Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi satar ikan ini kiriman Cik Azriey Amrie. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Satar Ikan:
400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
8 biji buah keras
2 cm halia, dicincang halus
3 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dicincang
150 g kelapa parut putih
garam
1/2 camca gula
1 camt belacan
2-3 biji lada merah, dicincang
1-2 camt serbuk lada
1 helai daun salam, dimayang
1 helai daun kunyit, dimayang
Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
Lidi Sate
Cara Membuat Resepi Satar Ikan:
1. Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan.
2. Bentukan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan.
3. Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh.
4. Untuk setiap batang lidi sate, cucuk 3-4 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).
5. Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak.
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey Amrie kerana sudi berkongsi resipi satar ikan ini.
man says
kalo masuk dlm oven je xboleh ke?lain ke rase die?
Hairul Hissam says
rasanya mmg berbeza.. cubalah.. baru taw.. 😀