Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Plantain Stem Stir Fry ini kiriman Puan Sumi. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Plantain Steam Stir Fry
2 cawan batang pisang
3 sudu besar kelapa parut
1/2 sudu kecil Serbuk kunyit
ikan bilis
3 tangkai Cili kering
Garam yang secukupnya
minyak
Cara Membuat Plantain Steam Stir Fry:
1. Bersihkan batang pisang dan potong bulat-bulat dan keluarkan benang seperti serat. Kemudian cincang halus. Masukkan mentega cair supaya tidak tukar warnanya. Ketepikan.
2. Panaskan kuali masukkan ikan bilis goreng hingga warna kekuningan. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kering. Tumiskan.
3. Masukkan batang pisang dan masukkan serbuk kunyit, garam secukup rasa. Masak hingga batang pisang menjadi lembut. tambahkan sedikit air.
4. Sebaik sahaja batang pisang masak, masukkan kelapa parut dan bergaul rata. Angkat dan hidangkan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Sumi kerana sudi berkongsi resipi plantain stem stir fry