Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Udang Goreng Tempura ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Udang Goreng Tempura:
=20 ekor udang saiz sederhana – (buang kulit dan kepala-tinggalkan ekor)
=1/2 sudu kecil maggi cukup rasa
=1 sudu kecil sos tiram
=1 sudu kecil kicap cair
=1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
=1/2 sudu kecil minyak bijan
=1 cawan tepung tempura
=minyak untuk menggoreng
*kalau nak guna telur pun boleh
*kalau nak lg masin boleh tambah sukatan bahan2 di atas
Cara Membuat Resepi Udang Goreng Tempura:
1) bersihkan udang dan perap bersama maggi cukup rasa,sos tiram,kicap cair,minyak bijan dan serbuk lada sulah.
perap lebih kurang 15minit-30 minit.
2) salut udang dengan tepung tempura dan goreng atas minyak panas.
3) goreng sehingga kuning keemasan.
4) sedia utk dinikmati.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi Udang Goreng Tempura
Leave a Reply