Ramai juga yang bertanya cara pembayaran dan kiriman wang dari luar negara untuk pembelian pakej saya. So elok saya terangkan disini cara pembayaran ke luar negara menggunakan Telegraphic Transfer (TT). Service ini disediakan oleh semua bank di seluruh negara. Yang bestnya, service ini membolehkan wang dihantar terus ke akaun bank penerima. Ini sangat memudahkan penerima atau penjual.
Caranya amat mudah. Anda tidak perlu mempunyai akaun bank di bank berkenaan. Anda hanya perlu pergi ke mana-mana cawangan bank berdekatan. Seterusnya meminta borang Telegraphic Transfer atau borang Remittance Application dan isi borang tersebut. Seterusnya membuat pembayaran. Mudah kan. Anda boleh membuat kiriman wang ke mana-mana bank diluar negara.
.
.
Langkah-Langkah Pembayaran Menggunakan Telegraphic Transfer
Langkah 1: Minta borang telegraphic Transfer dari bank dan isi borang Tersebut
Langkah 2: Hantar Borang ke kuanter bank dengan wang bayarannya. Untuk Maybank dikenakan charge bank RM10
Langkah 3: Maklumkan kepada penerima wang. Biasanya mengambil masa 1-3 hari bekerja bergantung pada bank.
Untuk maklumat anda, setiap bank borangnya berbeza. Namun maklumat atau ruangan perlu diisi lebih kurang sama sahaja. Dibawah ini merupakan maklumat yang wajib diisi.
1. Tick atau tandakan pada kotak Telegraphic Transfer
2. Matawang dibayar dan Jumlahnya: contoh MYR 60
3. Butiran Pemohon (Anda) iaitu Nama, IC dan Alamat Anda
4. Nama Penuh Penerima Wang (wajib)
5. I/C penerima wang optional sahaja. Tidak wajib diisi.
6. Nama Bank dan Nombor Akaun Bank Penerima Wang (Wajib)
7. Swift Code Bank Penerima (Wajib)
8. Alamat Bank Penerima Wang. Elok Isi
Sebagai Contoh, anda ingin membuat pembayaran ke akaun bank saya untuk pembelian Pakej saya. Dibawah ini merupakan maklumat tentang akaun bank negara saya.
MYR 60
Nama Penuh: Mohd Hairul Hissam
Nama Bank: Malayan Banking Berhad
No Akaun: 151128083293
Alamat Bank: 85-87, Jalan Dedap 6, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru Johor Malaysia
Swift Code: MBBEMYKL (Sama untuk semua maybank diMalaysia, jika tiada ruangan swift code, boleh masukkan di ruangan alamat bank. Ia sebenarnya maklumat tentang bank penerima)
Untuk pembelian pakej saya dari luar negara, email saya terlebih dahulu di kincin85@hotmail.com untuk mendapatkan kos penghantaran ke negara anda. Sebelum ini saya pernah menghantar ke Brunei, Indonesia, Singapore dan US. So far semuanya selamat sampai menggunakan pos berdaftar dari Pos Malaysia. Sebenarnya anda boleh buat Telegraphic Transfer melalui online banking. Tapi lebih elok anda ke cawangannya, mengisi borang dan mendapatkan bantuan pegawai jika diperlukan.
Psst: Penipuan internet melalui kiriman wang dan kiriman hadiah ada di artikel: https://hairul.com/blog/penipuan-internet-kisah-benar-hampir-ditipu-12-ribu-ringgit/
titan says
first time aku dengar nih. hehe..
Hairul Hissam says
dulu saya kerja akaun bro.. mmg biasa guna TT transfer nie utk byr pembekal diluar negara… 😀
hafizmd says
bagusnya, pengalaman lama diguna utk kerja sekarang…mmg terbaik!
Hairul Hissam says
Alhamdulillah, segala pengalaman kerja akaun dan hotel tidak disia-siakan.. Penat dulu senang kemudian 😀
Halimatun says
Assmlkum,
Sy nak buat kiriman duit dari dubai ke malaysia tapi dlm application tu dia minta iban number and account number. ..nak tanya apa beza kedua2nya? Tq?
Hairul Hissam says
Wslm, elok check dgn pegawai bank yg berdekatan utk jwapan yg lebih tepat terkini..
Juan says
bagus juga nih, cuma buat masa ini x perlukan saya bank in duit utk luar negara
Hairul Hissam says
Nanti bisnes en juan dah maju sampai ke luar negara.. mmg memerlukan tt transfer utk pembayaran ke luar negara.. 😀
ainur says
Salam..
Address tu mesti guna bank address ke? Klu x sma addrss duit x smpai ke?..
Hairul Hissam says
Sebenarnya Swift code dah menunjukkan detail ttg bank berkenaan. Setahu saya mana-mana alamat bank dinegara berkenaan boleh digunakan. Apa-apa pun elok rujuk kepada pegawai bank berkenaan..
Hafiz says
Kalau di negara tersebut ada bank yang sama dengan negara kita mcm mana?
Hairul Hissam says
Setahu saya tetap menggunakan TT transfer en Hafiz 😀
hafizmd says
Terima kasih berkongsi cara TT ni. Tak pernah tau, tp sekarang baru tau. hehe
Moga makin murah rezki bro. =)
Hairul Hissam says
tima kasih kembali bro. Syarikat2 mmg biasa guna TT nie utk pembayaran supplier di luar negara.. 😀
nyna says
swift code ni lain2 ke tiap bank??awk ckp same
klu saya search kat mr.google, dia ckp ada lain2… http://www.theswiftcodes.com/malaysia/
so kene tanye ngan bank tu laa ape swift code dia?? ^____^ thanxss
Hairul Hissam says
Eh.. saya tulis no kod tu sama untuk semua maybank dimalaysia.. bukannya sama utk semua bank di malaysia…
Ashira says
salam…blh saya tahu nk menggunakan TT nih castemer yg di singapura kena convert dulu dari dolar singapura ke RM ke x perlu???terima kasih..
Hairul Hissam says
Wsalam, biasanya boleh suruh pihak di sana bayar dalam matawang RM… nanti kaunter bank disana akan convert pada singapore dollar. Apa2 pun elok check dgn pihak bank di sana.
yana says
saya tersalah hantar wang ke pekerja indonesia,salah account,jadi saya call orang yang dapat wang itu dia x nak mengaku n beri balik wang itu.Macam mana caranya saya nak dapatkan kembali wang itu,tolong laaaaa….saya kena marah denagn boss ni.
Hairul Hissam says
Elok contact pihak bank segera. Minta tolong dari pihak bank 😀
chikaroro says
sy nak mnta tlh..mcmna nak buat pengiraan pertukaran mata wang indonesia ke malaysia??
saya ada try..tpi tkt tak betul
Hairul Hissam says
Elok dapatkan nasihat dari pihak bank 😀
fykaaschaa says
sy nak tanya,, sy gna maybank2u TT .. so sy nk tnye,, lau tersalah isi name penerima adkh dia xdapat terima duit yg kta transfers tu,, penting ke name si penerima,, no acc dah btul.. cume name trsalah.. mcm mne yer?
Hairul Hissam says
Berkenaan TT transfer, elok tanya dgn pihak bank yg berdekatan.. biasanya nama utk mereka double check akaun tersebut.. 😀
wan shikin says
Salaam… Tumpang tanya, no. IBAN (International Bank Account Number) tu sama dengan no. akaun penerima ke? Saya nak transfer duit ke UK dan pihak bank bertanyakan sama ada saya ada no. IBAN penerima… *Keliru.
Terima kasih.
Hairul Hissam says
saya tak pasti pula.. elok check dgn pihak bank.. biasanya diaorg minta swift code bank.. 😀
Jahara says
Assalam,
Bagus info yg saudara bg ni, sangat berguna. Sy nk share info skit la.
Rakan niaga sy dari Luar..ala kira mcm kekawan la, kami selalu hantar menghantar duit antara satu sama lain.
Keterangan saudara mmg betul.
1. Swift code tu berbeza diantara bank cth kalau maybank lain, dan cimb lain ..betul la kata saudara tapi satu malaysia no nya sama la kalau utk maybank x kira lah maybank caw. mana tp kalau cimb adalah no lain lak….jgn slh paham lak…he he.
2. No. Acc bank lain , no IBAN (international Bank Account No) lain…bilangan no pun x sama. Maklumat tu kena simpan kalau2 pihak bank minta….biasa arr dorang banyak tanya sikit.
3. Jangkamasa duit diterima biasanya 3-4 hari bekerja, terus masuk dlm acc.
4. Kebiasaannya pegawai bank akan tanya untuk tujuan apa nak hantar wang…get ready la jawapan. Pas tu pegawai bank pun akan banyak soal..takut2 la kita ni buat benda salah.
5. Jawabla yg benar, minta borang, isi dan kalau x pasti tanya pgwai bank tu…stanby berapa bnyak duit nk hantar n duit process. Siap
6. Call la kawan kita tu suruh dia chk acc dia lpas 3 hari…klu online pun blh chk…lg senang. In sya allah …selesai.
Tu jer nk share.
Hairul Hissam says
TErima kasih kerana sudi berkongsi info dan ilmu. Semoga memberi manfaat kpd pembaca blog ini.. tqvm
apit says
salam,sya nk tnye tntng wire online tranfer,sya jual brg2 antik,ada owg usa nk beli jd dya pn bank in gna bank of england..sya dpt email tntg info dya dh bank in..tp sya kna isi borg kt pjbat pos dgan byaran rm1000..btol ka?
Hairul Hissam says
wslm, mmg ramai yg menipu dgn cara tu… elok baca komen ramai pembaca yg hampir kena tipu dgn cara tu di
https://hairul.com/blog/penipuan-internet-kisah-benar-hampir-ditipu-12-ribu-ringgit/
Edierzs says
Salam sedara..saya baru berjinak2 niaga online..tetibe ade customer dari Brunei nk beli barang saya…slalu kt malaysia kita transfer duit shj…so camne customer tu nak bayar kepada saya yer?saya perlu nyatakan dalam Rm atau BND? tq..
Hairul Hissam says
Yang paling mudah dan jimat kos ialah menggunakan western union. BIasanya saya letak harga dalam USD utk luar negara. untuk cara menggunakan western union elok hubungi mana2 bank berdekatan…
alex says
Salam,,saya nak kirim wang ke vietnam…adakah prosesnya pun sama ke ???
Hairul Hissam says
Lebih kurang sama.. Elok dapatkan nasihat pihak bank. Manalah tahu ada perubahan dari pihak bank 😀
Alif says
Salam,sy alif,sy nk kirim wang ke Nigeria,,tapi xd tempat yg blh kirim,,western union,moneygram,sy cube tp tak blh,,,Ada cara lain juga tak.?..t.t di public bank xbls juga
Hairul Hissam says
Wslm, mungkin juga byk bank tak benarkan transfer ke nigeria sbb banyak penipuan dari sana… semoga berhati2 ya..
Nani says
Salam, saya ada pertanyaan. Jika nak kirim wang melalui Western Union, adakah kita perlu menukar currency matawang itu? (Contohnya jika saya ingin mengirim 100 USD ke Taiwan.) Atau cuma beri matawang RM sahaja?
Hairul Hissam says
Boleh letak apa jua currency yg kita mahukan.. nanti pihak bank akan tolong convert kan.
psst: elok sangat check dengan pihak bank atau pos malaysia. mereka akan memabantu.. 😀
ryn says
As salam tuan. Selalunya berapa caj jika TT ke brunei? Amount rm230.
Sy dh try tanya WU, tp caj mahal sgt = rm52.
Sy nk refund duit customer.
Atau ada cara lain yg lbh murah? Money changer mungkin?
Tq
Hairul Hissam says
Setahu saya western union lebih murah dari TT.. cuba tanya caj western union dari bank lain… 😀
nik says
Jika transfer duit matawang pound sterling dari UK ke ringgit malaysia,adakah penerima kt malaysia ni perlu membayar kos tax dan upah egent dari yorkshire bank UK..untuk convert pound kr RM..
Hairul Hissam says
Skrg nie banyak penipuan internet bro.. Cuba bro baca komen2 dari ramai yg kena tipu dlm artikel dibawah
https://hairul.com/blog/penipuan-internet-kisah-benar-hampir-ditipu-12-ribu-ringgit/
mira says
Telegraphic transfer blh mintak kt semua bank ke? Bsn ade x?
Hairul Hissam says
Biasanya semua bank ada.. 😀
Nurul Jannah says
Saya nak tanya kalau orang kirim wang kepada kita melalui bank of america bank international.macam mana kita nak ambil wang itu dan nak tau duit tu sampai macam mana ye…
Hairul Hissam says
Yg biasa saya tahu pembayaran dari luar negara menggunalan paypal, kredit card dan Telegraph Transfer. Biasanya dari mana bank diluar negara akan guna TT (elegraph Transfer) terus ke akaun bank kita. Selain dari tu tak pasti pula. Tapi berhati-hati dengan byk penipuan internet yg juga disasarkan kpd penjual. 😀
Arie Delima says
salam.. sy nk tanya,kl nk kirim duit ke indon dgn TT transfer dlm RM 3000.00,pihak Bank akn caj brp ringgit ye? tq.
Hairul Hissam says
Wslm, elok en. arie check dgn pihak bank yang berdekatan utk jawapan yg lebih tepat…
soleh says
Salam. Nak tanya. Kalau family saya transfer duit dari Malaysia menggunakan TT transfer ni jadi family saya akan dikenakan caj rm 10 kan?. Saya sebagai penerima di India dikenakan caj tak semasa keluarkan duit? Kalau dikenakan caj , apa beza dengan family saya transfer tanpa TT transfer kerana saya dikenakan caj rm 12+ 6% GSTstiap kali keluarkan duit di India
Hairul Hissam says
BIasanya pembayar shj dikenakan charge.. Elok tanpa dgn pihak bank utk jawapan yg lebih tepat dan terkini.. tqvm.
nor says
Hello..nak tanya,kalau payment dari luar negara cam ner pulak?boleh bagi suggestion tak guna cara apa utk buat bayaran ke akaun saya.
Thanks.
Hairul Hissam says
Biasa kita guna paypal. Boleh minta bantuan pihak paypal utk setup dgn email kpd email support mereka. Utk lebih lanjut lawati http://www.paypal.com
cahaya says
info yang bagus dan bermanfaat untuk kirim duit ke lar negara, terima kasih
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat..
Norshida says
Sy nak tny mcm mn nak tahu slip bank kiriman yg dihantar tu origanal atau x
Hairul Hissam says
Dlm bisnes online, bila duit dah masuk sahaja, baru barang dihantar.. Sekiranya duit belum masuk, apa jua alasan mereka dan email2 mereka atau email bank(menyamar) jangan dilayan sebab ramai dah tertipu…
nia says
Nak tanya, ada nak pos barang ke UK. Tapi dia cakap dah bank in duit through Credit Europe plc. Bank tu pun dh hntr emel kata bank dh terima duit tapi kita kena hantar barang dulu. Emel bukti courier ke bank tu semula so that bank akan proceed payment tu. Boleh percaya ke?
Hairul Hissam says
Kebiasanyaan nie penipuan internet. semua email tu mereka yg hantar sendiri. baca baca byk kes penipuan internet di link dibawah:
https://hairul.com/blog/penipuan-internet-kisah-benar-hampir-ditipu-12-ribu-ringgit/
Fatimah says
Salam En, nak tanya…berapa lama tempoh yang diambil untuk kite terima duit yg dikirim dari luar negara?
Hairul Hissam says
wslm.. saya pun dah tak ingat.. elok check dengan pihak bank berdekatan…
Miera says
Saudara,
Saya ada pertanyaan. Kiranya kita mendapat permindahan wang dari luar negara seperti uk dengan bank yg berbeza. Ada kah kita akan dikenakan chas dari transaksi itu sebelum wang tersebut dimadukkan ke ac kita…
Hairul Hissam says
Kebiasaannya pembayar yg perlu membayar segala charge yg dikenakan oleh pihak bank.
Cuma banyak penipuan online yg berlaku meminta penerima bayaran membayar charge bank..
Elok baca banyak pengalaman ramai pembaca yg tertipu dengan penyangak online nie di link dibawah:
https://hairul.com/blog/penipuan-internet-kisah-benar-hampir-ditipu-12-ribu-ringgit/
Fazila says
Salam. Sy ada terima email dr bnk of england yg mgatakan sy perlu berikan trcking no kpd pmbeli. Baru sy akan dpt wang yg dikirim. Posting sy kena gunekan wang sy dahulu. Betul ke semua ni?
Hairul Hissam says
Wslm, mmg ramai dah kena tipu dengan cara nie. Elok baca artikel penipuan internet dan byk komen pembaca yg telah kena tipu di link dibawah:
https://hairul.com/blog/penipuan-internet-kisah-benar-hampir-ditipu-12-ribu-ringgit/
azrul jamil says
salam
cuma nak share..saya biasa guna tt utk buat pembayaran..cuma baru2 ni saya ada buat pembayaran melalui paypal..rasanya guna paypal sangat efektif sbb x buang masa..namun bila dikira dr segi kos pembelian yg besar, saya fikir lebih jimat jika pembelian dibuat melalui tt sebab daily conversion rate yg diguna pakai dlm paypal agak tinggi berbanding dgn bank tempatan..correct me if im wrong..dr segi kos service guna paypal lebih murah, usd 1 = rm 4.20 (rate 3/9/15) berbanding tt rm 15+6%..
Hairul Hissam says
wslm dan terima kasih di atas pandangan en azrul tu…. kadar exchange rate skrg agak tinggi skrg nie… so saya lebih suka tunggu exchange rate kembali pd asal dulu sebelum beli produk oversea……
ely says
sy jual barang. n pembeli barang tu dr Europe.. dia kata yg dia dh bankin mllui credit Europe bank. so, mcm mna sy nak ambl duit tu? sbb sy ada chck d atm td, duit tk masuk lg.. so mcm mna tu? blh bg pencerahan sikit?
Hairul Hissam says
Kebiasaannya ia satu penipuan online dan ramai yg terkena. Selagi duit tak masuk akaun bank, jangan sesekali pos barang. Dah jangan buat apa2 pembayaran utk bank charges ciptaan mereka melalui email ciptaan mereka.
zahid says
Terima kasih atas maklumt
Hairul Hissam says
semoga artikel kiriman wang nie bermanfaat..
Feezah says
Ada rakan dari uk transfer duit ke akaun HSBC UK ke akaun maybank saya berjumlah 100.00.00 pound…tapi macamana sebab saya kena carge rm 5.250 untuk proses itu…memang kena carge ke atau macamana…tolong jawab its urgrnt
Hairul Hissam says
Dah ramai yg tertipu dengan cara nie oleh penyangak online nie.. elok baca artikel penipuan internet dalam blog saya di artikel lain..
psst.. terlalu ramai sangat kena tipu dgn cara niee.
Feezah says
Duit dollar dari bank luar negara akan masuk ke dalam bank akaun tempatan di malaysia…adakah kita yang akan membayar carge atau bagaimana…saya x faham…
Hairul Hissam says
Biasanya yg suka charge2 penierimaan wang dari luar negara nie dari penipu atau perompak online. Email tu semua mereka bikin sendiri utk menipu wang mangsa. biasanya mereka siap menyamar jadi pegawai kastam dan sebagainya utk menipu wang mangsa….
Haslinda says
As salam…saya tertarik dgn komen2 mengenai transfer duit Dr UK ke Rm.saya ada pengalaman yg sama, sebelum ni.Kawan saya buat transfer £15,000pounds ke akaun May bank saya.tapi saya dapat call Dr Swiss bank srh saya buat bayaran international charge sebyk rm1500.
Alhamdulillah saya ada kawan rapat Dr UK , yg menasihati ,saya tak perlu buat bayaran apa2.
Hairul Hissam says
Biasanya tu satu penipuan.. elok baca komen2 pembaca dlm artikel penipuan online di blog ini.. mmg ramai kena tipu..
Maheran says
Saya pnjual online mudahMy.. Ade customer Dari carlifonia ingin membeli barang Dari sy.Dy nk transfer duit ke akaun sy n then katanya sy perlu mmbayar yuran sbyk rm2k trlbh dahulu utk proses pindah duit ke akaun sy tu.Ada yuran jgk ke?
Hairul Hissam says
Dah terlalu ramai peniaga kena tipu dengan cara nie.. Duit hangus, barang pun hangus.. Elok baca komen2 pembaca yg tertipu dengan cara tu di artikel dibawah:
https://hairul.com/blog/penipuan-internet-kisah-benar-hampir-ditipu-12-ribu-ringgit/
Faridah hanum says
Salam en. Hairul. Sy nk tanye la. Kalo kwn sy transfer duit dari US ke maybank, sy perlu bayar x. Atau cuma dia je yg perlu byr fee.
Hairul Hissam says
skrg nie banyak penipuan internet yg minta kita bayar duit charge bank.. dah mereka tu penipu antarabangsa, tentu cara mereka menipu tu sgt hebat.