Program Kongsi Resepi Kuih Raya Dan Juadah Berbuka Puasa Tajaan Blog Hairul.Com
Resepi Biskut Nestum kiriman Puan Julietta. Jom kita cuba resepinya seperti dibawah.
Bahan-Bahan Resepi Nestum Kastard:
250 g buttercup
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 cwn gula icing
1/2 cwn tepung kastard
1/2 cwn nestum – dikisar halus
2 cwn tepung jagung
1 1/2 cwn tepung gandum
Cara Membuat Resepi Biskut Nestum :
1. Pukul butter dengan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung kastard dan nestum, gaul sebati.
3. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga menjadi doh. Kemudian tekan guna acuan menjadi bunga yang anda sukai.
Terima kasih kepada Puan Julietta kerana sudi mengirimkan resepi nestum ini. Jom kita klik like tanda terima kasih kepada pengirimnya.
Leave a Reply