Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Kuih Peria ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Kuih Peria
300 g tepung pulut
150 g keledek putih
240 ml air
4 s/b gula kaster
40 ml minyak
Pewarna hijau, merah, kuning
250 g kacang hijau
10 sb gula
1 st garam
Air
40ml minyak
Daun pisang
Plastik
Cara Membuat Resepi Kuih Peria
1. Kacang hijau rendam semalaman
2. Toskan kacang n rebus sampai lembut
3. Bila kacang dah lembut masuk gula n garam. Kacau sampai inti agak2 kering, angkat
4. Bila inti sejuk, bulat2kan dan ketepikan
5. Rebus keledek hingga empuk.
6. Bl dah empuk, blend ngan air (jgn sampai lembik ya)
7. Dlm mangkuk lain masukkan tepong pulut, gula n garam
8. Masukkan keledek yang telah diblender tadi ke dalam tepong.
9. Uli bahan2 tadi sehingga sebati. 10. Masuk minyak dan uli hingga menjadi doh yang lembut n x lekat kat tgn
11. Bahagikan doh kod beberapa biji n saiz cam inti td, bulat2kan.
12. Doh td leperkan n masukk inti. Golek2 sampai bentuk lonjong cam bola ragbi. Masukkan dlm plastik n buat cam balutan gula2 n pusing ketat2 (jd urat2 cam peria). Atau jalur2 dgn garpu
13. Alas periuk pengukus ngan daun pisang, sapu minyak pd daun tu.
14. Atur kuih atas daun pisang
15. Kukus dlm 10 min, angkat
Siap
Hairul.com: Terima kasih kepada kerana sudi berkongsi resipi kuih peria
Ashikin says
Cantik warna kuih peria nih..selalunya warna hijau orang buat..warna pink kemerahan nie macam buih koko plak huhu…
Hairul Hissam says
Biasanya kelainan membuatkan ia lebih menarik 😀