Kiriman Puan my1981 (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi kuey teow bihun basah ini merupakan kiriman Puan my1981. Memang nampak sungguh menyelerakan. Tentu keluarga anda sukakannya. Jom kita cuba.
Bahan-Bahan Resepi Kuey Teow Bihun Basah:
= segenggam bihun
= segenggam kuey teow
= 2 biji telur
= 30gm isi ayam
= 6 ekor udang
= 2 ekor sotong (potong tiga)
= 2 ulas bawang putih (diketuk/hiris)
= 4 tangkai sawi/kailan
= sedikit lobak merah (dihiris)
= 2 keping fish cake (dicelur)
= 2 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
= sedikit kicap cair dan sos tiram
= garam/serbuk pati ayam (secukup rasa)
= sedikit air (brgantung byk mana kuah yg kita nak)
Cara Membuat Resepi Kuey Teow Bihun Basah
1) Rendam bihun, toskan dan gaul dgn sebiji telur(dipukul). Goreng seketika guna sedikit minyak dengan api sederhana dan pastikan bihun digaul berterusan untuk mengelakkannya hangit. Goreng sehingga bihun mula mengeras sedikit.angkat dan ketepikan.
2) Cuci kuetiaw-toskan.gaul dgn sedikit kicap.goreng seketika di dlm kuali panas. *jgn terlalu dikacau.ckup sekadar terbalik2kannya 2-3 kali(takut hancur).angkat.ketepikan.
3) Tumis bawang putih,isi ayam,udang dan sotong.
4) Tambahkan air, sos tiram, kicap cair dan garam/pati ayam. Sesuaikan rasa. Kemudian masukkan lobak merah dan sawi.gaul rata.
5) Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan telur.
6) Tuang ke atas bihun dan kuetiaw yg telah di goreng tadi.tambahkan fish cake dan hirisan daun bawang(jika suka).
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan my1981 Kerana sudi berkongsi resepi kuey teow bihun ini.
.
nurmisnan says
Alhamdulillah… tengok jer terus kenyang… sodap rasanya.. hik3..
Hairul Hissam says
Kalo lapar lagi, singah la ke blog nie ya.. tengok2 resepi kiriman pembaca mmg menyelerakan..tq 😀