Semenjak memulakan biznes internet ini, saya dapati ramai yang berminat berniaga. Ramai nak buat biznes online atau offline. Semua berlumba-lumba mendapatkan panduan, tips dan rahsia untuk buat duit. Dengan harapan mendapat pulangan lumayan. Malangnya ramai yang kecewa kerana tidak memahami asas perniagaan yang penting.
JIka anda pernah gagal. Pernah buat silap. Jangan berputus asa. Semua orang bermula dengan kesilapan. Begitu juga dengan saya. Begitu juga dengan ramai peniaga lain. Dari sinilah kita belajar erti sebenar sebuah perniagaan. Dan erti sebenar sebuah kejayaan. InsyaAllah.
.
.
Dalam bisnes online ramai berpendapat trafik atau pelawat adalah nadi utama bisnes online. Benarkah trafik adalah segala-galanya? Bagaimana jika jutaan pelawat masuk ke laman web anda. Baca-baca dan tinggalkan laman web anda tanpa membeli produk anda. Tanpa mengisi borang opt in. Tanpa klik apa-apa link anda.
Begitu juga dengan perniagaan offline. Anda pasang signboard sebesar gajah :D. Hantar flyer. Buat pelbagai jenis promosi. Ratusan orang datang ke kedai anda.. Tengok-tengok dan beredar. Tanpa membuat sebarang pembelian. Tak ke tension dibuatnya. 😛
Di sini saya ingin berkongsi salah satu aspek yang paling penting dalam perniagaan iaitu kepercayaan pelangan. Bagaimana membina kepercayaan pelangan yang menghasilkan jualan. Anda tidak akan mampu menjual selagi pelangan merasakan anda seorang penipu. Sukar menjual sekiranya pelangan masih ragu-ragu tentang diri anda, produk anda dan perniagaaan anda. Samada online atau offline, konsepnya tetap sama. Inilah asas perniagaan samada bisnes online atau offline yang paling penting.
Kita cerita dulu tentang bisnes offline terlebih dahulu.
Semasa saya berkerja dulu. Saya dan kawan saya ke sebuah kedai makan. Dari jauh dia tengok kedai makan tu “Hairul, kita makan tempat lain la”… Heran juga saya “Laaa kenapa pulak nie”.. Rupanya, sahabat saya ini pernah mengalami cirit birit disebabkan makanan tercemar. Memang menyakitkan kalau kena cirit birit ini. Ini menyebabkan kerisauan, kebimbangan dan ketakutan untuk makan ditempat sebarangan.
JIka anda berniaga makanan, pastikan kedai anda benar-benar bersih. Kebersihan memberi satu kepercayaan pelangan yang makanan anda selamat dimakan. Ini sebagai satu contoh membina kepercayaan pelangan. Dua aspek yang paling penting di sini. Pertama, kenal pasti apakah kebimbangan pelangan terhadap perniagaan anda. Kedua bagaimana mengatasinya secara langsung dan tidak langsung dan seterusnya membina kepercayaan atau keyakinan pelangan.
Kita ambil pula contoh yang lain. Tentu anda biasa didatangi penjual di rumah anda. .. tuk.. tuk.. tuk… Bila buka pintu je.. “Assalamualaikum bang, saya jual keropok lekor bla..bla..bla….” Kita pun terperanjat dibuatnya. “Apa.. jual apa… arrr… tak pe lah… tak berminat” Kita pun risau nak beli atau tengok.. ntah penyamun ker… ntah elok ke tidak keropok lekornya.. ntah saper… kita pun tak kenal..
Namun sebaliknya sekiranya peniaga tersebut menghantar flyer (surat promosi) terlebih dahulu yang berbunyi “Kami dari syarikat Star Creative Food Center akan membuat promosi dari rumah ke rumah jualan keropok lekor asli Terengganu dengan sos cili udang perisa durian. Wow. Dibawakan terus kerumah anda esok dengan harga promosi..bla..bla..bla..”.. Barulah bila.. Tuk.. Tuk… tuk… Pelangan buka pintu pintu je “Nie yang jual keropok lekor terengganu tu ker, apasal lambat sampai.. dari pagi makcik tunggu taw.. bla..bla..blaa..” Belum bukak mulut dah kena tibai..he.he.he.. Barulah pembeli berminat nak tengok produk anda dan cuba. Tapi pastikan betul-betul sedap, kalo tak naya kena betul-betul tibai nanti. 😛
Begitu juga dengan perniagaan lain. Jika anda penjual baju. Fikirkanlah apakah kebimbangan pelangan untuk datang ke kedai baju anda. Apakah kebimbangan pelangan untuk masuk ke kedai baju anda. Apakah kebimbangan pelangan dalam memilih dan membuat pembelian. Tentu anda lebih arif tentang perniagaan anda. Dengan mengenal pasti kebimbangan pelangan, anda mampu mencari jalan terbaik menghilangkan kebimbangan ini dan membina kepercayaan atau keyakinan pelangan anda. Barulah boleh menghasilkan jualan.
Begitu juga dengan bisnes online. Konsepnya tetap sama. Dan membina kepercayaan pelangan online jauh lebih mencabar. Kenapa bisnes online lebih mencabar. Cuba anda jawab soalan ini. Mudahkah anda untuk membeli dengan seseorang yang tidak dikenali atau tidak nampak?. Sanggupkah anda membayar untuk produk yang anda tidak dapat pegang atau benar-benar lihat?. Di sini strategi membina kepercayaan pelangan amatlah penting di dalam bisnes online.
Mungkin, ada yang berlumba-lumba membina kredibiliti di forum. Tapi bila ramai sangat nak bina kredibiliti di forum…. dah macam rojak daa forum tu dibuatnya….. he.he.he. Samaada menggunakan forum, blog, facebook, twitter atau sebagainya, membina kredibiliti memerlukan masa dan kesabaran. Salah satu teknik utamanya memberi manfaat kepada orang lain secara percuma. Sebaliknya jika di forum dan fb anda hanya tahu promosi, promosi dan promosi sahaja, anda sebenarnya merosakkan perniagaaan anda.
Untuk kejayaan bisnes online, laman web jualan amat penting . Ini kerana tidak semua pelawat datang melalui blog atau fb anda. Ada yang datang dari search engine seperti google. Ada juga dari banner promosi atau dari agen-agen pemasaran anda. Dan walaupun anda dikenali sehebat Dr Irfan Khairi atau Dr Fadzilah Kamsah, belum tentu orang membeli produk anda sekiranya laman web jualan anda tidak mengoda. Tapi biasanya orang hebat ini, promosi dan laman webnya memang mengoda dan mengiurkan. 😀 Oleh itu anda perlu bijak membina keyakinan pelangan melalui laman web anda.
Inilah serba sedikit tips asas bisnes online dan offline yang paling penting.
.
Nurseda Julaksa says
wow! sebuah artikel yg ringkas tp sarat dgn info. Tq sdr hairul. x prnh sya baca artikel sampai habis, tp yg ni intrsting sgt.
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali cik Nurseda kerna sudi membaca artikel ini.
semoga ia memberi manfaat kpd Cik Nurseda..
di samping menceria hari cik.. tq ya 😀
hairilmokhtar says
BLog yang sangat mnenarik dan cantik.. Terpegun saya melihatnya. saya mengimpikan blog yang cantik seperti ini. Syabas saudara:)
Mengenai tajuk di atas saya setuju kepercayaan dan keyakinan perlu ada dalam perniagaan. jika tidak sukar untuk mendapatkan pembelian dari prospek. saya telah belajar mengenainya, rupanya kredebiliti penting dalam sesebuah perniagaan. Bagi orang kenal kita dulu dengan memberi tip-tip yang menarik dan membantu prospek secara percuma(blog atau forum), barulah kita dapat membina kredibiliti dan dari kredibiliti itulah barulah terbit keyakinan prospek pada kita seterusnya berlakulah pembelian.
Hairul Hissam says
Tima kasih en. Hairil mokhtar di atas tips dan pandangan tersebut..
Memang benar kata en. Hairil, kredibiliti amat penting dalam sesebuah perniagaan.
Sebenarnya byk kita boleh belajar dengan melihat
bagaimana bisnes offline membina kredibilitinya..
Bagaimanan KFC membina kredibilitinya.
Bagaimana RHB membina kredibilitinya…
Sesuatu yg seronok mengkaji strategi bisnes lain untuk di aplikasikan dalam bisnes kita.. tq 😀
Hazlina says
hairul..thanks kerana sudi berkongsi maklumat yg amat berguna…insyaallah sy akn membeli panduan business online hairul,sebab sy pun br berjinak2 dgn business on9 ni..thanks a lot..
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali Cik Hazlina,
InsyaAllah Pakej Bisnes Online mampu
membantu cik Hazlina membina Bisnes Online Yang Sebenar…
tq ya 😀
ctsham says
tahniah hairul. anda adalah seorang penulis yg baik. Bahasa yg mudah difahami dan sarat dgn info. tq
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali cik ctsham…
semoga info di blog ini memberi manfaat. 😀
shukairi says
waaa…best la artikel ni 🙂 rasa mcm nak like 10kali. mmg setuju sgt2, klu dapat buat pelanggan percaya kat kita..jual apa pun dia mudah nak beli.
Hairul Hissam says
Benar tu en shukairi…. kalo pelangan percaya.. memang senang jual….tq ya 😀
fuuyo.com says
erm…info yang menarik…:)
Hairul Hissam says
tq ya 😀 , semoga memberi manfaat bersama…
alkhattab batik says
Betul ape yg sdr hairul ckpkan..saya pon msih bertatih dlm mempromosi blog & mencuba menarik pelanggan ke bisnes online saya. Saya juga mempromosi bisnes secara offline..kerja keras & insyaAllah tanpa putus. Marilah kita doa kan semoga masyarakat segama & sebangsa kita terus berjaya dan usaha diberkati Allah.
Hairul Hissam says
Yg penting jgn putus asa. 😀 semua org bermula begitu..
Saya doakan perniagaan Al khattab berjaya ya 😀
mashhura says
menarik asas tips bisnes yang anda berikan ,padat.
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat ya cik mashhura 😀
ibnu muhamady says
Bagus sangat ni Mr. Hairul… terkenang-kenang oleh saya tulisan ni… terimakasih sangat telah banyak berbagi ilmu….
Hairul Hissam says
He.he.he.. dah lama juga tulis artikel nie.. namun ia tetap praktikal sepanjang masa.. semoga bermanfaat…
Haliza says
As salam en hairul. Bagusla artikel yg di pamerkan. Banyak artikel yang saya baca semuanya ringkas dan padat dgn isi. Saya rasa bangga ada org macam en hairul. Semoga success selalu
Hairul Hissam says
Terima kasih kerana sudi membaca.. semoga bermanfaat 😀
marzuki says
Salam..
Artikel yang baik, menarik dan bermanfaat.
Tahniah dan trm kasih.
Hairul Hissam says
Semoga bermnafaat 😀
Arman says
Aku pernah jual insuran. Paling susah nak close adalah saudara mara sendiri. Orang lain macam senang je…
Hairul Hissam says
Biasalah saudara mara… semua nak free jee. heee
CahayaDiana.com says
Alhamdulillah.. saya dapat banyak idea lepas baca artikel ni. Syabas en. Hairul 😉
CahayaDiana.com says
Dan tak lupa nak ucap.. TERIMA KASIH… heheheee…
Hairul Hissam says
sama2 😀
Hairul Hissam says
baguslah… tqvm
asni says
contoh yg mudah difahami…tq en hairul. byk info saya dpt percuma di sini
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat dan maju jaya..
Zaini says
Betul cakap tuan. Kepercayaan benda paling penting dalam bisnes online. Tak guna ada segalanya, jika bakal pelanggan kurang yakin dengan kita.
Tetapi sekali yakin, mereka akan sebarkan kepada rakan-rakan. Masa itu, bisnes akan bergerak dengan sendiri.
Hairul Hissam says
Mmg benar kata bro, itulah kunci utama dlm perniagaan.. tqvm
Azhani Azhar says
Perkongsian yang sangat bagus dan padat..
Dalam masa yang sama info2 yang dikongsi juga mudah difahami..
Terima kasih di atas perkongsian di atas..
Hairul Hissam says
Semoga dapat dipraktikkan kita bersama..