Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Sup Tomato ini kiriman Puan Sumi. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Sup Tomato:
2 biji tomato
1 biji bawang besar – dimayang
2 ulas bawang putih
1/2 biji lobak merah- didadu
1 batang daun sup
Air stok ayam
serbuk lada sulah dan garam secukup rasa
Cara-cara membuat Resepi Sup Tomato:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga wangi. kemudian masukkan tomato dan lobak merah
2. Masukkan air rebusan dan tunggu hingga tomato dan lobak merah lembut.
3. Matikan api dapur dan setelah sejuk kisar semuanya.
4. Kemudian panaskan semula dengan api yang kecil.
5. Letak garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
6. Siap untuk dihidang bersama taburan mengikut selera anda contoh daun sup atau daun basil.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Sumi kerana sudi berkongsi resipi Sup Tomato
Leave a Reply