Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Mi Kuah Dengan Telur Gulung ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Mi Kuah Dengan Telur Gulung:
1 sanggul yee mee – boleh ganti dgn mi kuning
3 ekor udang
2 tangkai sayur sawi
sedikit lada benggala merah (potong dadu)
2 ulas bawang putih (ketuk)
sedikit isi ikan – (hiris nipis,gaul dgn sedikit garam dan tepung – goreng) – bleh ganti dgn ayam
1 biji hotdog (hiris nipis bulat)
1/2 cawan air
1 sudu teh tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh pati ayam
2 biji telur (buat telur dadar)
sedikit minyak
Cara Membuat Resepi Mi Kuah Dengan Telur Gulung:
1) rebus yee mee sehingga lembut. cuci dan toskan. Kemudian gaul dgn sedikit kicap pekat dan goreng sekejap.angkat dan ketepikan
2) Pecahkan telur,perasakan dgn sedikit garam dan masak telur dadar.ketepikan.
3) Tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan hotdog, lada benggala merah, udang dan sayur sawi.tumis seketika.
4) Tambahkan air dan biarkan mendidih. Masukkan sos tiram dan pati ayam.perasakan secukupnya.masukkan ikan yg tlh digoreng td.
5) Pekatkan mi kuah dengan bancuhan tepung jagung.kacau rata dan matikan api.
6) Letakkan yee mee di atas telur dadar dan gulung.
7) Tuang kuah di atas telur dan sekeliling pinggan.
8) Mi kuah ini sedap dimakan panas2.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi mi kuah telur gulung
sue says
sue akan mencuba