atas tips tu =)
Hairul Hissam says
tq kembali. semoga bermanfaat En Peja…. 😀
Melatiqistyna says
Huishh,kalo akak mmg panic… Ehehehe.
Tk sbb berkongsi,akak x penah lg berpengalaman cenggitu 😀
P palang s : tuko la tepon cordless, senang sket,smbl msk leh jwb kol 🙂
Hairul Hissam says
Kalau tengok apinya.. punyalah tinggi kak. Satu rumah berasap. 😀
oh saya jawab guna h/p. tapi biasanye kat bilik untuk mudah check order, penghantaran dan sebagainya.
azriey amrie says
slm… bahayanya.. lain kali hati2 ye…. kalau tertidur masa masak, lg bahaya… tp betul petua 2.. kawan sy, pernah kena kes yg hampir serupa. tp bkn kt kuali, sebaliknya, kt fius utama umah dia.. tgh mlm pulak 2.. entah mcm mna, mujur sdr… dia guna kaedah yg samalah… guna kain lembap…. (mcm 2lah mengikut ceritanya…)
Hairul Hissam says
Wsalam. InsyaAllah cik azriey, akan lebih berhati-hati lepas nie.
Mujurlah kawan cik azriey tu sedar dan selamat 😀
Kalau tak, sedar-sedar dah kat tempat lain….
azriey amrie says
yelah, panjang lg umurnya… 🙂
Hairul Hissam says
Masih boleh beramal lagi 😀
azriey amrie says
🙂
Nazir Khan says
Adalah disyorkan penghuni rumah turut membeli pemadam api dan diletakkan di ruang dapur.
Wassalam.
Hairul Hissam says
Saya pun fikir nak beli pemadam api utk langkah keselamatan jika berlaku kebakaran yg lebih besar. Tima kasih en Nazir 😀
suri says
beli satu letak kat sudut mudah nampak
Hairul Hissam says
betul tu cik suri.. 😀
mahani says
Salam Hairul, terima kasih kerana kongsi artikel ni. Saya pernah tengok satu dokumentari atas tajok yang sama. Cara mereka pula, jika terjadi seperti insiden diatas, tutup kuali atau periok yang sedang terbakar tu dengan tudong periok atau kuali; dengan itu kita telah putuskan bekalan oksijan yang membantu pembakaran. InsyaAllah api akan padam. Semoga perkongsian ini bermanfaat ya?
Hairul Hissam says
wsalam. Betul kata cik mahani. Tujuannya untuk memutuskan bekalan oksigen pada api tersebut. Tentu lebih mudah tutup dengan tudung periuk spt kata cik Mahani. Tqvm cik mahani krn sudi kongsi info tu 😀
lepakk.com says
Terima kasih berkongsi ilmu
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali.. 😀
akubiomed says
Ramai yang panik apabila berlaku kebakaran di ruang dapur dengan menyiram air. Sebenarnya ia mengundang bahaya.
Hairul Hissam says
Bila berlaku sedikit kebakaran, kita mudah fikir yang bukan2. Itu yang datang panik. Kita juga kena didik ahli keluarga cara memadamkan api dengan selamat… Sebab ramai yg tak tahu apa nak buat bila berlaku kebakaran.. … 😀
nurmisnan says
selalunya memang cara ini lebih selamat + mudah
utk kita bertindak..
Hairul Hissam says
Selamat dan berkesan 😀
suri says
maksud masukkan kain basah tu dlm kuali ar
Hairul Hissam says
Kalau masuk kain basah dalam kuali, nanti jadi fried kain spicy. hee..
kena cari kain yg beso sikit dan tutup tempat yg terbakar tu dengan kain…
titan says
haha..camana la leh terbakar nih..
Hairul Hissam says
nasib baik tak hangus. hee 😀
tehr says
aku ada pengalaman macam ni kat sarawak dulu
aku guna selimut yang dibasahkan
huhu
Hairul Hissam says
Kalau dapat kain yg lebih besar spt selimut, lebih baik…
Nasib baik en tehr tahu cara memadamkan api dgn selamat.. 😀
hafizmd says
dengan dapur2 sekali kena bungkus yer…
Hairul Hissam says
nampak gayanya mcm tu la.. 😀
hafizmd says
As salam,
Nasib baik dah biasa tengok, taklah panik sangat =)
Bagi yg tak biasa, mau panik dan mesti terus ingatkan air…hohoho…
p/s-jiran yg baik mmg menjadikan kita lagi best lepak2 kat rumah…betul tak?
Hairul Hissam says
wsalam. nasib baik en hafiz.. rasanya kalo saya simbah air, dah hangus rumah ni. hu.hu…
p/s: betul tu.. bila jiran baik, hati pun tenang dalam rumah nie… 😀
Hazmin Hamudin says
Nasib baik tak terbakar rumah bro tu. Bahaya juga tinggalkan kuali untuk buat kerja lain .
Hairul Hissam says
Betul kata en hazmin.. mmg merbahaya… Insyaallah akan lebih berhati2 selepas ini 😀
Denaihati says
bahaya ni, nak kena pasang smoke sensor kat dapur kot. thanks untuk tip ni
Hairul Hissam says
Kalo ada budget besar, mmg elok pasang smoke sensor.. tentu lebih selamat 😀
daddydee says
Terima kasih atas tip yang diberikan…
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat.. 😀
donnyien says
terima kasih bro.. hati2 ketika di dapur, klu tak syg rumha baru beli
Hairul Hissam says
Boleh nangis bro kalo rumah baru terbakar. insyaAllah akan lebih berhati-hati…
nizamghazi says
Tips yang menarik hairul.
Setakat ni rumah saya bebas dari bencana ini.
hope tidak akan berlaku 🙂
Hairul Hissam says
Tentu en nizam pandai menjaga rumah. Semoga terus dijauhkan bencana ini.. aminn 😀
nik says
salam…..nak tumpang letak iklan boleh tak????
tq……………..
Hairul Hissam says
oh.. saya ada buat artikel utknya… cuba baca di artikel di bawah
https://hairul.com/blog/boleh-tak-beriklan-di-blog-hairul-dan-statistik-blog-hairul/
chii says
chii pernah alami mcm ni gak..tp bkn chii yg selamatkan..tp mak..mmg betul..jgn disimbah dgn air..mmg nnt akan marak api dibuatnya..mcm mak chii…dia akan tarik tong gas..dan cabut kepala tong gas..pastu baru amik kain basah..tekap di api 🙂
Hairul Hissam says
Bagus cara mak chii tu.. langkah pertama tarik tong gas dulu.. yelah.. kalau meletop tong gas tu.. lagi naya kan…tima kasih cik chi 😀
etuza says
kenapa ya tak keluar gambar etuza dalam komen ruang sini, nak juga keluar gambar tapi tak ada..maaf bertanya pula
Hairul Hissam says
Saya ada buat panduannya di artikel dibawah. Cuba try ikut panduannya… semoga berjaya cik efuza..
https://hairul.com/blog/cara-meletakkan-avatar-atau-gambar-pada-komen-anda-di-blog/
Asnu says
persiapkan tabung pemadam api dan apapun harus berhati-hati ketika ada di rumah
Hairul Hissam says
Benar tu… perlu ada pemadam api di setiap rumah utk keselamatan keluarga.